♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 17, 2009

Solat Sunat Istikharah

Bismillahirrahmanirrahim…


Assalamua`laikum buat semua teman pengunjung CINTAAGUNGKU… moga-moga kalian sentiasa dalam RahmatNya…amen.. di kesempatan ini, aku akan kupas sedikit tentang cara-cara untuk melakukan solat istikharah... ku tujukan artikel ini khas buat Suliza n her friend..moga2 artikel ini bermanfaat..inshaAllah...

Solat istikharah adalah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang terbaik di antara dua pilihan yang kita ada... yang mana dua pilihan tersebut belum dapat ditentukan baik atau buruknya...apabila terdapat perasaan ragu-ragu dalam pemilihan sesuatu perkara, seperti: pilihan kerja, pilihan tempat belajar, ataupun pilihan calon isteri/suami, kita disunatkan untuk melakukan solat istikharah.

Niat solat istikharah:

” Sahaja aku solat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala ”

Solat istikharah lebih afdhal dilakukan seperti solat tahajjut, iaitu pada malam hari. Bacaan di dalam solat ini adalah sama seperti solat-solat biasa...namun ayahku pernah mengajarkan aku untuk membaca al-fatihah beserta 3x surah al-Ikhlas (qul huallah) di dalam setiap rakaat bagi solat-solat sunat...& tak terkecuali solat istikharah...

Selepas selesai solat dengan sempurna, perlulah terus berdoa dengan doa istikharah di bawah ini:-

” Ya Allah, aku memohon akan Engkau memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku memohon Engkau memberikan kepastian dan ketentuan-Mu dan aku memohon dengan kemurahan engkau Yang Agung, kerana sesungguhnya Tuhan Yang Berkuasa, sedang aku tidak tahu dan Tuhanlah Yang Amat Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui persoalan ini baik bagiku dalam keagamaan dan penghidupanku dan baik pula bagiku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan bagiku didalamnya. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, dan tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang rela atas anugerah-Mu.”

Nota:

Ketika menyebut perkara/persoalan( yang bertanda oren diatas) yang dimaksudkan dalam doa tersebut, hendaklah dinyatakan persoalan/perkara yang kita istikharahkan itu...

Setelah selesai, koreksilah hati... laksanakanlah apa yang hati berasa lebih kuat padanya...(yang lebih cenderung).


~seeloknya selesai sahaja berdoa, kita teruslah tidur..kerana, ada kemungkinan Allah akan memberikan jawapan bagi istikharah kita melalui mimpi,selain dari gerak hati yang kuat~



Rujukan:


Al-Quran al-Kareem.

Sulaiman Endut (2002). Asas-asas Fardu Ain. Kepong: Pustaka Haji Abdul Majid.

5 comments:

  1. Wah bgus la awk ni, syg pn dlm kkeliruan skrg ni, nk gak cube wt solt sunt..mudah2 an Allah bg sy ptunjuk

    ReplyDelete
  2. zack

    biase je..sy tulis artikel ni pun sbb ade sahabat yang bertanya ttg ni..inshaAllah, mg Allah bg ptunjuk.ameen..

    p/S:- ade typing error kat komen yang en.zack bg..tp xpelah, xsengaja kan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabat.mohon Allah permudahkan.sy sedang mencari kekuatan dlm kelemahan...

    ReplyDelete
  4. hint perihal

    sesame...mg bermanfaat untuk en.hint...


    mujahidah sufi

    waalaikumsalam...inshaAllah, koi doakan..."ya Allah, Kau permudahkanlah segala simpulan kesukaran yang sedang sahabatku ini hadapi...dikurniakan kekuatan dalam kelemahan...ameen ya Robbi"

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang