♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 31, 2009

Penyesalan [ bahagian 1 ]

" Maafkan Mona! Maafkan Mona!!!! Tolonglah Lisa, Maafkan Mona!!!!!!!!! "

****************************************************************************
Petang itu, bayu laut yang lembut menyentuh mukanya seakan-akan mengerti jerih perih Lisa bertungkus-lumus menghadiri setiap kuliah dan makmal di semester akhir pengajiannya dikampusnya iaitu Universiti Of Auckland. Lisa kini sedang mengikuti program pertukaran pelajar antara universiti di Malaysia dan universiti di New Zealand. Kedinginan cuaca di New Zealand sesekali membuatkan Lisa yang terkenal dikalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang tak tahan sejuk selalu sahaja merasa pening-pening kepala. segalanya dianggap sakit biasa sahaja kerana setiap kali sakit kepala datang, ubat Husin Herb bekalan ayah menjadi peneman, dan alhamduliLlah, sakitnya hilang selepas dua biji pil herba itu ditelan...

Lisa yang kebetulan diajak oleh rakannya Syuhada untuk ke pantai selesai kuliah petang tadi mengambil peluang untuk membeli sedikit cenderamata buat keluarga serta teman-temannya di tanah air memandangkan baki pengajiannya di University of Auckland hanya tinggal dua bulan sahaja lagi.

"Syu, tau tak kat mana kita boleh dapatkan cenderamata yang cantik di sini??Aku nak beli something special buat someone special la..." tanya Lisa dengan spontan pada Syuhada yang juga pelajar Malaysia yang turut terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Auckland.

"Em...nak beli kat boyfriend ker cik kak oiii....amboi-amboi, nampak je baik, bertudung besau tapi ade gewe ye???hehehe...aaaaduhhhh....ala lisa, gurau ajela...sampai ati kau cubit tangan aku yang takde isi ni...sakiiiitnyyyeeeee......!!!!...ok la-ok la... rasa-rasanya ada kat kedai hujung tu...." tunjuk Syuhada pada Lisa yang tak tahan menahan ketawa mendengar kata kata syuhada yang mencampur-rojakkan bahasa dari berlainan negeri itu...

"em, padan muke!! tula, sape suruh main api dengan puteri bulan nie....sekali bulan mengambang, terkena la ko dengan tempias cahaya aku yang terang...hehehe...dah, jom teman aku pi cari sourvenir sket! aku nak beli untuk family n friends kat Sarawak nun...yela, walau datang sini tak banyak duit, aku nak jugak beli something untuk diorang" ngomel Lisa pada Syuhada. Dalam benak Lisa terbayang wajah- wajah yang sentiasa hadir dalam doa rabitah usai solatnya...ibu, ayah, amak, aman, abenik, kok mah, kok ida, anak-anak saudaranya yang 15 orang itu...serta teman-teman sepengajiannya, juga sepersatuannya.....juga Mona... "ah! jangan dilayan rindu ini...." pujuk Lisa pada dirinya yang semakin hari semakin rindu pada kenangan di tanah air tercinta...

******************************************************************************

Malam bulan yang cerah....

Jari jari halus milik Lisa galak berlari-lari di atas keyboard laptopnya...

"Hari ini, 10/11/08, sekali lagi aku disini, setia mencurahkan segala rintihan hatiku padamu duhai Hazirah...em, hari ni, aku beli banyak sangat sourvenir untuk mereka yang aku sayang.....tak sabar nak jumpa mak...ayah....ayra.....omat.................................... dan...dan.....Mona........Mona...Mona......!!!"

Gugur lagi air mata Lisa. entah kali yang keberapa air matanya jatuh setiap kali menyebut nama Mona....ya, Mona & Lisa, satu nama yang tak mampu dipisahkan,bak potret kebanggaan da Vincci: MONALISA...

"Hazirah, aku dah cuba untuk memaafkannya...aku dah cuba tapi......setiap kali aku cuba untuk melupakan segalanya, dikala itu juga kenangan lama datang memenuhi kamar mindaku....oh Hazirah trauma diri ini masih belum pulih sepenuhnya....sesungguhnya aku amat-amat tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk"

Serentak dengan itu tangan Lisa hilang kawalan...jarinya kaku...kepalanya menghempap meja 'study'nya....terdengar kalimah kudus keluar dari bibir mulus Lisa "aaa..ALlah...."

Dari luar kamar Lisa, terdengar suara gelak tawa syuhada yang asyik dengan tayangan perdana di saluran Q berkenaan filem kartun tersohor "Happy Feet". Hanya setelah filem tersebut telah melepasi dua per tiga dari jalan ceritanya, barulah Syuhada terasa aneh. ya, aneh kerana tiadanya sahabat yang seorang itu disisinya, menonton sama. Lalu, spontan Syuhada melaungkan nama Lisa.

"Lisaaaa!! Lisa!!!!! oooo cik adik comey....! moh la nengok happy feet ni!!! best tau.....Lisa!!!!!!"

setelah berkali kali memanggil nama Lisa, Syuhada kemudian menyedari ada yang tidak kena dengan Lisa kerana sebelum ini, sahabat yang dikenalinya ini tidak pernah membiarkan orang yang berhajat padanya menunggu lama untuk mendapatkan perhatiannya, walaupun soal lamaran.Lisa akan memberikan jawapan secepatnya.

"Peliknya, kenapa tiada sahutan?"
kemudian, Syuhada terus bergegas ke kamar Lisa. Alangkah terkejutnya Syuhada apabila melihat Lisa 'tertidur' di keyboard, suatu perbuatan yang tidak pernah dilihat Syuhada sebelum ini. "Ai, sampai tertidur ke cik adik ni menaip...ish, kesiannye...nanti sakit pula tengkuk si Lisa ni....kejutkan jela.....Lisa...Lisa...Bangun, Lisa...pegi la tidur properly kat katil kau....Lisa..."

Tersentak Syuhada apabila tubuh Lisa terkulai di lantai setelah kesekian kali tubuh sahabatnya itu cuba dikejutkan dari 'tidur'nya.

"MasyaALlah!! Lisa!!! apa dah jadi ni.............Lisa, Bangun Lisaaa!!! Bangun!!!!" spontan tangan Syuhada mencapai ganggang talifon yang berada di birai katil Lisa dan sepantas kilat Syuhada menekan nombor yang amat dihafalnya..ya, juga tunangannya, Doktor Jefri.

"He..hhelloo.." Syuhada dengan nada suara yang bergetar dan bercelaru mula menceritakan perihal Lisa yang tidak sedarkan diri. Dia kemudiannya meminta Dr. Jefri segera ke rumahnya. Nada suara Syuhada yang turun naik tatkala itu mencemaskan Dr. Jefri yang kebetulannya berada tidak jauh dari rumah mereka kerana menghadiri seminar perubatan di pusat bandar Auckland.

"Apa, Lisa tidak sedarkan diri??? Aku mesti ke sana segera!!" jerit hati kecil Dr. Jefri.Di sepanjang perjalanan, bibirnya tidak putus-putus mengucap zikir dan selawat dan doa supaya keadaan Lisa tidaklah seteruk yang dibayangkannya..Tanpa dia sedari, air mata kelelakiannya hadir juga menjadi peneman doanya buat Lisa...

"Ya Allah, Sesungguhnya sahabatku Lisa amat berharga buatku.....dia umpama permata-permata di syurga...penyejuk mataku dan Syuhada...dialah orang tengah yang sering hadir antara aku dan Syuhada tatkala perhubungan kami ditimpa musibah...Ya ALlah, Kau bantulah aku untuk membantu Lisa...Kau selamatkanlah dia Ya ALlah.....amin...."

Tulus doa Dr. Jefri panjatkan pada ALlah buat sahabatnya Lisa yang kini terlantar kaku di kamarnya itu...

****************************************************************************

bersambung....

15 comments:

  1. wow..dh pandai berjinak2 merpati ngan tulis cerpen eh..insya Allah, esok2 bleh tulih novel lak..u have a great creativity in art..keep it up gurl!

    ReplyDelete
  2. cek tulis sendiri na?? baguih na...

    ReplyDelete
  3. naja tun
    ala naja, dah lame buat cerpen ni...on 2008 lg...inshaAllah, ameen...mg2 termasin mulut cik naja:)

    haza nafsi
    alhamdulillah, copyright protected sdn. bhd. biase2 jela...baguih ka??syukran..

    ReplyDelete
  4. Keep up a good work..tak sabar nak tau ending nye..ada typo error..tertinggal huruf 'c' kat aukland..

    ReplyDelete
  5. nik..aku x sangka kwn skolh aku ni terer wt cerpen. sambung la cpt ckit...

    ReplyDelete
  6. tahniah...teruskan usaha.

    ni link utk kaum hawa
    http://parkchick.blogspot.com/2008/11/balasan-suratmu-hawa.html

    ReplyDelete
  7. jangan takut utk terus berkarya.masukkan sebanyak mungkin nilai agama sebab cerpen atau novel sekarang semuanya kurang unsur agama.tak membangun jiwa langsung.

    pck: ini link utk karya pakcik, cerpen je.belum ada idea utk panjangkan kepada novel

    http://parkchick.blogspot.com/2008/08/tarbiyah-cinta.html

    ReplyDelete
  8. nohas
    -sambungannya mgkin lambat sket...tungguuuuuuu......:) tQ ye gtau ttg 'c' yang tertinggal tu...dah dibetulkan....

    nobody
    hehe...try n error jek su...tQ ziarah blog koi...akhirnye, sampai jge kome ke sini:)

    park chick
    inshaAllah....saranan park chick akan dijadikan panduan dalam sy berkarya....park chick pn ape kurangnye, bahkan lebih mantap dalam mengolah bait2 kata:) surat untuk hawa tu telah selamat dibaca...mmg apa yang dituliskan adalah realiti muslimah sekarang....gud work! link kedua tu inshaAllah akan sy jejaki....

    ReplyDelete
  9. wah! wah! wah! dah pandai tulis cerpen nih. Baguih2. Banyakkan lagi membaca untuk asah bakat tu. Bleh pinjam stok novel dari k.ida ngan aman untuk rujukan. Koi tak jadi collector sebab budget tak cukup nak beli novel. Macam kenal je nama-nama watak dalam cepen tuh.... ahakss...

    ReplyDelete
  10. hehehe...mstila knai no...very the familiar....em...koi pinjam novel aman "tangisan bulan madu"...tak abih2 lg bace...cane tuu???:)

    ReplyDelete
  11. tangisan bulan madu tu sedeiii sesangat ceritanya....huhuhu. Tapi tangisan bulan madu 2 dah tak berapa best. Tapi Shamsiah Mohd Nor yang tulis buku ni is one of my favorute penulis cerpen.

    ReplyDelete
  12. iye??? takleh jadik ni, nak kne abihkan juge..hehe~~ cu on this weekend yer amawek:) rindu ank2 wek...

    ReplyDelete
  13. Pandai ya buat cerpen...

    Saya pun tak pandai :)

    ReplyDelete
  14. asah bakat ke jalan dakwah
    buat cerpen yg ada makna
    penuh manafaat buat umat
    royaltinya berterusan ke akhirat.

    ReplyDelete
  15. -Farid rashidi-
    biase2 jela ust...xpandai pon...stakat 'buleh' buat je...ala, ust pn ape kurangnya, bahkan lbh hebat dalam melakarkan kisah hidup...

    -school of tots-
    inshaAllah, doakan moga sy berjaya mengasah bakat dalam bidang penulisan ni, sterusnya berdakwah melaluinya...

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang