♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 8, 2012

ANTARA PIZZA SOLAH & CEDDAR CHEESE 'ANCHOR'; UPDATED 15/09 VERSION

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua`laikum... ahlan wa sahlan buat semua teman pengunjung yang sudi berkunjung di teratak CA ni... inshaAllah kelapangan masa harini akanku isi dengan sedikit perkongsian cerita...

Untuk pengetahuan semua, aku & suamiku telah mulakan bisnes menjual PIZZA SOLAH (diambil sempena nama anak lelaki kesayangan kami SOlahuddin). Baru-baru ni dalam pencarian kami mendapatkan kotak pizza, terjumpalah akan kami berdua satu kedai menjual barang-barang membuat kek dan roti. Bolehku katakan barang-barangnya memang superb! A-Z untuk pizza ada dijual disitu... paling kami tertarik & dah terambil pun sebenarnya : Ceddar Cheese paket BESAR jenama ANCHOR yang dijual dengan harga sangat berpatutan...tapi belek punya belek dia punya logo halal,xde rupa-rupanya... Haish, ku letak la semula di tempatnya... kat situ dah rasa sedikit syubhah untuk barang-barang lain yang dijual di situ... dalam duk jalan-jalan tengok barang-barang lain, aku amik pula serbuk koko dan choc rice (teringin nak buat kek coklat)...sekali lagi situasi sama berlaku... tiada cop Halal, walaupun halal x official (bukan halal jakim)... Syubhah kami bertambah... So, bagi mengelakkan buruk sangka, kami sepakat untuk bertanya di kaunter (kalau-kalau ada certificate halal untuk kesemua produk yang di'packing semula' di kedai tersebut)... ~untuk pengetahuan semua, pekerja kedai tu melayu ISLAM~ 

"erm dik, untuk keju dan serbuk koko yang dipaket semula kat kedai ni ada pengesahan halal tak?" 

dengan muka terpinga-pinga (mungkin takda lagi customer yang tanya sebelum ni) dia menjawab:
"err, tak pastila kak...ada kot...saya pun x sure"

aku membalas:
"kalau ada, kenapa tak tampal kat dinding kedai?"

dengan rasa serba-salah dia tertoleh-toleh pada kawannya yang berada di tepi... melihat situasi tu, aku pun faham sendiri la...ada beberapa kemungkinan di sini....mingkin...

1: Ada & tak tampal di kedai
2: Memang takde 
3: Tak kesah ade ke xde (sebab tokey dia non-muslim)

So, kami memang pegi borong alatan sahaja di kedai tersebut sebab dah syubhah untuk produk edible (boleh dimakan) di situ...

Bila berhadapan situasi macam ni, dalam benakku terfikir...banyak yang berlegar-legar di fikiran...
"kedai ni xda halal cert., tapi dari aku masuk tadi majoriti customernya adalah muslim...kalau macam ni situasinya, dah kira jadi fardhu ain untuk orang Islam buka kedai macam ni (kedai yang ownernya cakna halal-haram produk) "

Biskut & kek yang dijual oleh orang ISLAM terutama waktu Perayaan mestila bahan-bahannya dibeli secara borong di kedai macam ni kan...so, pembuat kek & biskut perlu lebih & LEBIH peka dengan benda-benda macam ni sebab pembeli sebenarnya dah letakkan sepenuh kepercayaan kepada penjual untuk menyediakan makanan yang mereka beli...betul x? 

Sesungguhnya makanan yang baik (Halal & Toyyib) akan membuatkan diri kita lebih terasa dekat dengan-Nya, namun, makanan yang haram akan menumbuhkan daging yang haram dalam badan kita seterusnya hanya menjauhkan kita dari-Nya, daripada doa dimakbulkan...daripada mendapat hidayah dll (seringkali kita mengeluh kenapa doa kita lambat Dia makbulkan... kembali kepada yang asas...double-check makanan kita...adakah ianya Halal? secara zahir & batinnya?) 




** tak mudah rupanya nak terjun ke dunia perniagaan -terutamanya makanan- ni ya...huhu...doakan kami berjaya kembangkan PIZZA SOLAH ke peringkat global ya....KE ARAH MEMARTABATKAN PRODUK MUSLIM yang Halal & Toyyib ke PERSADA DUNIA, takbirr! **

**UPDATE 15/09/13: baru2 ni penulis berkesempatan untuk ke kedai yang sama dan alhamdulillah...telah ada pengesahan halal jakim untuk kesemua produk yang dipek semula mahupun produk dari luar negara spt : Cheddar cheese Anchor....alhamdulillah....salute kepada pemilik kedai tersebut kerana telah mengambil kritikanku dengan positif...moga Allah juga buka hidayahNya padamu....amin...


atulasca,
Kangar
09/10/2012

8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Tahniah, semoga berjaya dan diberkati Allah SWT perniagaan yg diceburi..

    Memang susah mencari keju yg ada tanda halal ni, kalau di KL, ada beberapa kedai Arab & Iran yg menjual keju..harganya mahal sikit..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam ukhti Nohas...

    Amin3! syukran ats doanya.... 2la, sangat susah sebenarnya...saya mmg tengah duk cari keju keluaran negara arab... ukhti ada no.contact kedai2 tu x? di kangar mmg susah nak jumpa keju keluaran sana....

    ReplyDelete
  3. Great blog and post, keep it up i will be subscribing to your feed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tnya..kat mne nk dpatkan cheese dngan hrga murah dan bnyak n kat mne kedai jual brangan pizza ye??

      Delete
  4. Nk tanya ukhti buat pizza guna cheese mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna cheddar cheese jenama "cheesedale"....campur dengan mozarella cheese (xingat jenama)

      Delete
  5. Assalam..
    sis x try gune cheese kluaran dqisra tja cheese...Muslim product n dyakini halal bbanding cheese import yg tlalu byk isu halal haram.
    sekadar bg pdpt cz kte bisnes biar jgn ade yg syubhah...

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang