♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 8, 2009

TITIAN SIDRATUL MUSTAQQIM


Bismillahirrahmanirrahim...

Sekitar Kuliah yang disampaikan oleh ust. Awang Soh di surau an-Nur sedikit masa dahulu...Dengan pembawaan yang ringan dan bersahaja, ianya adalah satu kuliah ringkas yang aku kira sangat terkesan di hati... mg dengan sedikit perkongsian ini, akan membawa kita semua lebih memuhasabahkan diri dalam melayari liku-liku kehidupan yang masih berbaki, sebelum ajal datang menyapa....

Tafsir ayat:

[Maryam:71] Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

[Maryam:72] Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.

Kedua-dua ayat diatas adalah menerangkan tentang titian sirat yang bakal kita semua lalui kelak... Beriman kepada titian sirat adalah tergolong dalam perkara sam`iyyat (perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata, namun dapat difahami dengan penerangan al-Quran dan al-Hadith) dan ianya terangkum dalam rukun iman yang enam iaitu "beriman kepada hari akhirat". Ini kerana, kita akan laluinya apabila kiamat kelak... oleh yang demikian, tidak dikira beriman seseorang itu jika dia tidak mempercayai adanya titian sirat...

7 sekatan yang akan dihadapi manusia sewaktu menyeberangi titian sirat:-

Pertama: Syahadah
~ Di sekatan ini, manusia akan diperiksa tentang syahadah mereka..
~ Amat rugilah bagi golongan yang kufur pada Allah...kerana di sekatan pertama ini pun mereka tidak akan berjaya melepasinya...

Kedua: Solat
~ Di sekatan ini, manusia akan diperiksa adakah CUKUPkah solatnya, SEMPURNAkah solatnya dan KHUSYUKkah solatnya...
...Cukupkah: adakah kita ada tinggalkan solat dengan sengaja???
...Sempurnakah: adakah sempurna solat kita mengikut tiga rukun solat yang asas??(Qauli-Bacaan...Fi`li-Perbuatan...Qalbi-Hati)
...Khusyukkah: adakah fikiran kita fokus pada solat atau sering saja menerawang ke mana2???nak dapat khusyuk dalam solat mmg xmudah tanpa adanya tekad yang kuat...

Ketiga: Puasa
~ Di sekatan ini, manusia akan diperiksa tentang CUKUPkah puasanya dan SEMPURNAkah puasanya???
...Cukupkah: adakah pernah puasanya ditinggalkan tanpa sebarang uzur??? & bagi yang uzur, adakah puasanya telah cukup diganti pabila diri telah bebas dari keuzuran??
...Sempurnakah: adakah puasanya disulami dengan ibadah2 fardu&sunat atau hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga??

Keempat: Zakat
~ Di sekatan ini, manusia akan diperiksa adakah sempurna bayaran zakat fitrahnya??? sempurna bayaran zakat hartanya???...ketahuilah, ramai manusia amnya membayar zakat fitrah, namun, hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar mengambil tahu dan membayar zakat harta...

Kelima: Haji
~ Di sekatan ini, manusia akan diperiksa adakah dia telah melaksanakan tuntutan rukun islam ke-5 iaitu menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
~ Ramai diantara kita yang mampu menunaikan haji, namun lebih gemar melakukan ibadah umrah... Sedangkan hajilah yang wajib dilakukan...oleh itu, ketahuilah saudara-seislamku sekalian bahawa Nabi S.A.W. pernah menyebut(lebih kurang maksudnya) : Sesiapa yang mampu menunaikan Haji namun tidak mengerjakannya dengan sengaja, maka dia akan mati sebagai mati yahudi..." naudzubiLlahiminzalik...

Keenam: Wudhu`(Mengangkat Hadas Kecil) & Mandi Wajib (Mengangkat Hadas Besar)
~ Di sekatan ini, manusia akan diperiksa adakah SEMPURNA wudu` dan Mandi wajib yang telah dilakukan.
~ Wudhu` yang sempurna(niat n tanpa pembaziran) adalah sebagai tanda pengenalan ummat Muhammad S.A.W. di akhirat kelak sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W.: aku akan berbangga di akhirat kelak desebabkan umatku yang bersinar kerana wudhu`nya.

Ketujuh: Zalim
~ Di sekatan terakhir ini, merupakan sekatan yang paling sukar untuk dilepasi oleh manusia kerana kezaliman mempunyai skop yang cukup luas (diri sendiri, sesama manusia, makhluk dll)
~ Ini kerana manusia akan diperiksa samada pernahkah dia melakukan kezaliman kepada sesama manusia, makhluk dsbgainya...
~ Zalim bermaksud: meletakkan sesuatu bukan pada haknya.
~ Sbg contoh: kita telah berlaku zalim( meletakkan suatu bukan pada hakya) kepada diri sendiri apabila sering tidak bersarapan...ini kerana, badan memerlukan sumber tenaga untuk bekerja...jika kita tidak bersarapan, tentulah badan kita lama-kelamaan akan jatuh sakit kerana kurangnya pertahanan badan dek kerana kurangnya sumber tenaga yang dibekalkan untuk tubuh badan.
~ Dalam aspek yang lebih besar: kita zalim pada negara apabila memilih pemimpin yang bukan haknya....yang bukan sahaja tidak tahu mentadbir denga baik, bahkan mempergunakan hasil negara untuk kepentingan sendiri...

" ya Allah, permudahkanlah aku, ibu-bapaku, keluargaku, guru-guruku, anak didikku, sahabat-sahabatku dan semua orang mukmin untuk melepasi titian siratMu...ameen.. "




No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang