♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 25, 2009

KEMPEN 'EARTH HOUR'


Assalamua`laikum...

Adakah anda terasa panas dan tak selesa hampir setiap hari??
Adakah anda terasa malas nak beriadah jika hari masih belum teduh??
Adakah anda rasa geram apabila kereta anda rosak 'air cond' nya??
Adakah anda tak suka jika terpaksa berjalan kaki ke sekolah/ tempat kerja di bawah terik matahari??

Tahukah anda, fenomena pemanasan global bumi adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri??
...penebangan pokok, pencemaran, pelepasan gas CFC, pembakaran terbuka....

Semua ini mengundang derita buat dunia yang makin tua ini....

Dengan keprihatinan orang-orang yang prihatin tentang nasib malang yang menimpa bumi ini, 'EARTH HOUR' telah diadakan....

Apa itu Earth Hour'??

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1] dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Earth Hour pada tahun ini (2009) akan diadakan pada:-

Hari: Sabtu,
Tarikh: 28 Mac 2009
Masa: 8:30 malam, waktu tempatan (MALAYSIA).



AYUH BERSAMA KITA MENYAHUT KEMPEN 'EARTH HOUR' INI!
~satu jam bagi kita, sangat bermakna bagi bumi kita..ayuh, selamatkan bumi kita!!~



RUJUKAN:
Earth Hour - Earth Always :: Sydney Media. City of Sydney (2007-05-18).
WIKIPEDIA, the free encyclopedia

7 comments:

  1. memang bagus kita sama-sama tidak mencemar dunia ni...tapi kalau bab-bab sambutan hari-hari tertentu ni koi kurang setuju. Ni semua propaganda barat semata-mata. Macam sambutan 'hari velentine' laa...hari ibu la....hari bapa la.... kalau nak ikutkan, buat mende ada hari-hari tu semua. Sayang kita pada mak ayah sampai mati...dan kalau nak meraikan mak ayah, tak perlu hari-hari tertentu je dalam setahun....setiap saat kita boleh meraikan mak ayah kita....
    Apa kata cikgu atulasca....komen sikit

    ReplyDelete
  2. hmmm... betul ape kate akk ku nih..sambutan based on hari nih banyak yang berpaksikan cara hidup barat...kenapa perlu mereka ade hari2 tertentu untuk menghargai sesuatu benda tu adalah kerana, di barat (bak kate tn.hj zarin), cara hidup mereka berpaksikan pada 'original sin' atau dosa lampau...jadi matlamat mereka di dunia hanya untuk mencapai sebanyak mungkin pencapaian yang bagus, keseronokan, dll...lain pula dengan kita orang islam ni, yang berpaksikan pada 'original responsibilities'atau tanggungjawab...semenjak dari adam a.s., amanah as khalifah dah terpikul di bahu manusia....

    mungkin pegangan kita berbeza dari mereka, tapi, kita boleh sokong ape2 yang membawa kebaikan...daripada langsung tak buat ape2, macam kempen earth hour ni...bayangkan kalau satu dunia menyahut kempen ni, berapa banyak haba yang dapat dielakkan untuk terbebas, hanya dengan 1jam...dan pemanasan global di bumi sedikit sebanyak dapat ditangani...

    *buang yang keruh, amik yang jernih...hehe, i2 je pendapat koi:)

    ~wallahua`lam..

    ReplyDelete
  3. Izinkan Qard jr mencelah ye..
    Firman Allah;
    ظَهَرَ اْلفَسَادُ فِي اْلبَرِّ
    وَاْلبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ
    لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ .


    Telah zahirlah kerosakan di darat dan di laut angkara perbuatan tangan manusia, lantas Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka , agar mereka kembali ke jalan yang benar .

    Maka sepatunyalah dakwah kita juga perlu menyentuh soal menjaga bumi ini sebagai amanah Allah.

    Kita seharusnya sensitif dengan tangan2 manusia yang rakus memusnahkan bumi tanpa rasa bersalah.

    Oleh itu, sepatutnya kempen seumpama ini harus dimulakan oleh orang mukmin.

    Dan bukan sekadar satu jam, bahkan berterusan sepanjang masa..

    ReplyDelete
  4. Haza Nafsi [qard jr]

    al furqan:63

    " dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati...."

    Allah dah beri tugas as khalifah di bumi ni dah lama, tp hanya jarang2 je yang betul2 faham akan amanah ni...berapa ramai yang betul2 laksanakan? berapa ramai yang memulakan? ayuh, mulakan dengan diri kita...

    ReplyDelete
  5. sokong seperti kata haza nafsi... patutnya kempen ni dimulakan oleh orang mukmin...tapi malangnya zaman sekarang kebanyakan orang mukmin banyak yang jadi pengikut saja...wallahua'lam...

    Waktu dolu-dolu suka tengok bukit-bukit yang hijau diselaputi kabus waktu pagi kat rumah arwah wan (kg. atong). time tu keluar tetiap pagi nak gi sekolah. Arwah cik' ngan nik asan temankan sampai kat tepi jalan. Sejuk giler sebab tumpang naik muto buruk..tapi mujur duduk terkepit kat tengah-tengah (kak ani & arwah pak ngoh). Ramai yang dah 'pergi'. Al-Fatihah untuk mereka.....aminnn...

    ReplyDelete
  6. nik cayang
    :: naper tak leh komen kat blog grafik tu
    :: buatlah kat akak satu wallpaper
    :: guna perisian apa yer??chumel

    ReplyDelete
  7. omenieyra

    mg2 mereka tergolong di kalangan orang-orang soleh...amin...!
    ~huhu, teringat kat atong gak! nak kelik atong caling2 la daku yang jauh di barat nie...:(

    Tautan Hati

    kak g cygg:)
    hehe, bule2...email gambar akk kat nik yea..nnt nik editkan..nik gne microsoft paint n photoscape...yke xleh komen? cube akk komen, nik dah fix kan smlm...huhu...tQ sudi follow blog tu...bru permulaan je..

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang