♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 2, 2008

ada apa pada ‘CINTA’ wanita…?

Sebagaimana yang semua telah maklum, wanita pertama-tama kali dijadikan ALlah dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. Hawa dijadikan ALlah tatkala Adam berasa nikmat hidup di syurga nan indah itu masih ada yang kurang. Ya, dia kesunyian, tanpa teman disisi…

Lihatlah teman-teman, wanita dijadikan ALlah untuk memenuhi tuntutan lahiriah dan rohaniah umat manusia bernama lelaki…tanpa wanita, suramlah rasa cinta insani dalam diri seluruh umat manusia...maka benarlah sabda Nabi S.A.W: “sesungguhnya wanita itu adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah” Ya, wanita adalah perhiasan paling menarik yang ALlah jadikan diatas muka bumi. Perhiasan yang paling mahal adalah yang bukan calang-calang orang dapat hampiri dan tatapi…semakin sukar diperolehi, semakin berhargalah ia…kenapa ia mahal?? Kerana hanya wanita solehah yang tinggi rasa malunya mampu menyuburkan rasa cinta agung pada Khalik yang Maha Pencipta, raja segala rasa cinta…

Pernah daku berdialog dengan sahabat-sahabat muslimin tentang perspektif cinta pada pandangan mereka…dan jawapan pebagai yang telah ku terima. Antaranya adalah:-

Sahabat A: Cinta itu ialah perasaan untuk menyayangi seseorang dengan penuh keikhlasan, kejujuran, kepercayaan dari hati yang kudus dan mesti menyukai seseorang itu tidak lain hanya kerana ALlah. Cinta itu ialah satu perasaan yang suci dan ia akan menjadi tak baik bila ia dicemari dengan nafsu, bisikan syaitan dan juga pesona dunia.

Sahabat B: Cinta itu satu anugerah yang sangat suci dariNya. Bagi lelaki, walaupun dalam pada masa yang sama dia mencintai dua orang wanita, perasaan cinta untuk yang pertama tak mengurangkan walau sedikit pun perasaan cinta bagi yang kedua, dan begitulah sebaliknya.


Ini pendapat sahabat-sahabatku...namun, sekarang mari kita kupas pula perspektif cinta dari pandangan para muslimah...

Bagi wanita solehah yang mengerti tentang pentingnya cinta yang didasari ruh Islami, cinta itu mempunyai tiga segi…tiga bahagian inilah yang paling utama untuk wanita jaga dalam hidupnya...

Cinta pertama yang paling agung adalah cinta pada ALlah…cinta yang sebenar-benar cinta ini tidak boleh tidak harus ada dalam diri setiap wanita...kerana tanpaNya, siapalah seorang wanita....betapa sayangnya Allah pada wanita, Dia telah menganugerahkan organ paling kukuh....iaitu Rahim...Dia anugerahkan wanita salah satu dari nama-namaNya yang suci...

Cinta kepada ibu dan ayah serta suami adalah berlegar dalam konsep timbal balik....pernahkah kalian mendengar hadis Nabi S.A.W. yang menyebut....” Redho ALlah terletak pada redho Ibu-bapa”….dan di lain riwayat nabi menyebut “ Redho ALlah terletak pada redho suami”….

Wanita yang belum berkahwin perlu letakkan sepenuh kepatuhan mereka pada Ibu-Bapa mereka selepas kepatuhan kepada Allah...Dalam Islam, si ayah berhak mengahwinkan anak gadis sunti mereka walaupun tanpa persetujuan anak gadis mereka…lihat, betapa tinggi darjat seorang ayah dan ibu disisi ALlah…dimana urusan perkahwinan yang besar itu pun keputusannya boleh dibuat oleh si ayah…jika telah datang seorang lelaki soleh melamar wanita itu, ibu-dan ayah bahkan wanita itu perlulah menyegerakan walimah seperti sabda Nabi S.A.W.:-

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض (رواه الترمذي والبيهقي والطبراني وإبن ماجة)

Ertinya;

Daripada Abi Hurairah RA, katanya; "Rasulullah SAW bersabda; "Apabila seseorang meminang kepada sekelian kamu, seseorang yang kamu redhai agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia jika tidak akan berlakulah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang meluas"[1]

Bagi wanita yang telah berkahwin,mereka perlu patuh pada suaminya melebihi Ibu-bapa mereka selagi suami mereka tidak menyuruh kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.Kepatuhan wanita solehah pada suami mereka meman amatlah mahal harganya kerana ialah penentu kerukunan rumah tangga yang dibina hingga ke akhirnya.

Sabda Nabi SAW:

عن إبن عباس : الا أخبركم ا ن ينكز المرء؟: المرءة الصالحة. إذا نظر اليها سرته, وإذا غاب عنها حفظه, وإذا أمرها أطاعته.(رواه أبو داود والطبراني )

Ertinya;

Daripada Ibn .`Abbas RA, sabda Nbai SAW; "Mahukah kalian aku khabarkan sesuatu yang menjadi perhiasan paling bermakna bagi seorang lelaki? Wanita (isteri) yang solehah. Apabila kamu memandangnya, kamu tenang dengannya, dan apabila kamu tiada dari sisinya, dia menjaga (maruah dan amanah) nya, apabila kamu menyuruhnya, dia taat dengannya"[2]

Wanita itu Allah jadikan padanya perasaan cinta manusiawi yang menumpu pada 1 sahaja, ibarat lampu suluh yang disuluh cahayanya pada permukaan kayu... Bila dia berkahwin, suami lah tempat dia menumpahkan segala kasih sayang dan cintanya sehingga ke akhir hayatnya. Oleh kerana itulah ramai wanita yang tidak boleh menerima apabila ada diantara suami mereka hendak berkahwin lain...kerana mereka tidak boleh terima dan langsung tak yakin yang kasih dan cinta itu boleh dibahagi...kerana mereka tidak boleh membahagi2 cinta!

Berbalik semula pada pendapat Sahabat B diatas... ...”cinta pertama tidak mengurangkan sedikit pun cinta kedua, dan sebaliknya”...lelaki punya cinta yang amat luas untuk dibahagi..seperti cahaya lampu suluh yang dipancarkan pada permukaan berlian...mencapah ke serata tempat....kerana itulah mereka boleh berpoligami... sebab itulah Allah benarkan lelaki kahwin lebih dari satu, dan tidak wanita... teringat aku pada kata2 Dr.Helmi dalam bukunya yang bertajuk ‘Poligami’..beliau berkata” lelaki sebenarnya boleh berlaku adil pada isteri-isteri yang dikahwininya, namun, mereka tidak diberi peluang untuk menunjukkan keadilan mereka” mana tidaknya, baru suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, perang dunia ketiga pun meletus...

Fahamilah aku, fahamilah dia...

*** persoalannya, layakkah seorang wanita solehah yang baru dikhitbah (dipinang) dimadukan sebelum majlis walimah mereka berlangsung??? Fikir-fikirkan..***

astarghfiruLlahiladhzim3x.

segala yang baik dan buruk itu adalah dariNya dan disandarkan pada diri yang lemah ini....

waLlahua`lam...

...SUBHANALLAHI WABIHAMDIH SUBHANALLAHIL ADHZIM....


[1] Al-Tirmidhi, op.Cit, juz.3, hlm.394, bab;Iza Ja A Man Tardawna Dinahu Fazawwijuh, no.Hadith; 1084, al-Baihaqi, op.Cit, juz.7, hlm.82, bab; Istihbab Fi al-Tazwij Man Dhi al-Din Wa al-Khuluq Wa al-Murdy, no.Hadith; 13259, al-Tabarani, op.Cit, juz. 7, hlm.131, no.Hadith;7074, Lihat juga- al-Suyuti, Abd al-Ghani, Fakh al-Din al-Dahlawi (t.t) Syarh Sunan Ibn.Majah, Qudaimi Kutub Khanah, Kiratishi, juz.1, hlm.141, no.Hadith;1967.

[2] Sulaiman al-Ash`ath, op.Cit, juz.2, hlm.126, no.Hadith; 1664.

5 comments:

  1. pinkmuslimahdehearty'08November 7, 2008 at 9:09 PM

    salam nik ku cyg....

    subhanaALLAH!hebat sungguh idea kurniaanNYA kpd nik sehingga nik bjy coretkn kata-kata yg amt bermakna pd fza....alhamdulillah,..mg2 kte btemu cinta sejati yg tulus hakiki setia hinga ke syurga dari seorang lelakii bernama SUAMI...AMInnnn..


    tq nik!
    TQ NIK!

    ReplyDelete
  2. pinkmuslimahdehearty`08

    salam kembali buat sahabatku dunia akhirat, fiza...

    subhanaLlah, hanya pada Dia dirafa`kan setinggi2 pujian n penghargaan...biase2 je tulisan ni fza...ia sekadar lontaran minda nik tatkala dirimu dirundum dugaan...inshaAllah, nik doakan fiza ketemu seorang yang benar2 dijadikan untukmu...pembimbingmu menuju redhoNya..amin...

    afuan fizaku cyg...=)

    ReplyDelete
  3. memang kena pada masa. Sekarang musim kahwin. ramai sahabat dan sahabiah bermain dibirai perkahwinan.

    ilmu pengetahuan mesti dipersiapkan. jangan main kahwin saja.

    sebagai peringatan buat diriku yang alpa.

    nak tanya: bila pula dr. atulasca nak kahwin?
    sahabat-sahabat seperjuangan seorang demi seorang dah kahwin.

    biasanya kalu dah menulis bab-bab kahwin maknanya dah lama tu.


    'permudahkan, jangan menyulitkan'

    wokeh,, minta Allah memberkati segala perbuatan kita.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. -memang kena pada masa. Sekarang musim kahwin. ramai sahabat dan sahabiah bermain dibirai perkahwinan.

    -ilmu pengetahuan mesti dipersiapkan. jangan main kahwin saja.

    -sebagai peringatan buat diriku yang alpa.

    nak tanya: bila pula dr. atulasca nak kahwin?
    sahabat-sahabat seperjuangan seorang demi seorang dah kahwin.

    biasanya kalu dah menulis bab-bab kahwin ni, maknanya dah tak lama tu.


    'permudahkan, jangan menyulitkan'

    wokeh,, minta Allah memberkati segala urusan kita.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. atulasca-cik awan

    Waa`laikumsalam..inshaALlah, moga2 ilmu yang sedikit ini dapat memberikan input yang berguna untuk semua...ana xtau la bila...wait n c jelh...ntah2 cik awan dulu... ape2 pun, mg dipermudahkan urusan kita semua dalam membina masjid.amin..

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang