♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 8, 2008

WARKAH BUAT CHE CHE…….

Salam sejahtera buatmu che che…
Salam rindu buatmu che che…
Salam mahabbah buatmu che che…
Salam setulus ingatan khas buatmu che che ku…

Che che,
Apa khabar engkau disana???
Kuharap engkau sentiasa ceria& gembira
disamping ayah bonda…
mungkin disamping kucing comelmu…

Che che,
Pertemuan kita di kampus
Telah membuatkan hatiku begitu kagum padamu…
Ketekunanmu, keramahanmu, kepetahanmu berkata-kata…
Jenaka yang kau nukilkan, juga kad-kad comel yang kau hadiahkan
di setiap pertemuan kita, seringkali
Membuatkan ku bahagia mengenalimu…

Che che,
Walau dirimu lain pengangan akidah dariku,
Aku tetap berharap suatu hari nanti
Kau akan menjadi Nur Syahadah
Yang menerangi seluruh isi alam…

Che che,
Ketahuilah diri ini begitu ikhlas padamu
Mui mui sering berdoa padaNya…
Moga dirimu sejahtera sentiasa…
Moga dirimu berjaya menjumpai ‘cahaya’ setulus ‘cahaya’
Yang bisa membiaskan cahayanya padamu…
Kerana...dirimu amat berharga…




atulasca,
01:46am
12/06/08
Teratak bonda.

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang