♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 16, 2009

Pusat Bumi: [Greenwich meridian @ MAKKAH??]

Greenwich meridian


Greenwich Line


Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.

Pandangan dari atas kota Makkah

Peta Negara Arab Saudi

Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.


Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kahirah, Mesir.

Oleh yang demikian, layakkah Greenwich yang berada di London dikira sebagai pusat bumi (longitud 0 darjah) hanya kerana Cristopher Columbus menjumpainya berada di tengah-tengah hemisfera Barat dan Timur, tanpa perkiraan yang lebih saintifik & boleh dipercayai??? Fikir-fikirkan...



kredit:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Greenwich
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hemisfera_Barat
http://anotherorions.blogspot.com/2008/12/kabah-bukan-berhala-mengapa-umat-islam.html
http://cache.virtualtourist.com/1975426-the_greenwich_line-Greenwich.jpg
http://www.al-qaasim.co.uk/aqportal/images/makkah_top.jpg
http://img63.imageshack.us/img63/3226/kabbastepzw5.jpg
http://www.islamicteachings.org/forum/islamic-history/history-of-the-kabbah-t2151.html

12 comments:

  1. Salam..best gila artikel nih...
    Thanks info nik..
    Semuanya perancangan Allah..
    Ternyata sinar Islam ini kian terang bagi mereka yang mahu pembuktian empirikal...
    Sedikit demi sedikit sudah terbukti berdasarkan kajian dan penyelidikan masa ke semasa...

    Teruskan forward post like this..

    Selamat Hari Guru...

    www.cikguhuda.blogspot.com

    (^_^)/ Cikgu Bio rocks!

    ReplyDelete
  2. wsalam...

    selamat hari guru kak...

    same2...sekadar perkongsian...itula, semakin dunia perlu kepada pembuktian empirikal, semakin jelas n banyak pula bukti2 dalam empirikal terhasil...semua itu bukti kekuasaanNya bagi yang mahu memikirkan...

    inshaAllah, i`ll, cikgu huda rock yang islamic...hehehe

    ReplyDelete
  3. salam
    dah cari buku bidadari dari timur kat sumer kedai
    tapi tak ada..catatan nik nurmadihah pun tak ada
    huhu
    mesti dah habis

    ReplyDelete
  4. wsalam...

    huhu, yke kak...ala, ciannya, mst sold out ler tu...kan...nik pn beli tyme book fair kat pwtc baru2 nie..huhu..

    ReplyDelete
  5. Salam..saintis Islam dahulu memang menjuarai bidang astronomi malah dalam Al-Quran byk ilmu2 astronomi..

    Orang2 Barat ni angkuh utk mengakui & mengiktiraf penemuan2 saintis Islam..tugas kitalah utk menyebarluaskan ilmu2 ini

    ReplyDelete
  6. nohas...

    wsalam...btul tu...alangkah indahnya jika sifat suka mengkaji masih lagi tertanam di dalam diri setiap umat islam kan..barula orang barat tak pandang rendah n memperlekeh2kan kita...

    ReplyDelete
  7. Biar di mana titik bumi berpusat... hakikatnya hatilah titik kesatuan ummat...
    satukanlah hati ummat...
    pasti syiar islam menjadi agung dan hebat

    ReplyDelete
  8. Benar seperti apa yang park chick katakan...namun perkara tersebutlah yang menjadi titik permasalahan umat islam sekarang ini...jumlah umat islam yang ramai xmemberikan apa-apa makna kerana islam sekadar pada nama sahaja kerana dikotori penyakit "wahan"...sukakan dunia, takutkan mati...tiada kesatuan...oleh itu, ayuh kita mulakan dengan kesatuan islam dalam negara kita..

    ReplyDelete
  9. mulanya islam itu pada diri yang satu..bangkitnya islam bermula pada diri yang satu...maka bangkitlah islam dalam diri kita, maka setiap kita akan menjadi keluarga, keluarga menjadi masyarakat,masyarakat menjadi ummat...disitulah tertegak syariat...disitulah terpancar syiar.

    pck-bangkitkanlah syariat dan syiar islam dalam setiap diri

    ReplyDelete
  10. setuju dgn park chick...xkn wujud khilafah islam tnpa bmula dr indvdu n kluarga islam...

    ReplyDelete
  11. salam..ana sangat tertarik dengan artikel ni..boleh ana copy masuk dalam blog ana? nanti ana letak source daripada blog ni ye :)

    ReplyDelete
  12. wsalam...silakan ya ukhti khalisah:) moga ianya bermanfaat...

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang