♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 26, 2009

Seminar PERMATApintar UKM

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekitar Seminar PERMATApintar UKM~

Tarikh: 26 Februari 2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00am - 5.00pm
Tempat: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), UKM Bangi.


Tajuk Pembentangan:

~Sesi 1~ Peranan UKM untuk membangunkan Kurikulum Pelajar Pintar Cerdas Berbakat.
Prof. Datin Dr. Siti Rahayah bt. Ariffin.
Dekan, Fakulti Pendidikan, UKM.

~Sesi 2~ Center for Telented Youth (CTY) Providing for the Educational Needs of the Gifted Across the Globe.
Dr. Julian Jones.
CTY Johns Hopkins University.

~Sesi 3~ Conducting CTY Programs by Utilizing Information Technology.
Dr. Patricia Wallace.
CTY John Hopkins University.


Dapatan Seminar:

Terasa bertuah benar diri ini apabila berpeluang untuk mengikuti seminar yang amat relevan dewasa ini...seminar PERMATApintar UKM...ya, seminar ini adalah bagi menyatakan kepada kita, rakyat malaysia betapa anak-anak yang punya iQ yang tinggi boleh digilap untuk menjadi permata-permata berharga buat AGAMA & NEGARA... masih ingat kalian pada SUFIAH??? SOHKERI HADAFI??? They are all gifted students...

Namun, disebabkan negara kita masih belum punya kurikulum khas untuk pelajar-pelajar berIQ tinggi ini, mereka akhirnya kecundang di tengah jalan…tiada sesiapa yang mampu membimbing dan menggilap bakat dan potensi besar yang ada pada mereka…

Kini, UKM dengan kerjasama CTY-John Hopkins University dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan lain sedang berusaha untuk menjadi perintis dan seterusnya merealisasikan impian para ibu bapa dan pelajar pintar di Malaysia bagi mewujudkan program khas dalam pendidikan pelajar pintar ini…iaitu ‘PERMATApintar UKM.’…

Antara ciri-ciri pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi adalah:-

~ Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinngi
~ Perbendaharaan kata yang banyak.
~ Berusaha untuk bersaing dengan diri sendiri.
~ Sangat peka pada masa.
~ Banyak kegemaran
~ Tak bergantung pada orang lain
~ Meminati banyak bidang ilmu pada satu masa
~ Perkembangan yang awal dari kanak-kanak biasa.
~ Kreatif + Imaginatif
~ Sukakan permainan yang mencabar
~ Suka berkawan dengan golongan yang lebih dewasa dari mereka
~Minat membaca autobiografi tentang kejayaan orang-orang yang berjaya.

Jika anak-anak anda (berumur 9-15 tahun) dan mempunyai ciri-ciri diatas, berkemungkinan besar dia adalah pelajar pintar yang amat dialu-alukan untuk menjadi perintis program PERMATApintar UKM ini…antara langkah yang amat RUGI tak diambil oleh ibu-bapa serta para pelajar pintar sekalian adalah:

1) Menyertai saringan ujian IQ PERTAMA secara online di website permatapintar (memakan masa selama 1 ½ jam)
2) Menyertai saringan kedua ujian IQ.(hanya untuk yang telah melepasi saringan pertama)
3) Menyertai saringan ketiga ujian IQ.(hanya untuk yang telah melepasi saringan kedua)

** Seramai 300 pelajar perintis untuk program ini akan dipilih diakhir saringan ke-3**
kemudian, pelajar yang terpilih tersebut akan dibawa ke program pertama iaitu ” Perkhemahan Cuti Sekolah pada bulan Disember 2009” Segala tanggungan untuk program pertama ini, adalah percuma dan dibiayai penuh.

Lagi Info Penting!!!

Para pelajar boleh mula mengakses wesite permatapintar ini untuk menduduki saringan pertama IQ test pada 2 Mac 2009...

Sekian, wallahua`lam...

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang