♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 3, 2012

My Little Solah

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamua`laikum buat semua teman pengunjung setia blog CA… apa khabar agaknya iman kita hari ni? Moga-moga ianya sentiasa dalam tahap yang baik, inshaAllah…. Bertemu lagi kita di laman maya ni… untuk pengetahuan semua, atulasca telah selamat melahirkan seorang khalifah kecil MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN ANIS FIRDAUS pada tanggal 15-11-11… Alhamdulillah urusan melahirkan sehinggalah berpantang telah Dia permudahkan… harini, si kecil Solah sudah pun berusia 50 hari… sudah boleh mengagah… bagiku dan suami, inilah detik paling bahagia kurniaanNya semenjak kami melayari bahtera rumahtangga…

Solah adalah amanah Dia yang mesti kami didik dengan penuh tertib… bagiku, untuk mendidik si kecil Solah, daku perlu lebih dahulu terdidik dengan perkara-perkara yang mahu ku didik dirinya… kerana daku tidak mahu dikatakan sebagai ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dirinya berjalan senget…. Didikan itu bermula daripada ibu-bapa itu sendiri… oleh itu, tekadku di tahun baru ini adalah ingin menjadi seorang anak, isteri, dan ibu yang Solehah buat mak ayah, Suami, dan solah….paling penting menjadi HambaNya yang taat perintahNya… “ya Allah, perkenankanlah azamku ini ya Allah….”

Di kesempatan ini, aku ingin mewar-warkan kepada teman pengunjung semua tentang sLot baru dalam CA iaitu siri “DARI MASJID KE BLOG” yang akan dikongsi oleh suamiku yang tercinta (ust.Afam) buat kita semua….sebuah perkongsian daripada siri tazkirah, ceramah dan kuliah Masjid dan di bawa ke Blog untuk dikongsikan bersama…. Moga ianya membawa manfaat buat kita, inshaAllah…. Sekian dulu coretanku buat kali ini…., coretan demi coretan baru akan menyusul daripada daku dan suamiku tercinta, inshaAllah…. “abang, terima kasih tak terhingga kerana sudi berkolaborasi denganku dalam menitipkan kalam dakwah di alam maya ni. Ana uhibbuka fiLlah Abadan abada…”

~sampai jumpa lagi~

Wallahua`lam….

atulasca
Kangar perlis
03-01-12

….buat tatapan semua….inilah gambar permata hati kami...little Solah…


6 comments:

  1. alo omey3.. alhamdulillah exam bole buat.. tggl lg 3 paper.. sabtu ni habes

    ReplyDelete
  2. yeke....alhamdulillah bagusla g2....another 3 to go...chayokkk!!! :)

    ReplyDelete
  3. yeeeeaaaa...harini maknjang dah hbs xm...bole mai perelis...hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, tahniah, sudah menjadi ibu..semoga segala harapan & impian menjadi kenyataan, amin..

    ReplyDelete
  5. nik.....dah dpt anak yer..sori lame tak follow kawan2..tahniah dear...nama sngt sedapppp=)

    ReplyDelete
  6. nohas~

    Waalaikumsalam.... tq sis:) inshaAllah, aminnn....lama xdengar kabar orang bukit:)

    qirMumtaz~

    thnx sya....:) sedapp sangat kann...sng nak ingat....btl x? hihi

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang