♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 20, 2009

Tak Kenal Maka Tak Benci



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua`laikum W.B.T.

Kembali menulis dari rehat yang panjang (sebenarnya bukan berehat tetapi mengikuti Bina Insan Guru-BIG II di Pulau pangkor + balik Kampung). Alhamdulillah, hari ni, 20/04 aku n kawan2 se-DPLI yang lain telah kembali ke dunia kuliah...hari ini bermula semester terakhir kami di UKM...pejam-celik2, dah 4 bulan kami di UKM dan lg tiga bulan kami semua akan berpraktikal sebelum menjadi guru novis (baru)...mg2 segala perancangan yang telah diatur rapi untuk kami oleh penyelaras DPLI-UKM iaitu Dr Siti akan berjalan dengan lancar...ameen...

Hmm...Kita berbalik semula pada tajuk posting aku untuk kali ini...

"tak kenal maka tak benci"

...setujukah kalian bila aku tukarkan perkataan "cinta" kepada "benci"?? mungkin ada yang setuju, ada yang tak, dan ada juga berkecuali sebab masih kabur dengan apa yang aku nak sampaikan...

kenal + faham = benci : cinta

setuju tak kalau aku katakan apabila kita mula-mula jumpa dengan mana-mana kawan kita, pada mulanya kita hanya kenal dia secara biasa-biasa aje...

namun, dari hari ke sehari kita semakin memahami setiap sikap, tabiat, dan perangai yang dipunyainya...

masa semakin berlalu...kita semakin rapat(cinta)...ataupun semakin..renggang(benci) dengannya...

kebanyakan yang berlaku kita adalah akan merasakan betapa susahnya nak 'adapt' dengan kawan kita tu, daripada terus merasakan keserasian bersamanya...betul???

pernah tak kita terfikir mengapa perkara ini berlaku??adakah kita terlalu perfect sampaikan orang lain kita anggap terlalu lemah dan boleh diperlekeh2kan dan dibenci sesuka hati sahaja?? ataupun adakah kita merasa diri kita terlalu lemah untuk bersama kawan yang kita rasa terlalu hebat itu seterusnya membenci diri sendiri kerana berasa tidak'perfect'??

sedarkah kita bahawa sebenarnya, setiap manusia amat2 susah untuk menunjukkan sikap/tabiat/perangai buruk mereka kepada orang lain??? ya! sebenarnya kita (sbg manusia) sangat susah untuk menunjukkan segala kelemahan kepada orang lain...MELAINKAN apabila seseorang yang telah kita kenal tu kita dah anggap sebagai kawan yang rapat....kita dah percaya padanya...kita dah yakin dia akan menyimpan segala rahsia kita...kita dah selesa dengannya...

ya! kita HANYA akan tunjukkan kelemahan kita pada orang yang rapat dengan kita...mak, ayah,adik-beradik, sahabat karib...tentunya sudah masak dengan perangai baik/buruk kita..betul???

namun, bagi yang baru sehari, seminggu, sebulan atau setahun berkenalan, akan berlakulah proses "kenal dan benci" sebelum beradaptasi dan berubah kepada "faham dan cinta"... memang ianya mengambil masa...kerana antara kenal dan faham banyak bezanya...jika dalam proses kita mengenali itu timbul rasa benci, ketahuilah ianya normal bagi kita sebagai manusia....cubalah letakkan sepenuh usaha untuk menjadikan rasa "benci" kepada rasa "cinta"....dengan kata lain, cubalah memahami dia untuk cinta padanya....cubalah memahami orang lain untuk diri difahami...cuba percayakan orang lain untuk diri dipercayai...cuba bersabar dengan segala kerenah orang lain untuk orang lain turut bersabar dengan kerenah kita....

dengan itu barulah terhasil:


"tak kenal maka tak cinta"


No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang