♥ Allah!

♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 26, 2013

ZIKIR TERAPI DIRI

Bismillahirrahmanirrahim.....

7 zikir yang bagus diamalkan setiap hari;

Bismillah
Astargfirullah
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahu akbar
Lahaulawala quwwata illa billah

......................................................................
* dipetik daripada kuliah mingguan ustazah che bi( adk ust harun din) @ surau padang pauh utara...perlis

* moga2 dengan istiqomah mengamalkan zikir2 ini dapat merapatkan kita kepada Allah S.W.T....inshaallah.....amin

Wednesday, September 18, 2013

Assalamua`layka ya Rasulullah....



*New beautiful song by Maher Zain....

Monday, September 2, 2013

Tahukah Kalian Khasiat al-Manna (gum Arabic) yang Pernah Allah Sebutkan dalam al-Quran?

Bismillahirrahmanirrahim.... 
Sebenarnya dah lama penulis nak tahu dengan detail apa sebenarnya al-manna yang diberitakan Allah dalam al-Quran sebagai makanan terbaik bagi manusia...dan ditakdirkan Allah, baru-baru ni (waktu anak penulis-Solahuddin mengalami cirit birit berpanjangan), Allah pertemukan penulis dan suami dengan seorang doktor. Alhamdulillah, berkat sungguh pertemuan tersebut kerana pertemuan singkat tersebut telah menjernihkan penulis dan suami kepada al-Manna...Apa Dia? dan apa Khasiatnya? berminat nak tahu? Jom baca artikel penuh di bawah....moga beroleh manfaat....


Manna adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Al-Manna  telah  disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 57. 

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): ", Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri." al-Baqarah:57


Testimoni terhadap pesakit kronik hasil  dari pengambilan Al-Manna amat baik, antaranya sembelit hilang, kulit lebih sihat,  gaut  hilang dan pelbagai lagi. Prebiotik(makanan untuk bakteria baik dalam usus kita) yang terdapat dalam campuran bahan ini adalah  seperti  kebaikan susu ibu, bahkan menurut kajian prebiotik yang terdapat dalam al-Manna adalah sehingga 4x lebih tinggi daripada susu ibu! Subhanallah....


Sudan  adalah pengeluar utama Gum Arabic, yang juga dipanggil dengan nama Hashab. Sudan membekalkan 85% dari bekalan dunia Gum Arabic dan 90% darinya adalah  berkualiti   tinggi. Gum Arabic adalah emulsifier semulajadi yang terbaik digunakan untuk memegang  bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dengan minyak. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

-keadaan dalam usus manusia-
PROBIOTIC/FRIENDLY BACTERIA/BAKTERIA BAIK
NON-PROBIOTIC/NON-FRIENDLY BACTERIA/ BAKTERIA JAHAT(Pembawa Penyakit)


Ia  digunakan dalam produk makanan supplement, minuman berkhasiat, dan produk perlangsingan. Gum Arabic menjadi bahan penting dalam bahan makanan, pharmaceutikal danindustri.  Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic, 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune dan mengunyah 7 hari Gum Arabic  mengurangkan karang gigi dan gusi ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi



AJIAN KEATAS GUM ARABIC

Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik(makanan untuk bakteria baik dalam usus).Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik(bakteria baik) berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
           
Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

1. Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit  darah tinggi.
2. Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
3. Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
4. Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam    lumen usus dan penghasilan cytokine.
5. Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
6. Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi    angiogenetic factors .
7. Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
8. Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
              
Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
             
Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

Sunday, August 18, 2013

Syawal yang BERDARAH


Presiden sebenar Mesir: Muhammad Mursi

Rakyat Bangkit



Bismillahirrahmanirrahim....

Salam Syawal penuh kebahagiaan buat teman teman di bumi Malaysia semua...dan salam takziah penuh doa dan pengharapan padaNya kepada saudara-saudaraku di bumi Mesir....di bumi Syiria....di bumi Palestin....dan di mana jua bumi Islam yang sedang berjuang menentang kezaliman...

Syawal kali ini hati bagaikan dirobek ganas...terasa pedih setiap kali membaca laporan media di bumi Mesir berkenaan kekejaman tentera zalim yang tanpa rasa berdosa bahkan gembira mungkin...menembak, menikam membakar mayat para syuhada di sana...

Air mata jatuh di pipi setiap kali ku tatap gambar kekejaman itu...sangat menyedihkan, pilu....di mana belas ehsan para tentera yang selayaknya digelar tentera syaitan itu...? membunuh wanita, orang tua bahkan bayi sewenang2nya seperti mereka sudah menunggu lama saat itu....pesta pembunuhan di dataran Rabaah al adawiyyah....berlarutan di masjid Rabaah yang telahpun dibakar....dan kini jiwa-jiwa pejuang sedang bertahan di masjid al Fath...Takbir dan zikir boleh didengari di mana-mana...pengharapan mereka hanya pada Allah....Allah...Allah... hanya Allah yang mampu membantu mereka saat ini...




Inilah masanya peluang menjadi syuhada' terbuka luas....penderitaan mereka ada ganjaran yang sangat besar di sana....ganjaran Syurga yang sangat mahal harganya itu....berbahagialah para syuhada....selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda....ikhwan wa akhawat Ikhwanul Muslimin semua, kalian permata berharga! Tabahlah! Moga Allah memberikan pertolonganNya di saat kalian amat memerlukannya kini....amin!

Buat teman temanku di Malaysia semua, ayuh kita bantu mereka dengan doa-doa kita.....ayuh amalkan membaca qunut nazilah usai solat-solat fardhu kita....ini kita mampu! Bantuan di kejauhan ini amat mahal dan tak ternilai harganya buat mereka di sana....



* Duhai jiwa-jiwa suci para syuhada' yang telah gugur demi Tuhanmu....berbahagialah kalian dalam perjalanan indah menuju Tuhanmu......




Saturday, July 20, 2013

Telah Berlalu 1/3 Bulan Mulia Penuh Barokah

Telah berlalu 1/3 bulan mulia penuh barokah...
dan aku masih di sini
tanpa pasti adakah layak ku terpilih
menemui malam seribu Rahmah
malam seribu bulan
malam penuh maghfirah
malam penuh keampunan...

Telah berlalu 1/3 bulan mulia penuh barokah...
dan aku masih mencari
cara bagaimana agar ku dapat
jadi insan terpuji
di akhir tarbiyyah ini nanti...

Telah berlalu 1/3 bulan mulia penuh barokah...
dan aku masih sendiri
mencari diri mengenal diri
untuk mudah ku mengenal Tuhanku Robbi

Telah berlalu 1/3 bulan mulia penuh barokah...
dan aku masih sunyi
tanpa dia teman sejati
yang dulunya sering sehati
mengorak langkah mencari ad-Deen hakiki...

Telah berlalu 1/3 bulan mulia penuh barokah...
yang satu ini aku sangat mensyukuri
Ianya kurniaanMu Ilahy...
si dia Imamku disini
dan InshaAllah di syurga nanti...
moga Imamku yang satu ini
dapat memimpin tangan ku dan cahaya mata kami
menuju pintu JannahMu...

perkenankanlah ya Allah...perkenankanlah ya Rahman...perkenankanlah ya Rahim...

amin....



Thursday, July 4, 2013

Khutbah Rasulullah S.A.W Di Ambang Ramadhan


Diriwayatkan daripada Salman al-Farisi, bahawa pada setiap penghujung Sya`ban, Rasulullah saw bersabda:

“Wahai manusia, kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. 

Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik drpd seribu bulan. 

Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan 
malamnya sebagai amalan sunnah. 
Sesiapa yg menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaik
an satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan) dia seperti menunaikan 70 amalan 
fardhu selain amalan fardhu tersebut. 

Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. 

Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. 

Ia bulan di mana rezeki orang2 yg beriman bertambah. 
Sesiapa yg menyediakan makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, tindakan itu akan 
mengampuni dosa2nya dan membebaskan dirinya drpd api neraka, bagi dirinya ganjaran 
seumpama pahala orang yg berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”. 

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk 
dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa.” 

Lalu Rasulullah saw menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala seperti itu kepada 
seseorang yg menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar 
seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu. 

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya ialah rahmah, pertengahannya ialah 
pengampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka. 

Sesiapa yg meringankan bebanan drpd hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta 
membebaskannya drpd api neraka. 

Perbanyakkanlah sepanjang (Ramadhan) dengan 4 kegiatan; 2 kegiatan yg akan menjadikan 
kamu diredhai Allah swt dan 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya. 
Adapun 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu diredai Allah ialah ucapan syahadah; “bahawa 
tiada Tuhan selain Allah” dan kamu memohon keampunan drpdNya. 
Adapun 2 kegiatan yg kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia ialah kamu memohon 
(balasan) syurga serta kamu memohon perlindungan-Nya drpd api neraka. 

Sesiapa yg memberi minuman kpd seseorang yg berpuasa maka Allah akan 
memberinya minuman daripada kolam airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasuki syurga.”

(Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya.)




Monday, May 20, 2013

Pereka Fesyen Terkenal, Calvin Khoo Masuk Islam !!





Berita yang baru diterima ialah berkenaan seorang pereka fesyen terkenal yang memeluk agama Islam. 

Beliau ialah, Calvin Khoo seorang pereka fesyen yang sudah lebih 17 tahun di dalam industri itu, malah beliau juga  mempunyai label jenamanya sendiri. 

Beliau sentiasa dipilih menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb. Alhamdulillah... 

Calvin Khoo telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan juga YB Ustaz Solihin Mokhyi].


Ahlan wa sahlan Calvin! Selamat kembali ke Fitrahmu....

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2TtAzu8fZ

Thursday, May 9, 2013

Duhai Pejuang al-Badratim... Tabahlah!



Semboyan Jihad kini telah berlalu...
Pasca PRU13 menyaksikan 
Satu lagi detik pilu
Tatkala kemenangan panji-panji Islam
kian hampir...


Ia dirobek Zalim sekali...
oleh pemuka-pemuka 
yang dahagakan dunia semata...


Terkulai Badratim 
di ambang kemenangan
yang paling hampir...


Jangan Gundah, resah, gelisah...
juga jangan bersedih...
kerana pada hakikatnya kita telah menang!
ya KITA MENANG!
walau bukan di atas kertas 
Oren, Lumpur itu...


Cuma...
Takdir Allah mendahului segalanya...
Allah izinkan makar mereka
Yakinlah! Pasti ada asbab di balik keizinan-Dia...
PASTI! ada Hikmah tersembunyi 
di sebalik semua kedurjanaan ini...


Badratim perlu bersabar,
teruskan Bersabar...
kerana...
penghulu kita Nabi Muhammad 
yang mulia pernah bersabda...
"Islam itu datang dalam keadaan asing...
dan akan kembali terasing"


Jadi badratim...
ya, Inilah masanya
tika kita terasing sekali
bahkan disisi mereka yang mengucap kalimah
'tiada Tuhan melainkan Allah...'


Namun yakinlah bahawasanya
Islam itu TINGGI...
setinggi Badratim...dan tiada 
yang lebih tinggi daripadanya...


InshaAllah masanya akan tiba jua
Badratim akan bersinar megah!
Takbir!!!




atulasca
kangar.pasca pru13
100513



Monday, April 1, 2013

SOS CILI SERI KOTA


Bismillahirrahmanirrahim....




Sedikit info berkenaan SOS CILI SERI KOTA:

100% Homemade (buatan mak)
100% Produk Muslim 
100% Tanpa Pewarna Tiruan
100% Tanpa Bahan Pengawet
Menggunakan Bahan-bahan Terpilih & Bersih



-----------------------------Testimoni Pengguna----------------------------

"Sos ni best betul makan dengan cucur gandum (cekodok tepung)"-kak ida

"Anak akak suka sangat makan sos ni dengan ikan goreng & nasi"-kak jauhara

---------------------------------------------------------------------------------


Jom Tempah Sekarang! :)

KLIK sini

Wednesday, March 20, 2013

KISAH SEORANG MAKCIK TUA.....

kisah makcik ini saya dengar dalam kuliah magrib baru2 ni... satu kisah yang sangat menyentuh hati.... ingin saya kongsikan kisah benar ini bagi kita sama-sama mengambil iktibar dan jadikan semangat untuk menjadi seorang hambaNYA yang soleh solehah...

kisahnya begini..
disebuah desa terpencil di indonesia..
seorang makcik tua tinggal berseorangan...
kerjanya setiap hari akan memetik bunga segar yg ditanam sendiri..
dengan berjalan kaki makcik membawa bunga itu ke bandar untuk dijual di pasar..
pada setiap hari di waktu zohor makcik itu akan solat zohor di masjid di bandar itu....
setiap kali selepas usai solat zohor makcik itu akan mengutip daun-daun kering di sekitar masjid tersebut...
begitulah rutin makcik tua itu saban hari...

satu masa AJK masjid tersebut terperasan akan rutin makcik tersebut...
lalu AJK masjid itu mengupah pekerja bagi membersihkan masjid untuk mengelakkan makcik tua itu melakukan kerja pembersihan tersebut...
makcik tua itu yg melihat masjid telah bersih lalu dia menangis teresak2 seperti bayi kecil...
lalu imam masjid itu pergi berjumpa makcik tua itu bertanyakan mengapa makcik itu menangis....

makcik itu lalu menjelaskan....
"makcik seorang tua yg tidak belajar tinggi.. makcik seorang tua yg bodoh..
setiap hari makcik akan mengutip daun-daun disekeliling masjid ini... dan setiap helai daun yg makcik kutip itu makcik akan berselawat kepada junjungan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W... dengan harapan di akhirat kelak NABI MUHAMMAD SAW akan datang memimpin tangan makcik masuk ke dalam syurga...

SUBHANALLAH.... betapa mulianya makcik tua itu...

Thursday, March 7, 2013

E-OPERASI: SISTEM PENGOPERASIAN DATA


Bismillahirrahmanirrahim....
Bagi memudahkan guru-guru di luar sana untuk akses website e-operasi, disini disediakan pautan terus ke website e-Operasi



Moga bermanfaat! InshaAllah...

Tuesday, March 5, 2013

E-PENYATA GAJI & LAPORAN


Bismillahirrahmanirrahim....
Bagi memudahkan semua kakitangan awam di luar sana untuk akses SLIP GAJI bulanan, disini disediakan pautan terus ke website e-Penyata Gaji & Laporan...



Moga bermanfaat! InshaAllah...

APDM: APLIKASI PANGKALAN DATA MURID


Bismillahirrahmanirrahim....
Bagi memudahkan guru-guru di luar sana untuk akses website APDM/Aplikasi Pengkalan Data Murid, disini disediakan pautan terus ke website APDM...



Moga bermanfaat! InshaAllah...

SAPS: SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim....
Bagi memudahkan guru-guru di luar sana untuk akses website SAPS/ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, disini disediakan pautan terus ke website SAPS...


Moga bermanfaat! InshaAllah...

Friday, February 15, 2013

CHEAP LOVELY BABY PANTS--->LIMITED EDITION




Assalamua`laikum....

Sempena tahun baru 2013 ni, team SERBAMAKNENEKonlineSHOPPE  akan memulakan perniagaan jualan seluar bayi yang sangat2 comel ni...


Sedikit info mengenai produk:
------------------------------------

Available size: 
6 (17'')-untuk bayi berumur 1-2 tahun 
8 (19'') - untuk bayi berumur 2-3 tahun

Warna: 
Pelbagai

Stok: 
Terhad/ Limited Edition (Ready Stock)

Kualiti Kain: 
Berkualiti, Selesa dipakai (tak panas), Mudah dibasuh

Corak:
Lovely Line (Garisan)
Checker (Kotak-kotak)
Cutie (Pelbagai)

Harga: 
RM 6.00/ helai
---------------------------------------

PROMOSI PENGENALAN PRODUK!!!

Sempena pengenalan produk baru ini, kami menawarkan Harga Istimewa RM 5/ helai kepada 10 pelanggan  terawal yang membuat tempahan...:)




Friday, December 14, 2012

MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL


Bismillahirrahmanirrahim...

InshaAllah kembara transformasi minda kita akan  bermula di sini!

Buku pertama yang sangat aku sarankan buat semua  adalah buku kat bawah ni:


BUKU #1
MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL
Penulis: Muhammad Nurani Maarif
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
-----------------------------------------------------------


Mesti ada yang nak tau kenapa aku sangat sarankan buku ni?? sampaikan family, kawan2 bahkan anak didik pon aku suruh beli+bacanya... kalau nak tau kenapa, jom kita bedah buku ni serba sedikit...

sinopsis:

1# Membongkar siapa dajjal yang sebenar... Dajjal ni satu kaum kah? @ satu golongan kah? @ satu kerajaan kah ataupun memang benar-benar manusia yang Allah anugerahkan kebolehan istimewa?

2# Membongkar nama-nama lain bagi Dajjal yang ada antaranya kita selalu sebut-sebutkan

3# Membongkar zaman Dajjal dilahirkan

4# Membongkar keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada Dajjal

5# Membangkar hadith-hadith sahih yang jarang dikupas berkenaan fitnah terbesar yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Dajjal

6# Membongkar monumen-monumen tinggalan kerajaan pimpinan Dajjal

7# Membongkar di mana Dajjal sekarang

...dan banyak lagi info yang sangat penting untuk kita tahu berkenaan Dajjal kerana masa keluarnya adalah tersangat hampir... Oleh itu sangat penting untuk kita kenal MUSUH NO.1 kita ni secara TOTAL...

inshaAllah selepas beberapa siri bedah buku (sinopsis sharing) ni, aku akan mulakan perkongsian info terus daripada buku-buku ini... sedikit demi sedikit...

Oleh itu, sekali lagi ku ingin menyeru semua sahabat blogger sekalian....jom kita TRANSFORM MINDA!


Wednesday, December 12, 2012

JOM TRANSFORM MINDA!!!



Bismillahirrahmanirrahim....

Kaifahalukum sahabat-sahabat blogger semua? moga terpelihara iman n akhlak kita semua sehari-hari hendaknya...

Alhamdulillah, bersyukurku ke hadratNya sebab masih mampuku mencoret sepatah dua kata di lembaran maya CA ni...

Berkenaan tajuk artikel harini, iaitu JOM TRANSFORM MINDA... ianya tak lain adalah satu kempen untuk mengajak sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian untuk melakukan transformasi pemikiran sejajar dengan era baru kini yang semakin padat dengan segala bentuk maklumat...

Amatlah penting untuk kita transform pemikiran kita kerana maklumat yang termuat dalam buku-buku yang berada di pasaran, bahkan lambakannya di internet terbukti (melalui kajian pengkaji-pengkaji konspirasi dunia) telah bercampur baur antara maklumat yang hak dan yang batil...

Ayuh kita tajamkan minda dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah daripada penulis-penulis yang jiwanya terang disinari cahaya Ilahi, yang telus dan amanah dalam menyampaikan ilmu... moga-moga kita dapat transform minda kita mengikut acuan Pencipta kita, Allah Rabbul`izzati...

Disini disenaraikan beberapa buah buku yang InshaAllah padanya transformasi minda kita akan bermula!


BUKU #1
MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL
Penulis: Muhammad Nurani Maarif
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
-----------------------------------------------------------


BUKU#2
FITNAH 2012 KONSPIRASI GALAKTIK
Penulis: Muhammad Nurani Maarif
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
-----------------------------------------------------------


BUKU#3
ROTHSCHILD YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL
Penulis: Ibnuyaacob
Penerbit: Moon Media Enterprise
-----------------------------------------------------------


BUKU#4
RAHSIA SIMBOL YAHUDI
Penulis: Ibnuyaacob
Penerbit: Moon Media Enterprise
-----------------------------------------------------------


BUKU#5
BIDAK-BIDAK DI PAPAN CATUR IBLIS 
(PAWNS IN THE GAME)
Penulis: William Guy Carr
Penerbit: Yayasan Islam Terengganu (YIT)
-----------------------------------------------------------


BUKU#6
ART OF DECEPTION
Penulis: Jerry D. Gray
Penerbit: PTS Islamika
-----------------------------------------------------------


BUKU#7
DAJJAL 'SUDAH' MUNCUL DARI KHURASAN
Penyusun: Abu Fatiah al-Adnani
Penerbit: Granada Mediatama
-----------------------------------------------------------





* InshaAllah daripada masa ke semasa aku akan kongsikan isi bagi setiap buku-buku di atas. Moga-moga dengan usaha kecil ini Transformasi Minda kita akan berjaya, InshaAllah...

Thursday, November 1, 2012

Khas Buat Anak Didik DERMA Sekalian...

Assalamua`laikum....

Posting kali ni ditujukan khas buat anak-anak didik DERMA yang cikgu kasihi sekalian.... 

Seperti yang dijanjikan, di sini cikgu kepilkan lembaran akhir untuk kalian buat sebelum Exam Biology pada 27/11 ni....(wajib cuba buat! )

Cikgu doakan yang terbaik untuk kalian...moga dipermudahkan urusan, berjaya dengan cemerlang SPM nanti...amin amin amin....



-----> sila klik sini untuk Download SKEMA BIOLOGI Trial SPM TERENGGANU 2012
-----> sila klik sini untuk Download KERTAS 1 BIOLOGI Trial SPM TERENGGANU 2012
-----> sila klik sini untuk Download KERTAS 2 BIOLOGI Trial SPM TERENGGANU 2012
-----> sila klik sini untuk Download KERTAS 3 BIOLOGI  Trial SPM TERENGGANU




p/s: selamat menduduki peperiksaan juga buat adeq Wahidah....moga mudah jalannya ya dik...

Monday, October 22, 2012

BERITA TERGEMPAR! CARI SAMPAI JUMPA!


PERHATIAN!!!!
BERITA YANG AMAT2 PENTING UNTUK KITA SEMUA KETAHUI.....!!!!

buka komputer/laptop anda
pda "Local Disk (c) , THEN "Program Files"
THEN
"Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN
"CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan klik.
Anda akn jmpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS,ISRAEL.lngkap (sama dngan wrna aslinya) dngan lilin (sarana ibadah
mereka).
DELETE pic itu!!

Utk pngtahuan anda ,
gmbar trsbut ada di sluruh PC dan LAPTOP.
Sbarkan kpd smua saudara islam!! CARI smpai
JUMPA!!

Monday, October 8, 2012

ANTARA PIZZA SOLAH & CEDDAR CHEESE 'ANCHOR'; UPDATED 15/09 VERSION

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua`laikum... ahlan wa sahlan buat semua teman pengunjung yang sudi berkunjung di teratak CA ni... inshaAllah kelapangan masa harini akanku isi dengan sedikit perkongsian cerita...

Untuk pengetahuan semua, aku & suamiku telah mulakan bisnes menjual PIZZA SOLAH (diambil sempena nama anak lelaki kesayangan kami SOlahuddin). Baru-baru ni dalam pencarian kami mendapatkan kotak pizza, terjumpalah akan kami berdua satu kedai menjual barang-barang membuat kek dan roti. Bolehku katakan barang-barangnya memang superb! A-Z untuk pizza ada dijual disitu... paling kami tertarik & dah terambil pun sebenarnya : Ceddar Cheese paket BESAR jenama ANCHOR yang dijual dengan harga sangat berpatutan...tapi belek punya belek dia punya logo halal,xde rupa-rupanya... Haish, ku letak la semula di tempatnya... kat situ dah rasa sedikit syubhah untuk barang-barang lain yang dijual di situ... dalam duk jalan-jalan tengok barang-barang lain, aku amik pula serbuk koko dan choc rice (teringin nak buat kek coklat)...sekali lagi situasi sama berlaku... tiada cop Halal, walaupun halal x official (bukan halal jakim)... Syubhah kami bertambah... So, bagi mengelakkan buruk sangka, kami sepakat untuk bertanya di kaunter (kalau-kalau ada certificate halal untuk kesemua produk yang di'packing semula' di kedai tersebut)... ~untuk pengetahuan semua, pekerja kedai tu melayu ISLAM~ 

"erm dik, untuk keju dan serbuk koko yang dipaket semula kat kedai ni ada pengesahan halal tak?" 

dengan muka terpinga-pinga (mungkin takda lagi customer yang tanya sebelum ni) dia menjawab:
"err, tak pastila kak...ada kot...saya pun x sure"

aku membalas:
"kalau ada, kenapa tak tampal kat dinding kedai?"

dengan rasa serba-salah dia tertoleh-toleh pada kawannya yang berada di tepi... melihat situasi tu, aku pun faham sendiri la...ada beberapa kemungkinan di sini....mingkin...

1: Ada & tak tampal di kedai
2: Memang takde 
3: Tak kesah ade ke xde (sebab tokey dia non-muslim)

So, kami memang pegi borong alatan sahaja di kedai tersebut sebab dah syubhah untuk produk edible (boleh dimakan) di situ...

Bila berhadapan situasi macam ni, dalam benakku terfikir...banyak yang berlegar-legar di fikiran...
"kedai ni xda halal cert., tapi dari aku masuk tadi majoriti customernya adalah muslim...kalau macam ni situasinya, dah kira jadi fardhu ain untuk orang Islam buka kedai macam ni (kedai yang ownernya cakna halal-haram produk) "

Biskut & kek yang dijual oleh orang ISLAM terutama waktu Perayaan mestila bahan-bahannya dibeli secara borong di kedai macam ni kan...so, pembuat kek & biskut perlu lebih & LEBIH peka dengan benda-benda macam ni sebab pembeli sebenarnya dah letakkan sepenuh kepercayaan kepada penjual untuk menyediakan makanan yang mereka beli...betul x? 

Sesungguhnya makanan yang baik (Halal & Toyyib) akan membuatkan diri kita lebih terasa dekat dengan-Nya, namun, makanan yang haram akan menumbuhkan daging yang haram dalam badan kita seterusnya hanya menjauhkan kita dari-Nya, daripada doa dimakbulkan...daripada mendapat hidayah dll (seringkali kita mengeluh kenapa doa kita lambat Dia makbulkan... kembali kepada yang asas...double-check makanan kita...adakah ianya Halal? secara zahir & batinnya?) 




** tak mudah rupanya nak terjun ke dunia perniagaan -terutamanya makanan- ni ya...huhu...doakan kami berjaya kembangkan PIZZA SOLAH ke peringkat global ya....KE ARAH MEMARTABATKAN PRODUK MUSLIM yang Halal & Toyyib ke PERSADA DUNIA, takbirr! **

**UPDATE 15/09/13: baru2 ni penulis berkesempatan untuk ke kedai yang sama dan alhamdulillah...telah ada pengesahan halal jakim untuk kesemua produk yang dipek semula mahupun produk dari luar negara spt : Cheddar cheese Anchor....alhamdulillah....salute kepada pemilik kedai tersebut kerana telah mengambil kritikanku dengan positif...moga Allah juga buka hidayahNya padamu....amin...


atulasca,
Kangar
09/10/2012

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang