[ wanita: "Ini TiDAK Adil!!!" ] ???



Bismillahirrahmanirrahim…

“Relevan pembahagian harta pusaka bagi kaum wanita yang kurang dari kaum lelaki”


Kenyataan diatas seringkali ditidakkan oleh manusia (terutamanya wanita) yang kurang mengkaji tentang hikmah hukum- hukum Tuhan Rabbul I`zzati. Tidak kurang juga dimanipulasikan oleh golongan ‘Woman Liberation’1 di barat tentang ketidak adilan yang berlaku pada wanita di dalam agama Islam. Wanita rasa ditindas dan seterusnya berusaha untuk menegakkan keadilan bagi diri mereka. Namun, disebalik kejahilan mereka, ada rahsia agung Tuhan yang tersimpan beserta hukum-hukumNya. Telah ALlah gariskan dalam KalamNya, melalui FirmanNya:


"Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian pula dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan” 2


Wanita yang menerima harta pusaka tidak mempunyai tanggungan yang perlu mereka pikul, melainkan ianya adalah untuk kegunaan diri mereka sendiri. Relevan Islam menggariskan panduan pembahagian harta pusaka yang lebih bagi kaum lelaki adalah kerana tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Mereka mempunyai tanggungan yang ramai seperti para ibu mereka, isteri-isteri mereka juga anak-anak mereka 3 . Masakan dengan tanggungan ini mereka diberi harta pusaka yang sama nilainya dengan wanita? Tentu sekali amat zalim jika ini berlaku. Sesungguhnya Allah Maha penyayang dan sesekali tidak zalim pada hamba-hambaNya. Dialah pencipta sekalian makhluk dan Dia juga yang lebih arif tentang percaturan hidup hamba-hambaNya.

Dan firman Allah lagi dalam surah yang sama:


”Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; maka pohonlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” 4


Wallahua`lam…


1. Mohd. Asri Mat Daud.2005. pertembungan Islam dan Barat. d’PPG Niaga. Halaman 6.

2. Al-Quran. Surah anNisa`, ayat 7

3. Majlis Ugama Islam Singapura.Cyber mimbar, melalui laman web: http://www.muis.gov.sg/websites/khutbah/ser-m-300799.html

4. Al-Quran. Surah anNisa`, ayat 32


Comments

  1. Salam,

    Tanggungjawab lelaki lebih besar dan menggunung tinggi berbanding perempuan. Lelaki bertanggungjwab menjaga perempuan itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. akhi Farid Rashidi

    waalaikumsalam...
    ya, betul tu...tapi yang menyedihkan ada di kalangan wanita yang tidak memahami tentang mengapa pembahagian harta pusaka telah digariskan sebegitu rupa oleh Allah Taala...jadi mereka terus terusan menuntut persamaan taraf antara lelaki dan wanita...mg2 mereka mendapat hidayah dariNya..ameen..

    ReplyDelete
  3. sy bkn pertikai..kdg2 satu persoalan timbul..

    Klu Suami xbkerja..asyik dok makan harta bini..org yg sgt selfish..yg xhiraukan isteri, anak2 n adik beradi. bila masa ayah dah arwah, harta dia dpt..tp satu sen xhirau ibunya..dah ler dia tu anak sulong..

    xkan kita tetap nak cakap itu hal dia dgn tuhan..apa yg penting perlaksanaan..bgitu?..

    Sy tekankkan..sy bkn pertikai...tp, kdg2 bila situasi yg xmmihak kpd individu yg lbh mmerlukan..rasa kesian..

    ReplyDelete
  4. Hint Perihal

    alangkah bagus jika semua umat manusia faham akan tugas n tanggungjawab masing-masing. isteri laksanakan tugas sebagai seorang isteri...taati suami..dan suami pula tak lalai dari mlaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga...

    dengan kata lain mereka faham tentang ajaran islam yang sebenar...kan settle semua masalah...takde pertikaian harta..kan..

    tp mcm mr.Hint ckp tu sy sangat setuju...kesian pada isteri bila si suami senang2 goyang kaki kat rumah...isteri pulak duk sara dia...terbalik pula dari yang sepatutnya...

    FirmanNya;

    "Laki-laki(suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan, dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya...."-an Nisa`:34

    ReplyDelete
  5. Hint Perihal

    Setuju dengan pendapat anda.
    Sedih melihat ibu bapa diabaikan oleh anak2 lelaki mereka sedangkan tanggungjawab lelaki pada parent adalah sampai mati.

    Itulah pentingnya wasiat. Faraid tetap hukum, tak bleh disangkal..tapi kita ada pilihan untuk wasiatkan harta/hutang untuk anak-anak yang dirasakan layak
    tak kira la anak tu lelaki atau perempuan.

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn saudara Hint.

    Sebab tu lah, Islam bukan pada ibadah saja, tp pada akhlak juga.

    lelaki yang kejenya goyang kaki , tak nak bagi nafkah utk isteri dan parent bahkan mengharapkan isteri untuk bagi nafkah bukan lelaki islam yang sebenar2nya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts