WANITA HAID PUN BOLEH DAPAT PAHALA PUASA SEPERTI ORANG BERPUASA?


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur padaNya yang masih memberikan nikmat Iman+Islam+Sihat padaku di bulan mulia Ramadhan... moga Ramadhan kali ini dapat menjadi pemangkin perubahan diri ke arah yang lebih baik, aminnn...~

Berkenaan topik pada entri kali ini...betul ke boleh orang yang dalam haid dapat pahala puasa sama seperti orang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun? Jawapannya adalah: BOLEH! em, macam mana ya?

dalam hadith Nabi S.A.W. ada menyebut:

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, 
“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

(At-Tirmidzi)

Huraian

1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.

-----

Nah, hanya dengan memberi makan orang yang berpuasa (walaupun dengan sebutir tamar) dapat memberikan pahala puasa bagi kita. Maha Pengasih Allahu Rabbi kan? So, ayuh kita semua, MUslimah sekalian, cuba untuk dapatkan pahala puasa walaupun di waktu didatangi haid... Bagi yang sudah bekeluarga, kalau mempunyai masa yang cukup sebelum berbuka tu, jom kita sama2 jadi extra rajin untuk memasak makanan berbuka di bulan Ramadhan ni ye... jangan bagi pahala puasa free kat bazaar Ramadhan...hehe

wallahua'lam...

akhiru kalam, selamat menunaikan ibadah Puasa dengan penuh ketaqwaan! Moga kita antara hambaNYA yang terpilih untuk mendapat keredhoanNya di akhir Ramadhan nanti... aminnn:)



Sumber gambar : Isma Australia
Sumber Hadith: Website JAKIM

Comments

  1. Yeah, nice~

    "Jangan bagi pahal free kat orang bazar ramadhan" hehe ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe...kann.... jum kumpul pahala tu:)

    ReplyDelete
  3. Ya, benar, mari mengumpul pahala di bulan yg barokah ini..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. pck
      totally agreed!

      ptik unm
      tQ...moga bermanfaat..:)

      Delete
  5. Baca tajuk je dah buat saya pelik.
    Asih, mcm mana nk dpt pahala klu perempuan dtg bulan?
    oh, begitu rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yup, benda simple yang ramai wanita di luar sana (termasuk saya pada suatu ketika) terlepas pandang & kerugian di bulan Ramadhan...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts