Khutbah Rasulullah S.A.W Di Ambang Ramadhan
Diriwayatkan daripada Salman al-Farisi, bahawa pada setiap penghujung Sya`ban, Rasulullah saw bersabda:
“Wahai manusia, kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan.
Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik drpd seribu bulan.
Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan
malamnya sebagai amalan sunnah.
Sesiapa yg menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaik
an satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan) dia seperti menunaikan 70 amalan
fardhu selain amalan fardhu tersebut.
Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga.
Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.
Ia bulan di mana rezeki orang2 yg beriman bertambah.
Sesiapa yg menyediakan makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, tindakan itu akan
mengampuni dosa2nya dan membebaskan dirinya drpd api neraka, bagi dirinya ganjaran
seumpama pahala orang yg berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”.
Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk
dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa.”
Lalu Rasulullah saw menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala seperti itu kepada
seseorang yg menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar
seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu.
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya ialah rahmah, pertengahannya ialah
pengampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka.
Sesiapa yg meringankan bebanan drpd hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta
membebaskannya drpd api neraka.
Perbanyakkanlah sepanjang (Ramadhan) dengan 4 kegiatan; 2 kegiatan yg akan menjadikan
kamu diredhai Allah swt dan 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya.
Adapun 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu diredai Allah ialah ucapan syahadah; “bahawa
tiada Tuhan selain Allah” dan kamu memohon keampunan drpdNya.
Adapun 2 kegiatan yg kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia ialah kamu memohon
(balasan) syurga serta kamu memohon perlindungan-Nya drpd api neraka.
Sesiapa yg memberi minuman kpd seseorang yg berpuasa maka Allah akan
memberinya minuman daripada kolam airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasuki syurga.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya.)
Selamat menyambut Ramadhan...semoga memperolehi keampunan dan keberkatan daripadaNya..
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ramadhan juga buat ukhti Nohas...inshaAllah moga2 keampunanNya jd milik kita di akhir ramadhan nanti...aminn
Delete