♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 25, 2009

Tidur yang Sunat Dikejutkan


Sumber gambar: http://www.plus50lifestyles.com/images/cartoon%20sleep.jpg



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:



Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:


خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat

kerana menggangu orang yang solat.



Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:


من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:


Tidur sebelum isya

kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:


كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:


Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:


من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:


Tidur berseorangan di rumah.

Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.



Kesembilan:


Perempuan yang tidur menelentang.

Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.

Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:


Seseorang yang tidur meniarap.

Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:


إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:


Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:


رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)


Ke dua belas:


Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Nabi saw bersabda:


إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

**Kredit to:kak ainul yaqin~qistina eye~tQ atas perkongsiannya kak:)**

9 comments:

  1. tidur seorang yang berilmu lebih ditakuti syaitan dari ibadat orang yang jahil.

    syaitan tidak takut kepada seribu abid tapi takut kepada seorand da'ie

    pck: renung2kan

    ReplyDelete
  2. Tidur itu mati kecil..Alangkah indahnya Islam, tidur pun ada adap2nya..

    Nak mengejutkan org tidur pun ada cara & gaya tersendiri..ada yg goyang bahu, ada yg tarik ibu jari kaki, ada yg mengelus-ngelus telinga..hmmmmm..

    ReplyDelete
  3. park chick

    betul tu...sbb orang berilmu sebenarnya sentiasa jaga dalam lena...&

    seorang dai`e, dapat membawa ramai ke jalanNya,tu yang syaitan geram tu.. sedangkan abid hanya untuk dirinya shj....btl x park chick?


    nohas

    Allah bagi kita rasa mati kecil tiap2 hari untuk kita lebih mendekatkan diri padaNya...setiap hari kita merasa mati-terpisahnya roh daripada jasad- walau macam tu, xramai yang amik iktibar darinya dgn untuk tingkatkan amal soleh...

    hmm...pernah sorg sahabat kejutkan ana dari tidur dengan sergah...terkejut sangat...kena karate-do dia...kesian...

    ReplyDelete
  4. yes..correct3..
    amal tanpa ilmu=sesat
    ilmu tanpa amal=tak berguna
    zikir tanpa ilmu=sesat
    ilmu tanpa zikir=riak
    fikir tanpa ziki=sesat
    zikir tanpa fikir=kurang manfaat

    Fikir+Zikir+Ilmu+Amal=kejayaan dan rahmat

    pck: gabungkan semua

    ReplyDelete
  5. wahh park chick, kok gabung kan semua...bagus2.. "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah"

    -ayuh, kita berkongsi amalkan ilmu yang sikit ini...biar sikit, asal diamalkan, jangan banyak tapi hanya di'riya`kan...'

    ReplyDelete
  6. sgt2 bermanfaat dan readable..
    thanks atas perkongsian.smoga bermanfaat~

    ReplyDelete
  7. iqbalsyarie
    -alhamduliLlah...ilmu yang baik, harus dikongsi...

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang