SIRI MUJAHIDAH AGUNG~02~FaTiMaH Az-ZaHRA


Fatimah Az-Zahra adalah puteri pemimpim para makhluk, Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya kepada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlak, adab, hasab dan nasab. Beliau adalah puteri yang paling dicintai Nabi s.a.w. sehingga Baginda pernah bersabda: “Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menyusahkannya juga menyusahkan aku dan siapa yang mengganggunya juga menggangguku.”

Sesungguhnya beliau adalah pemimpim wanita dunia dan penghuni syurga yang paling utama, puteri kekasih Robbil’alamin, dan ibu dari Al-Hasan dan Al-Husein. Az-Zubair bin Bukar berkata: “Keturunan Zainab telah tiada dan telah sah riwayat, bahawa Rasulullah s.a.w. menyelimuti Fatimah dan suaminya serta kedua puteranya dengan pakaian seraya berkata: “Ya Allah, mereka inilah ahli baitku, maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya.”

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata: “Datang Fatimah kepada Nabi s.a.w. meminta pelayan kepadanya. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: Ucapkanlah: “Wahai Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arsy yang Agung. Wahai Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah bijih dan benih. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkaulah awal dan tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkaulah akhir dan tiada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang batin dan tiada sesuatu di bawah-Mu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkan aku dari kekurangan.”(HR. Tirmidzi)

Inilah Fatimah binti Muhammad s.a.w. yang melayani diri sendiri dan menanggung berbagai beban rumahnya. Thabrani menceritakan, bahawa ketika kaum Musyrikin telah meninggalkan medan perang Uhud, wanita-wanita sahabah keluar untuk memberikan pertolongan kepada kaum muslimin. Diantara mereka yang keluar termasuk Fatimah. Ketika bertemu Nabi s.a.w., Fatimah memeluk dan mencuci luka-luka Baginda dengan air, sehingga darah semakin banyak yang keluar..Tatkala Fatimah melihat hal itu, dia mengambil sepotong tikar, lalu membakar dan membubuhkannya kepada luka itu sehingga melekat dan darahnya berhenti keluar.” (HR. Syaikha dan Tirmidzi)

Dalam kancah pertarungan yang dialami itu, nampaklah peranan puteri muslimin supaya menjadi teladan yang baik bagi pemuda muslim masa kini. Pemimpin wanita penghuni syurga Fatimah A-Zahra’, puteri Nabi s.a.w., ditengah-tengah pertempuran tidak berada dalam sebuah panggung yang besar, tetapi bekerja diantara tikaman-tikaman tombok dan pukulan-pukulan pedang serta hujan anak panah yang menimpa kaum muslimin menyampaikan makanan, ubat dan air bagi para pejuang Islam. Inilah gambaran lain daripada puteri sebaik-baik makhluk yang sepatutnya menjadi tauladan kepada para Muslimah masa kini yang membebani para suami dengan tugas yang tidak dapat dipenuhi.

Ali r.a. berkata: “Aku menikahi Fatimah, sementara kami tidak mempunyai alas tidur selain kulit domba untuk kami tiduri diwaktu malam dan kami letakkan di atas unta untuk mengambil air di siang hari. Kami tidak mempunyai pembantu selain unta itu. “Ketika Rasulullah s.a.w. menikahkannya (Fatimah), beliau mengirimkannya (Unta itu) bersama satu lembar kain dan bantal kulit berisi ijuk dan dua alat penggiling gandum itu hingga melecetkan tangannya dan memikul Qirbah (tempat air dari kulit) berisi air hingga berbekas pada dadanya. Dia menyapu rumah hingga berdebu bajunya dan menyalakan api dibawah panik hingga mengotorinya juga. Inilah dia, Az-Zahra’, ibu kepada cucu Rasulullah s.a.w.: Al-Hasan dan Al-Husein”.

Setiap kali Fatimah merasa lapar, dia selalu sujud dan setiap kali berada dalam kesusahan, dia selalu berzikir. Kerana itulah Fatimah sering dipanggil dengan pelbagai nama seperti Al-Batuul (yang mencurahkan perhatiannya kepada ibadah), Az-Zahra’ (yang cemerlang), At-Thahirah (yang suci), yang taat beribadah dan menjauhi keduniaan. Iman Muslim menceritakan kepada kita tentang keutamaan-keutamaannya dan meriwayatkan daripada Aisyah r.a. dia berkata: “Pernah isteri-isteri nabi s.a.w. berkumpul di tempat Nabi s.a.w., lalu datang Fatimah r.a. sambil berjalan, sedang jalannya mirip dengan jalan rasulullah s.a.w. Ketika Nabi s.a.w. melihatnya, Baginda menyambutnya seraya berkata: “Selamat datang, puteriku.”Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau kirinya. Lalu Baginda berbisik kepadanya. Maka Fatimah menangis. Ketika melihat kesedihannya, Nabi s.a.w. berbisik kepadanya untuk kedua kalinya; maka Fatimah tersenyum. Setelah itu aku berkata kepada Fatimah: Rasulullah s.a.w. telah berbisik kepadamu secara khusus di antara isteri-isterinya, kemudian engkau menangis!”Ketika Nabi s.a.w. pergi, aku bertanya kepadanya: ‘Apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepadamu?” Fatimah menjawab: “Aku tidak akan menyiarkan rahsia Rasulullah s.a.w.”

Aisyah berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, aku berkata kepadanya: “Aku mohon kepadamu demi hakku yang ada padamu, ceritakanlah kepadaku apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepadamu itu?”Fatimah pun menjawab: “Adapun sekarang, maka baiklah. Ketika berbisik pertama kali kepadaku, beliau mengkhabarkan kepadaku bahawa jibril biasanya memeriksa bacaannya terhadap Al-Quran sekali dalam setahun, dan sekarang dia memeriksa bacaannya dua kali. Maka, kulihat ajalku sudah dekat. Takutlah kepada Allah dan sabarlah. Aku adalah sebaik-baik orang yang mendahuluimu.” Fatimah berkata: “Maka aku pun menangis sebagaimana yang engkau lihat itu. Ketika melihat kesedihanku, Baginda berbisik lagi kepadaku dan berkata: “Wahai Fatimah, tidakkah engkau senang menjadi pemimpin wanita-wanita kaum mukmin atau umat ini?” Fatimah berkata: “Maka akupun tertawa seperti yang engkau lihat.” Inilah dia, Fatimah Az-Zahra’.

Tatkala suaminya Ali mengetahui banyak banyak hamba sahayanya telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka beliau bertanya kepadanya: “Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku?” Fatimah menjawab: “Aku datang untuk memberi salam kepadamu.” Fatimah merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang. Keesokkan harinya Nabi s.a.w. datang kepadanya, lalu bertanya: “Apakah keperluanmu?” Fatimah diam.

Ali r.a. lalu berkata: “Aku akan menceritakan kepada anda, wahai Rasulullah, Fatimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas didadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan daripada Anda bagi meringankan bebannya.”

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Allah Aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punyai wang untuk untuk nafkah mereka, oleh itu Aku menjual hamba sahaya itu dan wangnya aku gunakan untuk nafkah mereka.”

Beliau memberikan contoh kepada kita saat ayahandanya wafat. Ketaka Rasulullah S.A.W. menjelang wafat dan sakitnya bertambah berat, Fatimah berkata: “Aduh susahnya Ayah!” Nabi s.a.w. menjawab: “Tiada kesusahan atas Ayahanda sesudah hari ini,” Tatkala Rasulullah S.A.W. wafat, Fatimah berkata: “Sesungguhnya Ayah, Dia telah memenuhi panggilannya, Sesungguhnya Ayah disyurga Firdaus tempat tinggalnya, Wahai Ayah, kepada Jibril kami sampaikan beritanya.”

Fatimah pernah mengeluh kepada Asma’ binti Umais tentang tubuh yang kurus. Dia berkata: “ Dapatkah engkau menutupi aku dengan sesuatu?” Asma’ menjawab: “ Aku melihat orang Habsyah membuat usungan untuk wanita dan mengikatkan keranda pada kaki-kaki usungan,” Maka Fatimah menyuruh membuatkan keranda untuknya sebelum dia wafat. Fatimah melihat keranda itu, maka dia berkata: “Kalian telah menutupi aku, semoga Allah menutupi aurat kalian.” Ibnu Abdil Barr berkata: “Fatimah adalah orang yang pertama dimasukkan ke keranda pada masa islam.”Dia dimandikan oleh Ali dan Asma’, sedang Asma’ tidak mengizinkan seorang pun masuk. Ali r.a. berdiri dikuburnya dan berkata: setiap dua teman yang bertemu tentu akan berpisah dan semua yang diluar kematian adalah sedikit kehilangan satu demi satu adalah bukti bahawa teman itu tidak kekal. Semoga Allah meredhainya.

Betapa indah situasi di mana hati Nabi Muhammad s.a.w. berdenyut menunjukkan cinta dan sayang kepada puterinya itu. Seakan-akan kulihat Az-Zahra’a.s berlinang air mata dan berdenyut hatinya dengan cinta dan kasih sayang. Selanjutnya, inilah dia, Az-Zahra’,Puteri Nabi s.a.w., puteri seorang pemimpim yang Agung. Semoga kita semua, kaum muslimah boleh meneladani sifat serta akhlak Fatimah Az-Zahra’.

Comments

Popular Posts