Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamua`laikum buat semua yang sudi berkunjung ke blog CA yang tak seberapa ni… ketika entry ni dikarang, jam menunjukkan ke pukul 1.35 pagi…Alhamdulillah Solah akhirnya lelap juga… entah mengapa akhir-akhir ni anak kecilku kerap berjaga malam…pernah sekali jam 4.00 pagi baru dia lelapka matanya… bila berhadapan situasi begini, baru aku tahu betapa jasa ayah bonda tak terbalas! Sampai bila-bila pun…jasa yang berjuta….tak terkarang…
Kembali kepada topik… “JANGAN MENIDAKKAN HAK ANAK KITA” hak yang bagaimana??? Maksudku disini ialah hak anak utuk mendapatkan makanan terbaik yang telah Allah rezekikan buatnya semenjak hari pertama kelahiranya….ya, susu ibu… ia makanan terbaik untuk anak kita…. Bagaimana kukatakan susu ibu adalah yang terbaik? Hmm….boleh tak jika aku gunakan bahasa yang agak ‘kasar’ seperti SUSU MANUSIA dan SUSU LEMBU??? Agak-agaknya antara dua jenis susu ni, mana yang lebih baik untuk ANAK MANUSIA??? Of course SUSU MANUSIA bukan? SUSU LEMBU pula tentunya yang terbaik untuk ANAK LEMBU…

Allah S.W.T. telah meletakkan manusia di tempat yang paling tinggi di muka bumi….lebih tinggi daripada Malaikat, Jin mahupun syaitan, bahkan lebih tinggi daripada semua makhlukNya di muka bumi…. Nah! Masakan kita mengiyakan iklan yang pelbagai di kaca TV, Radio, Surat Khabar…canangnya pelbagai….semuanya berkisarkan khasiat pemakanan susu formula…atau lebih tepat lagi….SUSU LEMBU…yang telah melalui pelbagai proses kimia untuk memformulasikannya menjadi seiras dan sebaik SUSU MANUSIA…. Persoalannya…Bolehkah ia jadi sebaik SUSU MANUSIA? Semudah pertanyaan “Setarafkah seekor lembu dan manusia??” sudah tentu jawapannya sangat mudah…TIDAK! Kerana Manusia adalah makhluk Allah yang paling baik…dikurniakan akal dan fikiran…jadi, jom kita sama-sama gunakan akal dan fikiran yang telah Dia kurniakan untuk menilai sejauhmana kebenaran realiti ini…

Yakinlah, seorang wanita yang tiada masalah utuk mengandungkan anaknya, Allah juga telah kurniakan kebolehan buatnya menyusukan anaknya… Allah telah rezekikan buat anaknya makanan terbaik yang mempunyai nutrien terbaik untuk perkembangan yang baik… jadi tiada alasa untuk menidakkan hak anak-anak kita… susuilah mereka dengan SUSU MANUSIA….sehingga genap umurnya 2 tahun…katakan TIDAK kepada SUSU LEMBU, SUSU SOYA dan lain-lain yang seangkatan dengannya… bagi para ibu yang bekerjaya… carilah ilmu berkaitan cara menguruskan susu ibu ni…. Jangan malu utuk bertanya pada yang pakar…. Luangkanlah 10 minit daripada masa ber’fb’ anda untuk membaca artikel-artikel yang sangat memberikan info berkenaan susu ibu ni….seperti dua page terbaik yang menjadi rujuka aku spt dibawah ni…..two thums up untuk dua page kat bawah ni….
sebenarnya aku sangat bersyukur dikurniakan insan-insan di sekelilingku yang sangat menyokong penyusuan susu ibu ni….antaranya adalah kakakku sendiri…amawek…tq sis…J mak mentuaku yang aku sangat sayang, kakak iparku kak anis….kak Noraini ahmad….sahabatku la tifah….dan yang paling aku syukuri, Allah kurniakan padaku suami yang sangat menyokong penyusuan susu ibu ni….dialah yang banyak memberikan semangat buatku untuk memberikan yang terbaik untuk anak kecil kami….Solah~ tima kaseh abang!
Di kesempatan ni aku nak share status fb cik abangku ni….terharu membacanya….
~~~
" TUNAIKAN HAK BAYI ANDA!!!!!!
kepada para ibu yg baru menimang cahaya mata, jangan lupa tunaikan hak bayi anda... ye, pandai pun... susu badan... kepada para suami pula, sokonglah isteri anda utk menyusukan bayi anda dgn susu badan hingga bayi anda besar :) xkan kita nak bagi susu formula sedangkan ALLAH hantar bayi kpd kita bersama susunya...
ZALIM kalau kita meletakkan sesuatu pada yg bukan tempatnya bukan??!!! pikir2kan :)
SUSU XDE!! SUSU KERING!! BABY KUAT ISAP SUSU LA...
jangan cepat mengalah... setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya... yg penting USAHA, DOA & TAWAKKAL kepada ALLAH tanpa erti jemu... (sebab tu pentingnya sokongan dari pihak suami). susu xde boleh diatasi dgn;
i- mengurut 'beg' susu
ii-cari ilmu bagaimana merangsang kilang susu dlm badan ibu
iii-makan makanan yg merangsang pengeluaran susu (seperti kurma, horlick dll...)
iv-dapatkan tips dari org yg berpengalaman (mcm saya..hahahahaha)
AWASSSSSSSSS...!!!!!!
jauhi makan makanan yg boleh membantutkan penghasilan susu dalam badan ibu...
apakah jenis2 makanan tersebut??!!!! kene la tanya kat doctor...hehehe saya pon xtau. tapi maklumat terbaru yg saya dapat, PIL PERANCANG KELUARGA boleh menjadi punca kepada pengurangan susu pada si ibu "
~~~
Sekian~ jom pakat katakana TIDAK kepada susu selain SUSU MANUSIA aka SUSU IBU buat anak-anak kita yang tersayang… Moga berkat penyusuan susu ibu akan menjadikan mereka anak-anak yang Soleh dan Solehah….aset paling bernilai buat kita…..aminnn….
credit: tQvm buat puan zahirah atiyah zainal yang banyak berkongsi tips-tips penyusuan susu ibu di blog beliau yang dah saya war2kan diatas....Blog yang sangat informative! moga usaha murni beliau diganjarkan pahala yang berlipat kali ganda daripadaNya....aminnnn
atulasca
20-01-2012
Kangar, Perlis
3 comments:
susu mak ad kolostrum :)
yup....dan yang paling penting...ia adalah makanan terbaik bayi yang xd jual d mana2 pun....ia hadiah special drpd Allah untuk baby:)
stuju stuju stuju
Post a Comment