♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 23, 2009

Antara P, Adobe PS, Spagetti+ bergedil & Islamic Investement

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua`laikum w.b.t.

Entri kali ini hanya berkisarkan tentang apa yang aku lalui sekitar dua minggu kebelakangan ini...dan entri ini mungkin akan lama bertapak sebagai entri teratas di blog ini kerana aku bakal berhadapan dengan keadaan 'ketiadaan internet' buat kesekian kalinya...

Bermula dengan P...apakah agaknya yang boleh diperkatakan tentang P ini? adalah P untuk Pertandingan?mungkin ianya untuk Percutian? atau....Pertunangankah ??:) Sebenarnya P yang dimaksudkan bukanlah pertandingan, percutian mahupun pertunangan...ianya adalah berkenaan lesen P kereta:) hampir dua minggu aku di selangor (setelah tamat praktikal, kemudian pulang ke kampung dan kemudian datang semula ke selangor untuk ambil lesen P)... dan pada tanggal 20/11 baru-baru ini aku telah selamat menduduki test JPJ dengan tak begitu jayanya...alhamdulillah untuk bahagian 3 (jalan raya)...dan sedikit menyedihkan untuk bahagian 2(bukit, parking, 3penjuru)... agak-agaknya yang mana antara bukit,parking & 3 penjuru ni yang aku fail? haha, biarlah rahsia...:P inshaAllah akan ku baiki kelemahan yang dah aku kenalpasti itu....doakan aku ye sahabat2 sekalian....if xd aral, aku akan ambil re-test JPJ untuk bahagian 2 tersebut pada 4/12 nnti...(moga-moga aku lulus...amin)

Ok, tamat bahagian P...mari mulakan kisah Adobe PS (Photoshop) pula...untuk pengetahuan semua, semenjak dari dahulu kala lagi aku telah bercita-cita untuk belajar menggunakan Adobe Photoshop ini...aku memang meminati graphic designing& photo editing semenjak aku punya notebook sendiri... (4 tahun yang lalu)...al kisahnya, sementara aku belajar kereta + ambil test JPJ,aku telah menumpang di rumah kakak angkatku (kak wini)...kakak angkatku ini mempunyai seorang kakak bernama farah wahida...sepanjang aku berada di rumah mereka, banyak yang telah aku pelajari...antaranya adalah teknik yang betul menggunakan adobe photoshop...aku sangat teruja di saat awal kak farah (yang mempunya B.Sc. Computer Science) sudi mengajarkanku mengenal apa itu 'layer', 'lasso tool' dan sebagainya yang terdapat di dalam perisian Adobe PS...sehari suntuk aku practice menggunakan segala 'tool' di dalam perisian Adobe PS CS3...dan hari-hari berikutnya (usai belajar kereta di pagi hari) ku penuhi dengan kerja-kerja meng'edit' gambar...alhamdulillah...daripada zero to sumtin... Sila ke http://atulasca.blogspot.com untuk melihat hasil buah tangan aku menggunakan Adobe PS CS3 (masih banyak yang perlu dibaiki).

Apa lagi ya...terlalu banyak rasanya aku nak coretkan disini...oh, ya...kita move to spagetti+bergedil pula...nak dijadikan cerita...kak wini+kak farah pandai benor memasak...tak sah kalau sehari aku tak dihidangkan dengan masakan mereka yang betul2 sodap tu...antara masakan mereka yang sangat aku suka adalah bergedil dan spagetti...alhamdulillah...dapat la aku cedok ilmu masak-memasak daripada dorang berdua(terutamanya masakan kodah:) ok, kat bawah ni aku lampirkan resepi bergedil n spagetti kak farah n kak wini...boleh la sahabat2 blogger cuba buat ye...dijamin sedap:)InshaAllah...
p/s:- masakan cik,amawek+kak ida yang sodap tu tetap terpahat di sanubariku...kiranya dua resepi ni jadi nasi tambah untuk resepi keluargaku la...:)

SPAGETTI

Bahan-bahan:
-1 paket Spagetti
-Sedikit Minyak masak
-1 paket Daging cincang (Ramlee)
-1 tin Tomato pure (cadangan:brand Campbell 'Prego')
-1 tin Cheese+Herbs (cadangan:brand Campbell 'Prego')
-5 biji Bawang merah (dicincang)
-4 biji Bawang putih (dicincang)
-Sedikit garam+gula

Cara-cara:
-Rebus spagetti selama 3-5 minit( dengan meletakkan sedikit minyak masak untuk mengelakkan spagetti melekat apabila diangkat),kemudian toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih+merah yang telah dicincang halus tadi.
-Kemudian, masukkan daging cincang dan goreng sampai agak2 daging dah masak sikit-sikit(bagi menghilangkan bau daging yang kuat)
-Masukkan tomato pure, kacau
-Masukkan chesse+herb,kacau
-Masukkan garam+gula secukup rasa.
-Kacau+ angkat
-Sedia Dimakan:)


BERGEDIL

Bahan-bahan:
-5 biji kentang (direbus sampai lembut)
-Daun Sup (dicincang)
-Sedikit Bawang goreng
-Lada Sulah
-1/3 paket Daging Cincang Ramlee
-2 biji telur
-Sedikit tepung gandum
-Minyak masak

Cara-cara:
-Lenyek kentang yang telah direbus sampai lumat.
-Masukkan daging cincang,lada sulah, garam,gula, bawang goreng,dan daun sup.gaulkan biar rata.
-Bentukkan bulat-bulat (ikut saiz yang disukai).
-Panaskan kuali +minyak masak.
-Salutkan bergedil dengan tepung gandum dan kemudiannya telur sebelum menggurengnya...
-Goreng sampai warna keemasan..
-Sedia Dimakan:)

Selamat Mencuba!

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian tentang makanan...terasa lapar pula bila menulis tentang dua makanan yang sedap tu...tu belum tulis lagi resepi nasi krabu, ayam percik, masak tempoyak, bla3...menyanyi2 perutnya nanti:P em, seterusnya aku nak berkongsi pula dengan kalian, sahabat2 mayaku tentang Islamic Investement (Pelaburan Islam). Tapi...aku rasa cerita tentang Islamic investment ni sangat menarik untuk dikongsi dan banyak yang nak dihuraikan.apa kata pada posting yang akan datang InshaAllah kita discuss tentang ni...ok? so, setakat ini dulu perkongsian tentang cerita suka di sebalik dukaku selama beberapa minggu ini....

Di sebalik gagal bahagian 2 Lesen, aku dapat belajar banyak benda yang memang dah lama aku nak belajar...alhamduliLlah..Sesungguhnya janji Allah itu pasti!

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan(al-insyirah:5)

Sekian, till meet again, inshaAllah...Semoga kalian sentiasa berada dalam RahmatNya...amin...Wassalam:)


atulasca
UKM bangi,
24/11/09

4 comments:

  1. Boleh cuba lagi..saya pun ambik test JPJ dulu sampai 3 kali,hehe.. perap lesen 5 tahun, sekrg InsyaAllah dah OK...

    Spagetti is my favourite. Resepi tu kalau tambah dgn italian herbs, fuyohh, mcm kat Itali. Kadang2 saya belasah je dgn sardin, tuna, sos lada hitam..fusion food.

    ReplyDelete
  2. oh,test jpj lagi ke..xpe,biasalah tu.nnt trainingla byk2 ek nik sblm test.n jgn lupe doa n slwt manyak2.semoga berjaya (^.^)
    p/s : sy pun suka spagethi bolognese.nyum2.

    ReplyDelete
  3. nohas
    huhu...tula,nak cuba yang terbaik...esok (4/12) sy 2nd test...doakan sy ye...
    ooo...suke spagetti ye...em, resepi yang ni paling senang kot nak wat...tgk kak farah wat,kejap je,rasenye pun sodap...emm, nnt boleh la bertukar2 resepi masak memasak ye:)

    jalinan
    tula, bu doakan yer...moga dipermudahkan sok...huhu...ni baru abis kelas...
    -hehe, teringat2 spagetti bolognese yang bu msk kat btn dlu...nyum3...bilakah akn dapat kurasa masakanmu lg..uhuk2(dengan muke sedih)

    pasabremo
    sip? apakah maksudnya itu?

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang