Keajaiaban Ciptaan Allah dan ketepatan maklumat Al-Quran dengan Sains
Bismillahirrahmanirrahim…
terpanggil aku untuk berkongsi hasil tulisan asal penulis& pengkaji muslim yang ku kira amat berpengaruh kini, iaitu Adnan Okhtar atau lebih dikenali sebagai Harun Yahya ini…tulisan yang aku kira amat menginsafi…tulisan yang mendekatkan kita pada hakikat penciptaan manusia dan seluruh isi bumi…ku cedok sedikit dari tulisan beliau yang termuat di dalam buku ”Pesona AL-Quran”. Tulisan beliau banyak mendedahkan isu keajaiban ciptaan Allah yang dicatat di dalam al-Quran, dan keajaibannya yang telah disebut oleh Allah sejak 1400 tahun yang lalu. Ia memfokuskan isu berikut :-
1) Pergerakan gunung-ganang
2) Keajaiban dalam besi
3) Berpasangan dalam penciptaan.
4) Relativiti masa
5) Kadar hujan.
6) Formasi hujan.
7) Angin penyuburan
8) Ketelapan air antara lautan
9) Kegelapan dalam lautan dan Gelombang Internal
10) Susu Ibu.
11) Pengenalan diri dalam cap jari
Pergerakan Gunung-Ganang
Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi. Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi. Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
”Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung
sebagai pasak?”. (Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama. Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik
dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy; Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti. Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam
Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;
“dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu…” (Surah Luqman;10)
Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
“Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya,
padahal ia bergerak seperti geraknya awan.”Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan. Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi. Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia.
Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas. Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini. Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.
Keajaiban Dalam Besi
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
”....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....”Surah al-Hadid;25.
Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan. Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa. Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik ketika Al-Qur'an mula-mula diwahyukan.
Berpasangan Dalam Penciptaan
"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)
Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah.
Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton).
Relativiti Masa
Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.
"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung.” (Surah Al-Hadid: 47)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu" As-Sajadah: 5
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)
Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.
"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya.” Surah Al-Mukminun: 112-114.
Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.
Kadar Hujan
Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;
“Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati .” Surah Zukhruf;11
Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.
Formasi Hujan
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.PenilaiAn Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.
"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira.” (Surah Ar-Rum: 48)
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. ”(Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku. Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar.
Apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awan menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi.
Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain. Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.
Angin Penyuburan
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
“Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu.”..Surah al-Hijr;22.
Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan. Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi.
Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.Seperti yang dilihat, angina 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi…
Ketelapan Air Antara Lautan
Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;
”Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.”Surah ar-Rahman;19-20.
Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oseanografi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya. Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oseanografi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.
Kegelapan Dalam Lautan Dan Gelombang Internal
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” Surah An-Nur: 40
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean. Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya. Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan
peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter.
Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur:
”gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan”
Ayat ini menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an. Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya.
Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi. Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
Susu Ibu
Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan saru sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat "….susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.
”Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman;14)
Pengenalan Diri Dalam Cap Jari
Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;
”Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.” (Surah al-Qiyamah; 3-4)
Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik.Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.
waLlahua`lam…
rujukan:
al-Quran al-Kareem
buku pesona al-Quran karangan Harun Yahya
Comments
Post a Comment