♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 2, 2012

DARI MASJID KE BLOG (SIRI 1)


 TAJUK: MASJID ITU RUMAH ALLAH

Assalamualaikum…

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah yang masih memberikan kesempatan untuk saya hidup bersama rahmat dan hidayahNYA. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada isteri tercinta (Atulasca)  yang memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi ilmu bersama saudara-saudari pengikut setia blog CA ini. Hari ini saya ingin kongsikan  ilmu yang diperolehi semasa mengikuti kuliah maghrib beberapa hari lepas. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan menjadi  panduan buat kita semua dalam usaha mencari redho Allah di dunia dan akhirat kelak, insyaAllah.

Masjid adalah sebaik-baik tempat…

Tahukah kita semua dimanakah sebaik-baik tempat di atas muka bumi ini???  Adakah di tempat peranginan?! Pasaraya?? Hotel 5 bintang?? Atas gunung?? Dalam laut??? Ketahuilah saudara-saudari sekalian bahawa sebaik-baik tempat di bumi ini adalah masjid. Ya…Rumah Allah. Di Masjid kita menunaikan solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, mendengar kuliah dan lain-lain. Pendek kata masjid adalah tempat untuk kita melakukan amal soleh. NAMUN sedarkah kita berapa ramai orang yang menghadirkan diri  ke masjid setiap hari?? Berapa lama masa kita duduk di dalam masjid jika nak dibandingkan dengan tempat lain??? Kita betah berlama-lamaan di pasaraya untuk membeli-belah… kita betah berlama-lamaan dihadapan tv menonton filem…  Namun apabila duduk dalam masjid mendengar kuliah,  mata meliar kesana sini, berulang kali melihat jam menghitung detik, punggung cepat  terasa panas, nafas sendat bagaikan tersekat… ibarat bernafas dalam lumpur. Itulah realiti kehidupan kita umat Islam pada hari ini…

 Ayuh ke Masjid…

Marilah kita lakukan perubahan kearah kebaikan saudara-saudari (pengikut setia blog CA) sekalian… Ayuh kita pergi ke masjid beramai-ramai (khususnya kaum muslimin). Ajaklah semua saudara-mara, rakan taulan, sahabat handal dan semua orang untuk cintakan Masjid iaitu sebaik-baik tempat di muka bumi ini…. Ayuh kita dekatkan diri kita dengan Allah Ta’ala agar kita beroleh rahmat dan hidayah dariNYA… Jangan tunggu hingga usia tua untuk berubah kerana tika itu… tulang pun dah reput, rambut tinggal sejemput, kulit dah berkedut, nafas pun dah dah semput, tenaga tinggal seciput, jalan terhincut-hincut, sendi rasa macam nak tercabut… Usahlah bertangguh untuk melakukan kebaikan kerana syaitan akan sentiasa mengambil peluang untuk melalaikan kita daripada mendekatkan diri kepada Allah…

Sekian dahulu perkongsian ilmu untuk kali ini… sekiranya terkasar bahasa, tersilap bicara, tersalah eja ataupun  yang seumpama dengannya… silap saya mohon maaf yang tidak terhingga. Jumpa lagi dalam siri ‘dari Masjid ke Blog’ yang seterusnya… -beramal kerana Allah- :)  


Nukilan, 
Ustaz Afam a.k.a Atulasca's Husband :)
02-01-12

5 comments:

  1. tumpang lalu sat.. huhu..dari masjid ke blog..thums up

    ReplyDelete
  2. lalu tunduk sikit cek na...hahaha

    ReplyDelete
  3. Subhanalloh sungguh betapa panasnya api neraka. Ya Alloh hindarkanlah Kami dari siksa api neraka. Amin

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang