♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 30, 2009

.::. JANGAN HENTI BOIKOT!!!.::.

Assalamua`laikum...

syukran buat al-ukhti raudatul firdausi atas perkongsian artikel yang berguna ini...juz copy and paste it here, so that all muslims out there boleh mendapat manfaatnya bersama...

Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. i'Allah.


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonalds dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonalds.

McDonalds merupakan gerakan korporat utama� kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel. Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonalds adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonalds menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonalds terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonalds akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonalds boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi Buy Amazon.com & Support Israel dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

ayuh sahabat!!! KITA BOIKOT HABIS-HABISAN!!! NO KOMPROMI....!

16 comments:

  1. Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

    “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Sumber: JAKIM
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  2. rantong

    ya Allah, HANCURKAN BENTENG KHAIBAR!!!KHAIBAR2 YA YAHUUD...JAISYU MUHAMMAD SOUFA YA`UD...!

    ameen..ameen...emeen..ya Robbal A`lamin...

    ReplyDelete
  3. sesapa yang masih duk makan kat mc d tu patutnya rasa malu yang teramat sangat sebab sama-sama besekongkol dengan si laknat yahudi yang duk meratah daging rakyat palestin sejak sekian lama...
    Alhamdullah...omad, anis & ayra pun dah tahu yang mc tu tak bleh makan sebab dibuat oleh 'orang jahat' yang tembak kengkawan diaorang kat palestin...(ni la hasil dari pendedahan melalui gambar-gambar anak2 palestin yang terbunuh di sana).

    ReplyDelete
  4. amawek omeniera

    btul2...betobatla bg sesape yg xde rase pape pn bile duk ratah Mc`d n kfc tu...alhmdulillah....ank2wekku dh x mkn mc`d!!!!!

    p/s;ehem....tahniah da wt blog amawek!!!

    ReplyDelete
  5. saja try test. Koi ni bukannya reti mende-mende internet nih. Setakat anto e-mail tu boleh le.
    Tak pe la...numpang blog aok je la ye...
    pasal boikot ni...patutnya kena tampal risalah boikot (nak insaf lagi, letak gambo anak2 palestine yang terkorban kat sana) beso-beso kat merata tempat. ye la, manusia ni mudah lupa...sekurangnya kalu dah terpandang risalah ni, sure akan datang keinsafan yang berterusan dalam hati masing-masing. Mudah-mudahan usaha memboikot ni berterusan sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  6. amawek omeneira


    bole2...tumpang le...nyiru koi tadahkan...aok komen banyak2 pon xpe...em, tu la pasai...bile la dorang ni btol2 nak sedo kan...banyak dah kat tv, surat kabar, dll duk cakap psl bende ni...koi ni pun nnt nak kne wat brosur psal 'save gaza'...nnt koi bg aok se, then aok bg la kat sesape yang tak betobat2 lg tu...yer...

    ReplyDelete
  7. teruskan boikot!

    tapi ada juga orang berpendapat kalu boikot barang israil ni akan menjejaskan ekonomi negara la, hilang pekerjaan la dan macam-macam lagi.

    orang ni bukan calang-calang orang. orang besar juga..

    teruskan boikot!

    ReplyDelete
  8. sebanarnya bukan menjejaskan ekonomi negara...tapi menjejaskan ekonomi periuk nasik mereka sendiri...ye la, diaorang mesti ada saham kat dalam francais company macam tu. Kalau tak takkan keluar statement gitu. Yang pastinya koi akan terus memboikot barang-barang yahudi dan amerika ni....Insyaallah...

    ReplyDelete
  9. sipu

    "golongan ini perlu bertobat"-quote kata2 karpal singh :)


    amawek omeneira

    betul2...koi sokong!! bangge koi ade akak macam aok...jom boikot habis-habisan!!

    ReplyDelete
  10. weii...kata penat, ni dah kul berapa tak tido lagi.
    Brosur tu dah siap ke belum? kalu dah siap nanti send trough e-mail yahoo koi ye. jangan guna e-mail bank, tak bleh nak bukak.
    Nanti boleh le koi nampal kat keliling kuantan ni...kalu terlarat...Insyaallah
    Dan moga-moga usaha boikot ni tak sia-sia dan mati di tengah jalan.

    ReplyDelete
  11. alhamduliLlah...dah siap pun...kul 2.30 pg td...nnt koi sent ye...tp biase je brosur tu....koi sent sekali ngan mende2 lain...okeh

    ReplyDelete
  12. okey...tenkiu
    hari ni tak bleh nak surf internet. Ada keje urgent nak buat.
    Adios...

    ReplyDelete
  13. semalam baca paper. cerita pasal berkesankah boikot rakyat malaysia atas barang yahudi dan amerika. Jawapannya....TIDAK... sebabnya bukan semua rakyat malaysia sertai kempen boikot ni. Dan dalam paper sebelum tu ada keluar statement dari orang kuat KFC, diaorang kata business diaorang tak terjejas pun. Malah dengan bangganya diaorang kata, hasil dari iklan yang agresif di tv sekarang ni telah meningkatkan hasil jualan diaraong.
    Sedih... dan paling sedih member kat ofis pun pejam mata sebelah dan dengan muka tak malu masuk makan kat mc d time lunch. Sedih....sedih...sedih...

    ReplyDelete
  14. ya Allah....moge2 satu hari nnti hati rakyat malaysia akan tertutup pada barang2 yang menyokong yahudi laknatullah...ameen....!

    takpe, biola dorang, asalkan kite dah bg tau& dia dah tau pasal ni...kita jaga dri kita n keluarga kita pn dah kira ok....tanamkan kefahaman betol2 pada keluarga kita....

    boikot bukan hanya sekarang...tapi selama2nya....sbb yahudi selama2nya dalam laknat Allah....

    Takbir!!!

    ReplyDelete
  15. Insyaallah...mudah-mudahan semua urusan kita dipermudahkan Allah...dan mudah-mudahan doa kita diperkenankan Allah....aminn..

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang