~kRISTIAN vs iSLAM: Apa PerSOalAnNya??~


BismiLlah...
AlhamduliLlah, cuti semester ini walaupun sibuk menyiapkan projek ilmiah tahun akhir di makmal, namun ana masih dipilih ALlah dan berpeluang untuk menjejakkan kaki di Auditorium Bangunan Persekutuan Kuala Terengganu bagi mengikuti satu sesi ceramah’Wacana Ilmu-Pemantapan Daie’ yang dianjurkan oleh MAIDAM dan YADIM pada 11/12/07 bersamaan 1 Zulhijjah 1428H. Ceramah ini adalah berkisarkan tasawwur atau gambaran asas mengenai Kristianiti.

Kebanyakan masyarakat Islam yang ‘biasa-biasa’ ataupun daie` sendiri masih samara-samar apabila bercerita mengenai tasawwur Kristian. Apabila disebut perkataan Kristian itu sendiri amat kurang difahami oleh golongan muslim…walhal ana sendiri akui diri ini juga amat sukar untuk berdebat dengan golongan ini jika sekiranya diaju pelbagai soalan-soalan berkenaan perbandingan agama antara Kristian dan Islam. 

Permasalahan ini tidak lain tidak bukan adalah kerana kurangnya pemahaman tentang agama Kristian ini sendiri. Bukan maksud ana supaya kita berlumba-lumba untuk mengenal agama Kristian melebihi agama Islam, namun kita perlu ada gambaran jelas mengenai agama ini jika kita tidak mahu diri kita terjerumus ke lembah persoalan pokok yang membezakan kalimah Tauhid dengan agama dari serpihan kitab Injil ini…walhal RasuluLlah juga menganjurkan kita mempelajari bahasa kaum lain supaya kita tidak mudah ditipu oleh golongan-golongan yang menentang agama Islam ini. Semoga dengan sedikit perkongsian isi-isi ceramah ini dapat menjadi panduan berguna bagi kita semua, insyaALlah…

Oleh: Tn. Hj. Ayub b. Abd. Rahman @ Viagulam
(Bekas Paderi di Gereja Katholik)

Konsep Ketuhanan Kristian

  • Dosa Warisan-
Ia adalah bermaksud dosa yang dilakukan oleh Adam dan hawa sewaktu memakan buah larangan(Khuldi) di syurga adalah diturunkan kepada seluruh umat manusia.Berkenaan dosa warisan ini, walaupun ianya adalah antara 5 kepercayaan terpenting golongan kristian, dalam Injil sendiri ada menyatakan bahawa ’anak tidak memikul dosa ayah dan begitulah sebaliknya.’

  • Anak Kandung ALlah ( Nabi Isa)-
Nabi Isa dianggap sebagai anak kandung ALlah kerana lahir baginda tidak berbapa, sedangkan dalam al-Quran sendiri dalam surah Maryam:35 ALlah menyebut; Tidak patut bagi ALlah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia hendak menetapkan sesuat, maka Dia hanya berkata kepadanya, ”Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.

  • Ketuhanan Nabi Isa-
Mukjizat Nabi Isa yang disalah ertikan sebagai tanda ketuhanan baginda seperti dapat menghidupkan orang mati, memberikan pengampunan, memulihkan orang buta, merawat pesakit kusta.

  • Penyaliban Nabi Isa-
Golongan Kristian mempercayai penyaliban yang berlaku keatas Nabi Isa adalah sebagai menebus dosa warisan bagi membebaskan para pengikutnya dari penangan dosa warisan tersebut.

  • Triniti-
Dalam kitab Injil sendiri, tiada menyebut tentang Tuhan Triniti ini, tetapi sebaliknya yang ada disebut hanyalah sembahlah Tuhan Yang Satu. Dalam al-Quran, surah an-Nisa`: 171 ALlah ada menyebutkan dengan jelas, ” Janganlah Kamu Mengatakan Tuhan Itu Tiga”

Tiga pecahan Kristian:

  • Katholik
            -Mempunyai 73 bab Injil

  • Protestant
-Mempunyai 66 bab Injil

  • Mormon
-Mempunyai 81 bab Injil

’Holy Water’ atau Air Suci

Ramai antara kita yang berpendapat bahawa Holy Water ini mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membuatkan sesiapa yang meminumnya tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah..ataupun MURTAD...Namun, percayalah, tanpa izin ALlah dan dengan bacaan BismiLlah, ia tidak akan dapat memudaratkan kita jika terminum. Sedikit fakta berkenaan Holy Water:

  • Hanya dipercayai oleh pengikut Katholik sahaja.
  • Dibuat setahun sekali oleh paderi-paderi terpilih
  • Dibuat pada hari sabtu
  • Dibuat dengan menggunakan air paip yang dimasukkan ke dalam tempayan yang kemudiannya melalui ritualnya sebelum dibacakan doa oleh paderi selama 1 jam.
* jika ada sesiapa pernah terbaca artikel berkenaan Holy Water yang kononnya dibuat melalui penyulingan anjing hitam dan darah yang direbus adalah di luar pengetahuan penceramah kerana menurut beliau, tiada cara lain bagi membuat Holy Water melainkan dengan cara diatas kerana ianya hanya dipercayai oleh golongan Katholik sahaja. Beliau sendiri pernah membuat Holy water ini selama 12 kali selama 12 tahun berkhidmat sebagai paderi di Vertican,Rome, sebelum menerima hidayah dan kembali kepada fitrah, iaitu Islam.

Aktiviti paderi Katholik?

  • Wajib membaca buku berkenaan ’Kristologi’ atau ketuhanan Nabi Isa yang ditulis oleh Prof. Dr. karl Rahner.
  • Paderi bekerja di Hospital, Sekolah dan sebagainya pada hari-hari selain yang dihabiskan masa di gereja.
  • Sesetengah gereja( di Malaysia) menyediakan makanan percuma bagi sesiapa sahaja pada hari Jumaat.
  • Pantauan dari ibu pejabat agama Kristian di Vatican City, Rome hanya untuk gereja-gereja dan paderi-paderi Katholik sahaja. Perjumpaan antara paderi-paderi seluruh dunia dengan Pope(jawatan tertinggi paderi) di Vatican, Rome dibuat dalam 3 tahun sekali.
  • Paderi Katholik yang mempunyai kesalahan tata tertib yang besar(cth: ingin bertukar agama) akan dikurung di dalam bilik tahanan yang terdapat di bawah gereja-gereja besar, iaitu’Dungen’
Mengapa paderi tidak Boleh Berkahwin??

  • Bermula selepas 300 Nabi Isa diangkat ALlah ke langit.
  • Maksiat yang berleluasa di kalangan belia pada ketika itu membuatkan Saint Bennedict, Saint Francis dan Sain Agustin (lain era) membuka Persatuan yang berteraskan anti maksiat (lebih fokus kepada kerja-kerja kebajikan & Pengibadatan)
  • Paderi yang berzina hanya dikenakan tindakan tata tertib dan ditukarkan ke kawasan lain dan jika ini berlaku di Rome, paderi tersebut akan dilucutkan jawatan sebagai paderi kemudiannya dibenarkan berkahwin.
waLlahua`lam dan insyaALlah akan bersambung...

*sekiranya maklumat yang ana sampaikan ini bercanggah dengan fakta sebenar, mohon kerjasama pembaca sekalian untuk memperbetulkannya, syukran.
untuk penerangan lebih jelas tentang karl rahner, sila kunjungi lawan dibawah:

Comments

  1. salam...ada teguran ckit. awak dapat dekat mana maklumat ni? letak la sumbernya ye...mudahkan orang yang berminat terhadap maklumat ni...

    ReplyDelete
  2. salam, AlhamduliLLAh, cantik tulisannya, just nak letak some reference, so that people know that we don't quote out of context.

    Reference:

    utk dosa warisan:
    anak tidak memikul dosa bapa (Ezekiel 18:20)

    utk ketuhanan Nabi Isa:

    And when Allah saith: O Jesus, son of Mary! Didst thou say unto mankind: Take me and my mother for two gods beside Allah? he saith: Be glorified! It was not mine to utter that to which I had no right. If I had ever said it, then Thou wouldst have known it. Thou knowest what is in my mind, and I know not what is in Thy Mind. Lo! Thou, only Thou, art the Knower of Things Hidden? I spake unto them only that which Thou commandedst me, (saying): Worship Allah, my Lord and your Lord. I was a witness of them while I dwelt among them, and when Thou tookest me Thou wast the Watcher over them. Thou art Witness over all things. (Al-Maidah 5:116-117)

    I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I seek not mine own will, but the will of the Father which hath sent me (John 5:30)

    I with the finger of God cast out devils (Luke 11:20)

    Penyaliban nabi Isa:
    "For God so loved the world, that He gave His only begotten Son, that whoever believes in Him shall not perish, but have eternal life." (John 3:16)

    utk Trinity:
    "Say: He is Allah, the One! Allah, the eternally Besought of all! He begetteth not nor was begotten. And there is none comparable unto Him." (Al-Ikhlas 112:1-4)

    "Verily, verily I say unto you, The Son can do nothing of himself, but what he seeth the Father do" (John 5:19)

    "Thou shalt have no other gods before me. Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in heaven above or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth: thou shalt not bow down thyself to them nor serve them: for I the Lord thy God am a jealous God" (Exodus 20:3-5)

    "For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one" (1st Epistle of John 5:7)

    golongan kristian yg satu lagi ialah Mormon, bukan Mommon

    tempat di Rome pula ialah Vatican City (Status Civitatis Vaticanae) Rome, bukan Vertican

    doktor yg mengarang buku ialah Karl Rahner, bukan Carl Rarner. artikel pendek mengenainya boleh dibaca di http://en.wikipedia.org/wiki/Karl_Rahner

    paderi2 yang membuat masalah akan dikurung dlm Dungeon, bukan Dungen

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. AlhamduliLlah.syukran kathiran pada iamwhoiam kerana sudi memperbetulkan tulisan ana.insyaALlah, moga2 dengan sedikit tulisan ini dapat menjadi saham akhirat kelak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts