♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 18, 2009

KAI dalam kenangan


Muktamar ke-9 KAI

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa, tiba-tiba hati rasa sangat rindu pada perjuangan di kampus Universiti Malaysia Terengganu [UMT]... Rindu untuk bersama-sama ahli kelab itu....ya, kelab al-Ikhwan...satu wasilah dakwah yang takkan ku lupa sampai bila-bila...seangkatan dengan PMI.. apa khabar agaknya kelab kesayanganku itu sekarang?

Sebelum aku melangkah keluar daripada UMT hampir setahun yang lalu, kelab itu telah menerima nasib yang sangat menyedihkan...setelah sekian lama berkhidmat dan berjuang mentarbiah, mendidik, memupuk nilai Islami dalam jiwa siswa siswi kampus, perkhidmatannya bukan setakat tidak dihargai...bahkan telah diberhentikan...sungguh menyedihkan... diberhentikan dengan cara yang aku tak dapat terima sampai bila-bila...cara kotor! [ya Allah, bersihkanlah orang2 yang terlibat..!]

ZALIM sungguh mereka yang bertanggungjawab dalam men'tiadakan' kelab al-ikhwan ni (ni pandangan peribadi aku& aku bertanggungjawab keatas statement aku). Susu diberi...tuba dibalas... namun, aku tetap berharap suatu hari nanti kelab al-ikhwan dapat berdiri kembali di bumi UMT... moga-moga pentadbiran UMT suatu hari nanti akan bersih daripada segala sisa-sisa sekularisma yang ditinggalkan British di dalam sistem pendidikan negara kita suatu masa dahulu....

Walaupun KAI-refer to Kelab al-Ikhwan [dah lama tak sebut perkataan ni] sekadar wasilah, tp bagi aku, ianya tapak & medium terbaik dalam memberikan gambaran cara perlaksanaan program-program [berlandaskan Islami] yang sepatutnya dilaksanakan oleh kelab-kelab lain yang mostly pendokong dan ahlinya muslim...

Akhir kalam...aku, sesungguhnya sangat merindui suasana perjuangan di kampus UMT dulu...aku berharap& berdoa moga adik-adik UMT [my jr] tak goyah pancang kakinya dalam mendepani mehnah yang semakin mencengkam daripada mereka2 yang ZALIM itu...bagi mereka yang ZALIM itu, aku doakan moga satu hari nanti Allah bukakan pintu hati mereka untuk menerima Islam..untuk menyokong Islam...untuk mendokong perjuangan Islam...amin!

KAI For All!----Mardhatillah asas perjuangan!

So, di posting ni juga, aku nak hadiahkan award perjuangan buat sahabat2 blogger mujahid& mujahidah yang aku kenal...senarainya panjang...kalau sudi, sila2 la letak di blog masing-masing ya..moga-moga walau dimapun bumi dipijak, kita tetap junjung Islam...Takbir!!

p/s:-
- buat followers CINTAAGUNGKU & sape2 yang aku tertinggal namanya di bawah, sila ambil juga ya:)
- sila click pada gambar dibawah to enlarge...



Award for Mujahid



Award For Mujahidah

p/s sekali lg:-

Award ini bukan bertujuan untuk mengiktiraf sahabat-sahabat sekalian as mujahid@ mujahidah...siapa saya untuk memberikan pengiktirafan, kerana hanya Allah yang layak menilai iman,amal&taraf perjuangan hamba2Nya dalam memartabatkan Islam....[so, jangan la segan2 nak amik yer...]

Award ini adalah doa ikhlas dari hati saya...moga-moga Allah tetapkan hati-hati kita dalam landasan perjuangan Islam...walaupun melalui penulisan di blog-blog... [kata-kata adalah satu doa, betul??] Usaha+Doa+Tawakkal moga2 suatu hari nanti Islam kembali dijunjung umat manusia...

Wallahua`lam..

Ayuh, lurus + rapatkan saff!!

13 comments:

  1. Penentangan, kezaliman, penindasan adalah sunnah perjuangan Islam..semoga lebih cekal mengharungi duri-duri di jalanan..

    Syukran di atas award mujahidah..hmmm..rasa diri tidak layak menerima..will regard it as a motivator..thanks again.

    ReplyDelete
  2. syukran atas kesudian memberi award.malunye...masih tidak layak digelar mujahidah..

    jadikan perjuangan islam ini sbg air yg mengalir.disekat dikiri, kita alir dikanan.disekat di kanan, kita alir di kiri. jika disekat semuanya, maka, kita kumpul tenaga...utk pecahkan sekatan itu..ibarat empangan yg pecah...tenaganya mampu memusnahkan apa shj yg mhalangnya..

    ReplyDelete
  3. terima kasih, parkchick pun dapat.keh2.silap letak tu.maaf pakcik takdapat terima award tu.bukan xsudi tp xlayak.pepun terima kasih kembali.moga blog pakcik dapat jadi manfaat kat suma org.

    ReplyDelete
  4. trimas untuk award tu, sy akan simpan dulu.. :) nanti tia masa sy akan tampal dlm blog, huhu :)

    ReplyDelete
  5. AziraOmar
    -same2 ajie...

    nohas
    -betul tu...teringat lagu shoutul amal sunnah berjuang...sama2...ya, mg2 kita sentiasa bermotivasi untuk menjadi seorang mujahidah sejati...inshaAllah

    anjeruby
    -inshaAllah...moga2 kita menjadi pejuang yang tak kenal erti lelah...tak kenal erti menyerah kalah...amin..

    pck
    -ala pck, amik jela, as a motivator untuk...u deserve for it..pengisian di blog pck sangat berinformatif...& paling best semuanya disampaikan secara santai..

    Paan Lee
    -sesame..adiah kecik je.huhu...orait, bila2 pun xpe....

    ReplyDelete
  6. perjuangan Islam tidak akan berakhir..

    tunggu kemunculan KAI semester depan..

    dengan wajah baru...
    tungguuuuu...

    ReplyDelete
  7. gambar ambe ada gak..
    teringat zaman muda-muda dulu

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih untuk award mujahidah...doa2kan moga kita jg tersenarai dalam award "syurga" milik Allah yang kekal abadi...

    qirMumtaz

    ReplyDelete
  10. Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  11. cikAwan
    -betul ke KAI bakal kembali??? alhamduliLlah...!

    qM
    -same2....inshaAllah...mg2 kita berada dalam list Allah untuk diselamatkan dari azab api neraka...berteduh di bayang2 syurga pn jadila...

    Rantong
    -astarghfirullah...syukran shbt kerana menegur...bukan niat saya menyatakan aib sesetengah pihak, cuma saya berharap ianya menjadi tauladan buat kita...

    if let say suatu hari nanti kita menjadi penerajui pentadbiran mana-mana organisasi...jangan sampai Islam diinjak-injak oleh penganutnya sendiri...oleh kita...inilah gunanya mata qalam...menyatakan yang haq & yang batil...

    ~terimbau kisah as-syahid imam hassan al-Banna...syahid di tali gantung kerana berkata benar pada pemimpin yang zalim jamal abd naseer suatu ketika dahulu...

    ReplyDelete
  12. salam,syukran achikku sayang.asif ye..lama sangat xbertandang blog sahabat2..rindunya..KAI dalam kenangan..teringat waktu zaman muda2..mintak izin,koi nak copy kat blog koi pulak..hehe

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang