♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 22, 2009

Selamat Datang REJAB! ~ 24/06/09

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, berkat taufiq & InayahNya...serta sifat ar-Rahman ar-RahimNya, aku berpeluang sekali lagi untuk merasai nikmat berada di bulan Rejab yang mulia, bulan Allah... Sekiranya kita tahu hikmah di sebalik bulan penuh barokah ini, kita tidak akan berkompromi lagi dalam melaksanakan ibadah2 wajib mahupun sunat...inshaAllah, esok (22/06/09) adalah bersamaan 1 rejab 1430H...ayuh kita membuka tirai bulan mulia ini dengan berpuasa sunat, memperbanyakkan amalan kebaikan dll...

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itulah maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan mulia ini, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadah pada malamnya.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. "

"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


Sahabat-sahabat sekalian, terlalu banyak hikmah berpuasa di bulan mulia ini...antaranya adalah:


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Namun, bagi mereka yang tidak mampu untuk berpuasa pada bulan Rejab, mereka boleh melazimi bersedekah setiap hari sekurang-kurangnya dengan sebiji roti. Bersedekah pada bulan Rejab adalah seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya di setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

sahabat2 sekalian, ketahuilah bahawa setiap sehari puasa kita di bulan Rejab ini serta sedekahnya, adalah seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Bila lagi masanya kita mahu mencedok segala kebaikan yang Allah janjikan ini??? Ayuh sahabat, kita lurus dan rapatkan saff ibadah& sedekah di bulan mulia ini... jadikan bulan Rejab sebagai medium latihan ibadah untuk menyambut bulan yang penuh barokah...Ramadhan al-Mubarak...

Wallahua`lam....


Rujukan:-
1-Kitab Fadhailul Awqat oleh imam al-baihaqi
2-Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn hajar al-`Asqalani
3-Syarah Sohih Muslim oleh Imam an-Nawawi

3 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga diberi Allah SWT kekuatan untuk berpuasa sunat & bersedekah di bulan yg mulia ini dan juga disepanjang sisa-sisa usia..

    Semoga bertemu kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak, aminn..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Ya, ahlan wasahlan ya sahru rejab! Moga kita diberkati dan selalu mendapat redha Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. nohas
    -ya, alhamdulillah...kita masih berpeluang mencedok segala hikmah bulan rejab...mg2 kita dapat persiapkan diri untuk ramadhan yang bakal tiba tak lama lg...amin...

    Farid rashidi
    -Waalaikumsalam...amin!

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang