♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 29, 2009

.::.CiKgu vs KeusAHaWaNan.::.



AlhamduliLlah,

Stinggi-tinggi syukur ku rafa'kan pada Allah, Tuhanku dan Tuhan Kamu, Tuhan bagi seluruh isi alam...yang masih memberikan ruang dan peluang untukku terus melontar buah pandangan di rumah maya:CINTA AGUNGKU ini... Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad...yang amat kasih pada umat-umatnya...."Ummati...ummati....ummati..."

Di hening subuh ini, aku tiba-tiba bertanya pada diri, benarkah apa yang telah diorientasikan oleh pendidik2 di sini....dan di banyak tempat lagi yang menyatakan "guru takkan kaya.kalau nak kaya, janganlah masuk profesyen perguruan"

Terdetik dalam hati..."Junjungan Mulia ku bukan pendidikkah??? dan baginda juga seorang usahawan berjaya!!!" baginda RasuluLlah S.A.W. bukan sahaja seorang pendidik yang merupakan seorang murobbi, muaddib dan muallim.... bahkan baginda adalah role model terbaik sebagai seorang yang berjaya dalam hidup baginda, dari aspek keusahawanan...penjanaan ekonomi keluarga yang baik melalui perniagaan....Isteri baginda, Siti Khadijah...juga seorang usahawan!

Mengapakah acap kali terdengar kata-kata " cikgu takkan kaya..." benarkah dengan membuka ruang pada diri sebagai sorang usahawan....seseorang cikgu itu akan mengabaikan murid-muridnya? akan culas tentang tanggungjawab sebagai guru? seterusnya membawa kepada kecundang dalam pendidikan? pernahkah terfikir usaha dakwah nabi yang tak pernah terhenti sehinggalah baginda wafat itu adalah bermula dari kehidupan baginda dengan seorang usahawan bernama Siti Khadijah?? Mereka berdua adalah usahawan berjaya...bahkan Qudwah Hasanah bagi kita, umat akhir zaman.


Bukti-bukti yang kurang jelas tentang perkaitan antara kejatuhan kualiti guru dengan pembabitannya dalam keusahawanan turut boleh dipertikai...tiada kajian khusus...tiada data konkrit yang boleh mengaitkan guru-guru yang melibatkan diri dalam keusahawanan GAGAL mendidik anak murid hingga berjaya...adakah Junjungan kita, Muhammad telah gagal dalam dakwah baginda???adakah baginda tidak berjaya dalam keusahawanan disebabkan tumpuan pada dakwah???? TIDAK sama sekali....benarlah kata baginda..hanya 1/10 rezeki terbit dari bidang BUKAN PERNIAGAAN.....bayangkan jika kita boleh dapatkan rezeki dari kedua-dua arah itu...1/10 daripada profesyen perguruan....baki 9/10 daripada keusahawanan....bukankah kita secara tak langsung telah bersama dengan sunnah RasuluLlah?? tepuk dada, tanyalah iman....

Sesungguhnya, hanya Nabi Muhammad S.A.W. qudwah hasanah bagi ku....

2 comments:

  1. Cik Awan

    nak kerja @ nak kaya?? of course la bila dah keje tu, nak kaya...takkan ditakuk lame je...ke guane cik awan?

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang