♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 15, 2012

~Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran~

Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi.
 Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.
 Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.
 Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.
 Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.
 Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
 Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.
 Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran.

4 comments:

  1. yup...alhamdulillah...moga2 makin ramai yang kembali kepada fitrah....aminn

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, makin bertambah umat islam ,moga dia bertmbah ilmu Islam dari hari ke hari

    ReplyDelete
  3. amin3....moga kita jua bertambah ilmu islam dari hari ke hari...aminnnn

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang