♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 7, 2012

Minta Tolong Doakan Saya:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum & Selamat sejahtera buat semua....

Rindu sunnguh pada CA... rindu nak mencoret sesuatu disini...namun kekangan waktu sering menidakkan hasratku ni... Waktu yang ada diperuntukkan sebaiknya untuk keluarga dan tugasku sebagai pendidik.... jadi, di CA, hanya masa berbaki sahaja boleh ku luangkan untuk menulis.... dan selalunya masa yang berbaki itu hadir dikala mataku sudah mengantuk dan badanku sudah keletihan di malam hari (lepas kerja mengemas membasuh dll selesai)

Terbaharu, lambakan Kertas jawapan Trial SPM pelajar yang meminta keringat mindaku tumpah hampir 100% untuknya....Sudahlah paper subjek yang aku mengajar tu ditunda daripada sebelum Raya, hinggalah ke tarikh 6/9....lagi, Bayangkan 3 paper x 3 kelas = 9 paper  yang mesti ku pulun menanda sebelum due date untuk key in markah dalam ISIS* & SAPS**.... huh....keluhan lg....takpe2....InshaAllah, aku mampu menyiapkan tugasan penting ni tepat pada masanya dengan izinNya.....

Disini aku nak minta jasa baik sahabat-sahabat blogger semua doakan moga urusanku ni dipermudahkanNya ya! Moga kita dapat jumpa lagi di dalam artikel-artikel lain yang bakal menyusul, inshaAllah....


Faqir ilaLlah, atulasca.
8/9/2012
1:33pm
kangar, perlis


_______________________________________________
* sistem Database Sekolah untuk mengisi maklumat pelajar dan markah peperiksaan
** sistem Database untuk mengisi maklumat pelajar dan markah peperiksaan untuk KPM

4 comments:

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang