♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 11, 2009

TAHUN BARU 1430H YANG BERDARAH

Ahlan wa sahlan ya Muharram!!!!

Ape khabar iman??? apa agaknya azam baru anda di tahun baru ni?? kedatangan tahun baru hijrah seharusnya membawa sinar baru dalam hidup kita...namun,detik tahun baru 1430H dicemari dengan kekejaman rejim zionis laknatuLlah yang dengan begitu rakus merobek setiap isi perut dan urat nadi saudara semuslim kita di Palestine.... apa hebatnya mereka???? sehingga saudara kita diperlakukan sebegitu teruk dan buruk dari haiwan!!! saban hari kita dikejutkan dengan berita pengeboman rejim zionis laknatuLlah ke atas kawasan kediaman rakyat Palestin di dada-dada akhbar...bukan hanya rumah-rumah mereka yang hancur dibom, tapi, hospital-hospital juga tak terkecuali....sehingga semalam, dilaporkan sehingga 800 orang telah terkorban...masyaALlah....!!! apa dosa mereka???? apa dosa anak-anak kecil mereka???



"ya ALlah.... selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestine...selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestine...selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestine... hancurkanlah rejim zionis laknatuLlah, HANCURKAN YA ALLAH, HANCURKAN!!!!!"AMEEN...

ayuhlah sahabat sahabiah, sempena tahun baru hijrah yang berdarah ini, kita satukan azam..........iaitu untuk lumpuhkan ekonomi ISRAEL dan sekutu rapatnya USA....hanya ini yang mampu kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita dari jauh...jika ini pun tak mampu kita lakukan, siapalah kita untuk mengaku kita sebagai umat ISLAM!!! ayuhlah sahabat!!! di bawah ini ku kepilkan kenyataan akhbar berhubung kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman israel yang menyerang penduduk awam Palestin..........


...........................................................................................................................................................................
KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN


PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.

Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM

**di bawah ini adalah senarai barangan yang menyumbang kepada ekonomi israel...namun, untuk senarai penuh barangan boikot ini, sila layari website Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) atau layari link di bawah**





sumber:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.650.2

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang