♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 2, 2012

DEMAM CAMPAK PADA BAYI : Beza antara Campak Besar dan Campak Kecil


~Solah Demam~


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita kesekian kalinya di alam maya CintaagungkuJ  Apa khabar semua teman pengunjung yang setia bersama CA dari awal mula....moga sihat sejahtera semuanya.... untuk perkhabaran semua, si kecil Solah skarang ni sedang dilanda virus Varicella zoster atau yang menyebabkan penyakit “Chiken Pox”...  Sedikit menyayat hati bila si kecil yang baru demam si ibunya pula kena berkusus....nak tak nak, si kecil dengan ayah dia skali dibawa berkursus....

Disebabkan Solah sedang dilanda demam Campak Besar...bak kata orang-orang di sebelah utara...(kalau di Pahang, kami gelarkan sebagai Cengkering- em..bukan cengkerik ye hehe...) rasa nak share dengan semua...apa tu Campak besar? Campak kecil apa pula? Bezanya  apa?


CAMPAK BESAR (CHICKEN POX)

Ok, jom kita berkenalan dengan Campak Besar (Chiken Pox) dahulu... penyakit ni kebiasaannya akan melanda kanak-kanak yang tiada imuniti/rintangan lagi kepadanya( atau dalam kata lainnya kanak-kanak yang belum pernah kena chiken pox). Ianya adalah disebabkan oleh virus jenis Herpes. Nama saintifiknya adalah Varicella zoster. (sedap sungguh namanya..hehe)



~ Gejala ~

2-3 hari sebelumnya, anak-anak akan menunjukkan tanda-tanda batuk dan selsema yang biasa. Chiken pox bermula daripada demam ringan sehinggalah suhu meningkat ke tahap maksimum apabila demam semakin berlarutan.  Badan akan rasa gatal-gatal dan seterusnya bintik-bintik ruam yang mengandungi air di dalamya mula terbentuk dan merebak ke seluruh badan. Jika ruam air ini pecah, ianya akan menyebabkan lebih banyak ruam terbentuk di kawasan terkena air tersebut. 3-4 hari berikutnya adalah hari kritikal di mana kanak-kanak akan merasa sangat tidak selesa, panas dan gatal di seluruh badan.  Setelah seminggu, barulah ianya akan mula kering dan membentuk keruping, demampun akan beransur hilang.



~ Pantang-Larang ~

Banyak pantang-larang masyarakat setempat (uruf) untuk mengelakkan penyakit ini bertambah teruk. Selagi ianya tak melanggar syarak, saya kita tak salah untuk kita lakukan, demi kemaslahatan anak-anak kita...tak gitu? Em, saya share pengalaman seciput saya berhadapan dengan Solah yang demam....antara yang dah dilakukan adalah:

sumber gambar: adlinewrites.blogspot.com
  1. Mandikan anak sekerap yang boleh (bagi mengelakkan suhu badan meningkat dengan mendadak)
  2. Mandikan anak dengan daun semambu (bagi mengurangkan gatal-gatal pada badannya)
  3. Menyusukan dan beri anak minum air masak dengan lebih kerap (bagi membantu suhu badan turun dan antibody ibu turut sama melawan virus dalam badan anak.
  4.  Menyapu badan anak dengan Calamine Cream selepas mandi (bagi mengurangkan gatal-gatal)
  5.  Mengalihkan perhatian anak daripada penyakitnya, dengan kerap membawanya keluar berjalan dan bermain-main dengannya.
  6.  Mengelakkan terkena hujan (dikhuatiri dengan izinNya parut lambat hilang jika terkena hujan)
  7.  Ambil MC ler bagi ibu2 bagi menjaga anak dalam masa 2 minggu kerana jangkitan virus aktif merebak dan boleh berjangkit dalam masa 2 minggu. 
  8. Vaksin juga boleh didapati untuk mengelak jangkitan Chicken pox. (dalam kes Solah, tak sempat nak dapat vaksin lagi sebab vaksin untuk campak hanya akan diberikan pada usia bayi 12 bulan keatas...)




CAMPAK KECIL (MEASLES)

Campak kecil ni Solah belum kena lagi... just for preparation of knowledge la kan.... campak kecil ni dipanggil Measles atau Morbili atau Campak German. Ianya disebabkan oleh sejenis virus bernama paramyxovirus  daripada kumpulan Morbillivirus. Ia sangat mudah menular dan menyerang kanak-kanak... campak kecil ni lebih seperti  ruam yang timbul pada badam bayi tapi dalam skala yang lebih banyak daripada ruam biasa. Gejala penyakit kebiasaannya akan muncul 8-12 hari selepas terdedah kepada individu yang mengidapnya.


~ Gejala ~

 Ianya bermula daripada ruam yang timbul di sekitar dada. Batuk-batuk, selsema, mata bengkak dan berair juga akan  dapat diperhatikan.  Ruam boleh juga merebak ke bahagian lain badan seperti telinga, hidung dan sekitar mata.

* Penyakit ini semakin jarang berlaku di kalangan kanak-kanak kerana  vaksin imunisasi jenis MMR sudah terangkum dalam program imunisasi bayi di Negara kita.

* Program imunisasi bayi sebenarnya ada kisah tersembunyi di sebaliknya...InshaAllah, bila kajian saya dah siap nanti, pendedahan akan dibuat...nantikan artikel saya...

Rujukan:


atulasca
03-05-2012
Kangar, Perlis


20 comments:

  1. k.yusraaaa....lamanya xberhubung..k.yusra dh delete fb ye??huhu....
    kesian solah, dia dh sembuh ke?bestnya org dh ada permata hati...=): PENGALAMAN BERSIH 3.0
    Sertai juga KEMPEN saya: KEMPEN INTERNET TOYYIBAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. cupiiii.....2la, smenjak BERSIH 2.0 ritu kan....aah...xdok doh zukenberg punye fb tu...dok dang nok berfb skg....bz d skol n anak huhu....2la, mmg kesian kat solah....baru 5 bulan dah kne chicken pox...dah nak sembuh sepenuhnya dah solah, alhamdulillah....ehem,,, sufi bilo lg nak ada permata hati jugak...:) xlama dah kot tu...

      Delete
  2. huhuhu...tulah pasl,dh lama nk tnya, kenapa fb xda, tp xteringat sokmo......kesiannya solah, xpe, Allah nk uji solah, umi n abi dia...hehehe......hehehe....tggu k.yusra beranak 2/3 dulu lah...hehe

    ReplyDelete
  3. lama dah kot xd fb....huhu...2la, Dia nak uji kami sume....uit, mana aci gitu sufi....solah nak kawan yang sebaya...hihi....~ kak ma pe cerita ya?

    ReplyDelete
  4. mak ckp time kecik penah kene... haha... berusaha menukar template baru... akhirnya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yke...dah ade immunity tu...:) santek template baru die:)

      Delete
  5. Kena chicken pox masa final exam, hmm..dua ujian, siap kena kuarantin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yke...paling seksa nak hilangkan parutnye....betul x hehe....

      Delete
  6. Assalamualaikum nik...long time no c....da lama x contact..fb nik pn da xder...Allah temukan kita d cni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cikjah!!! huhu....2la, lama betul dah xdgr kabar kawan2 smenjak xd fb,,,,huhu....cikjah ngajo kat pahang lg ke??? sori xdapat attend kenduri kamu....

      Delete
  7. Assalamualaikum...terima ksh tls belog psl ni,,,good info...

    ReplyDelete
  8. Slm.. nk tahu perkembangan kajian ttg program imunisasi tu.. brminat nk tahu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....masih dalam kajian saya lagi....inshaallah doakan moga saya dapat publish cepat ya...

      Delete
  9. Salam... Tumpang tanya sama ker cengkering (xtau la kalau johor je cakap) dengan demam campak... Wslm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tasya....sama....kalau di pahang kami panggil cengkering jugak....cuma di utara panggil campak besar (yang berair tu)....

      Delete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang