♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 2, 2009

Fakta: Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini adalah sangat bagus untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita. Ianya bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan jantung yang dapat dielakkan dengan meminum air suam selepas makan .... sebagai contoh, Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, dan bukannya air sejuk. mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum air sejuk semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.






Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Bagi sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga dalam mengidap penyakit jantung, anda juga amat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Jadi, mulalah menjalani gaya hidup sihat dari sekarang.amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam 3x seminggu dan makanan tanpa minyak yang berlebihan.

Sumber artikel: nay_1701@yahoo.com

atulasca juga ada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung....bukan orang lain, tapi ibu atulasca sendiri...beliau mengidap penyakit jantung (injap rosak) yang membawa kepada penyakit strok. beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 19 februari 2008... mg rohnya ditempatkan bersama para solihin...aminnn... al-fatihah....


No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang