♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 23, 2008

~ One day in IIUM.....~

Bismillahirrahmanirrahim....

sedikit coretan dari uiam kuantan

rugi rasanya jika kenangan sepagi di uiam kuantan sewaktu temuduga dpli pada 22/07/08 tidak ku kepilkan di ruangan maya ini...first of all, what can i say is....ladskap di uiam kuantan sangat-sangat menambat hati aku....aku hamba kepada Tuhan yang sukakan kecantikan....journey to uiam kuantan bermula disini.....


aku bertolak dari rumah k.mah pada jam 8 pagi....disebabkan masih blur ttg direction ke uia yang diberikan abg iparku malam sebelumnya, aku eskot k.mah n a.ayat ke uiam....alhamduliLlah, sampai je kat gerbang masuk utama uiam, hatiku rasa amat gembira kerana akhirnya dapat juga aku jejakkan kaki ke universiti pilihanku dari dulu.....hingga sekarang...uiam....


perjalananku mudah sekali, alhamdulillah..."cik nak ke temuduga dpli ke?'' sapa pengawal keselamatan di gerbang utama itu...."err, ya encik...nak belok ke mana ye??" tanya ku....."o, cik masuk ke kiri, lepas tu straight je, sampai jumpa kulliyyah of science"....."terima kasih ya encik"...."sama-sama".....senyuman penghargaan ku lemparkan padanya....dalam hati aku berbisik"aik, kenapa temuduga tukar venue pulak???bukan ke dekat kulliyyah of allied science...hmmm, takpela, just go n c wat is all about"


rupa-rupanya mmg betul la temuduga kat kulliyyah of science...huhu...sebabnya sepanjang perjalanan tu, sign board temuduga dpli menghiasi jalan....sesampainya aku di kulliyyah of science, aku rasa sangat familiar dengan ladskap di bahagian tengah bangunan besar itu...ya, aku pernah lihat gambar sahabatku yang belajar di situ berposing berlatarbelakangkan ladskap indah itu ....... lagi, aku sempat berkenalan dengan kak syida....dia kata suami dia yang merupakan seorang guru yang isikan borang mintak dpli...orangnya sangat baik...dari rompin katanya....kebetulan, kami adalah antara orang terawal yang sampai ke bilik temuduga....alhamdulillah...kami berdua tidak mempunyai sebarang masalah....nama untuk temuduga ada, checklist temuduga semuanya cukup lengkap...k. shida adalah orang kedua yang ditemuduga...dan akula orang ketiga...syukur dapat awal...takdela menunggu lama sangat kat luar bilik temuduga....sebelum kak shida pulang, aku sempat mintak no. contact dia...manala tahu, kut-kut ade rezeki dapat utk dpli ni sama2....


skarang tibalah saat yang aku sangat gerun....huhu....nama aku dipanggil...."Nik Hidayatul Nursaadah Bt. Husin" ...."errr, yee, saaya".....dan dengan penuh berhati -hati aku masuk ke bilik temuduga...satu-persatu tips2 temuduga yang aku ingat dari seminar anjuran fakulti aku dulu dan juga melalui pembacaan kuturuti....bermula dari ketuk pintu untuk masuk sehinggalah melangkah keluar......"Alhamdulillah, selesai sudah..."seawal jam 9.30pg lagi dah selesai....temuduga pertama aku ini taklah segerun yang aku sangka....penemuduga sangat mesra pengguna...moga mereka dalam naungan hidayah Allah selalu...amin...


selain temuduga ni, aku juga ada agenda lain di uiam....iaitulah, nak berjumpa dengan sahabat lama yang dah 4 tahun tak jumpa.... kesian dia, katanya kelas hari selasa mmg penuh sampai petang....nak tak nak aku kena tunggu dia sampai gap solat (pukul 1-2) baru boleh jumpa...dalam pening2 pk nak wat ape dalam lebihan masa 3jam setengah b4 pkul satu, tiba2 terdetik rasa nak contact najwa, adik kak seniorku di umt....aritu pernah jumpa dia sekali je...itupun masa aku tumpang kereta kak faizah nak balik pahang...then drop by kat uiam, amik najwa...huhu....


al kisahnya, najwa kata dia ada di kulliyyah of medicine....so, aku pun tanye pada kak receptionist ttg directionnye....walau macam tak berapa tangkap sangat ape yang akak tu bgth, aku gagahi jugak diri ini untuk ke motor aku...miya...dan.....sesampainya aku di tempat motor, aku dikejutkan dengan kertas nota kecil bertulis "nak kunci motor???sila contact 012- # # # # # # # ..." ......"alamak, aku tertinggal kunci lagi kat motor...."...sebaik mendapat memo tersebut, terdetik dihatiku betapa biah solehah uiam telah memenuhi segenap penjuru kampusnya ....penghuninya sangat amanah di atas hak orang lain...


5 minit selepas aku contact orang yang pegang kunci tu, orangnya datang menemuiku..melalui pemakaiannya, kukira dia dan kawannya adalah pekerja di situ...Hafiz namanya..."Terima kasih ya encik..maafka saya, boleh tumpang tanya?? kalau dari kulliyyah of science ni, macam mana ye direction nak ke kulliyyah of medicine??" kawan en Hafiz,yang memandu motorsikal itu kemudiannya memberikan direction yang lebih kufahami..."o, nak ke kulliyyah of medicine tu, cik perlu 'u' turn depan kulliyyah ni...then, cik straight je sampai jumpa bulatan, then, masuk yang arah ke pukul 3"....."ok, tq skali lagi"..


tak sukar untukku ke kulliyyah of medicine mengikut arah yang mereka tunjukkan padaku itu...sesampainya aku di kulliyyah of medicine, tiba-tiba, hand phone ku berbunyi, menandakan ada message masuk...pukul 10.15pagi waktu tu..." nik, maafkan saya, saya ada kelas dari pukul 10.30pagi sampai 11.30pagi -najwa"..."saya dah kat ground floor KM dah nie...-aku"....."o, kalau macam tu, nik tunggu kat depan libry ye, saya turun jap -najwa"....."ok -aku"....tak lama kemudian kelibat najwa yang memang aku cam kerana iras wajahnya yang saling tak tumpah macam kak faizah itu melangkah laju ke arah libry.."Assalamua'laikum...err, ni najwa kan??"...."waa`laikumsalam....eh,nik ke ni?? maaf, tak cam tadi...ye, saya najwa..."....kami lantas bersalaman...aku lantas bertanyakan pada najwa kedudukan surau berhampiran. aku mengambil keputusan untuk tunggu najwa di surau je sampai dia abis kelas on 11.30 pagi...


sepanjang perjalananku menaiki tangga di KM untuk ke surau yang berada di aras 2, hatiku sangat sangat sayu...betapa di uiam, tradisi sunnah nabi dalam berpakaian amat mendapat tempat di kalangan para pelajarnya....bahkan najwa sendiri memakai jubah hitam dengan tudung kuning cair.amat cantik pada pandanganku...begitulah seorang muslimah layaknya...menjaga batasan pemakaian mengikut syariat....akan terserlah lah keayuan sebenar si gadis...aku lantas mengambil wuduk, dan terus menunaikan solat sunat dhuha dan aku tak lupa untuk bersujud syukur...memang aku sudah niatkan dari sebelumku bertolak ke uiam lagi yang aku akan bersujud syukur padaNya usai temuduga....syukur padaNya kerana dipermudahkan urusanku...syukur padaNya kerana memakbulkan hasratku untuk jalan-jalan di uiam sebelum balik ke rumah k.mah....surah yaasin masih ada lagi satu dengan aku...satu lagi tadi dah kuberikan pada najwa...surah yaasin sempena memperingati perginya ibuku ke rahmatuLlah...sengaja aku bawaka 2..satu untuk najwa dan satu lagi untuk sahabatku itu...usai solat, aku sempat menghadiahkan bacaan yaasin pada arwah ibuku...moga2 bacaan tak seberapaku itu diterimaNya....


jam 11.20pagi, najwa memanggilku untuk keluar dari surau...sebelum keluar dari surau, sekumpulan muslimah masuk ke surau dan sedang bersedia untuk mengadakan halaqoh ilmu...kukira dalam 5 orang...tak lama kemudian, salah seorang dari mereka berkata"em, harini kita baca surah yaasin sama-sama ya"dalam hatiku terdetik "bertuahnya mereka!! hala`qoh ilmu amat digalakkan disini...berbeza dengan tempatku dulu...sangat rugi kalau ada yang sia-siakan peluang untuk belajar agama di uiam!"....diluar, najwa bertanyakan padaku apa rancanganku selepas ni....aku katakan padanya yang aku ingin berjumpa sahabatku pada pukul satu....lantas najwa mengajakku ke marhallahnya dahulu...aku turuti permintaannya...di tengah perjalanan ke marhallah muthmainnah, dimana terletaknya bilik najwa, kami singgah di cafe berdekatan untuk membeli makanan tengahari...terkejut bukan kepalang aku apabila harga makanan yang aku ambil berupa nasi putih berlauk kan kacang masak lemak dan ikan masak merah + air sarsi hanya berharga RM 2.60...kata najwa mahasiswa/siswi uiam sangat berani bersuara untuk mendapat harga yang berpatutan bagi student...mana-mana peniaga di cafe yang menjual dengan harga mahal akan di boikot oleh para pelajar...."fuh, mereka sangat kuat wehdatul fikr dan wehdatul amal....berganding bahu demi memastikan kebajikan sesama mereka terjaga..."kataku dalam hati...


kami meneruskan perjalanan ke marhallah muthmainnah....di sepanjang perjalanan, aku terpana dengan panorama indah di uiam....facilities pembelajaran cukup lengkap di mana-mana....deretan tempat duduk menanti para pelajar di bawah pokok-pokok besar di sekeliling uiam...sungguh selesa....."takpela, mmg bukan rezeki mu disini...pasti ada hikmah yang telah tertulis disana...." begitulah monologku tika mengenangkan ketidak berjayaanku untuk meneruskan pengajian di uiam selepas tamat spm dulu....


sesampainya aku di bilik najwa di marhallah muthmainnah, aku diperkenalkan dengan wardah, teman sebilik najwa....ruangan tengah bilik yang dikelilingi bilik-bilik personal penghuninya amat mendamaikan untuk didiami....bertuah mereka....kami bertiga lalu menyantap makanan tengah hari bersama-sama...tak ku sangka, wardah di pertemuanku dulu (sewaktu datang bertandang ke bilik mereka buat pertama kali bersama k.faezah) amat berbeza dengan wardah yang sedang makan bersamaku itu...dia cukup friendly denganku....kami bertiga sempat bersenda gurau dan berbual tentang banyak topik menarik....sungguh, walaupun ini baru 2nd time bersua dengan mereka,hatiku terpaut pada mereka berdua...akhlak mereka sangat baik untuk dicontohi....hatiku kuat mengatakan bahawa mereka boleh menjadi sahabat yang baik bagiku....aku appreciate sangat saat indah itu.....moga dapat berjumpa mereka lagi satu hari nanti.....sempat ku jemput wardah dan najwa ke rumahku di jerantut.....terutama untuk kenduri k.ida pada 08/08/08 nanti....


jam 12.45 t/hari, hand phone ku berbunyi....rupa-rupanya sahabatku yang akan kutemui pada jam satu t/hari itu yang menelefon....agak terkejut juga dia bila kukatakan yang aku sekarang berada di bilik kawan di marhallah muthmainnah....kami pun bersetuju untuk bertemu di kooperasi uiam di depan marhallah sahaja....najwa yang sejak awal lagi bersetuju untuk menemaniku berjumpa sahabatku itu, sungguh setia menjadi penunjuk arah tentang lokasi pertemuan.....


sesampainya aku di lokasi pertemuan, diriku terpana apabila sahabatku yang telah lama tak ku jumpa itu betul-betul berada di depan mata.....dia masih seperti dulu, tak ada perubahan lagsung...tutur kata mahupun fizikal, semuanya sama seperti di matrix dulu....apa yang dia fikirkan tentangku???entah....rasa kekok pun ada kerana dah lama sangat tak berjumpa....perjumpaan kami yang singkat (20 minit) dalam keadaan berdiri kurasakan amat lama....kebetulan di kooperasi tersebut tidak disediakan kerusi...hanya satu meja panjang yang menghiasi sudut dinding luar....banyak topik yang dibualkan kami....ada-ada sahaja topik yang muncul..kesedihan juga jelas tergambar di wajahnya tatkala bertanyakan rentetan peristiwa paling sedih dalam hidupku iaitu disaat perginya bonda tercinta....namun, sesekali najwa mencelah, menghangatkan lagi perbualan kami...


dalam jam 1.25 petang aku meminta diri untuk pulang kerana tak berapa lama lagi azan Zohor bakal berkumandang...kuharapkan dapat sampai di rumah k.mah sebelum zohor....sedih juga dihati bila saat bersalaman dengan najwa.....aku akan merinduinya....pada mulanya najwa mahu menghantarku ke motorsikal, yang ku letakkan di cafe...namun, daku tidak membenarkan....kerana kelasnya yang seterusnya akan bermula pada jam 2.30ptg...dia perlukan masa untuk solat dan bersiap-siap ke kelas....


aku pun menapak ke cafe dengan ditemani sahabatku itu..katanya nak bersolat di surau yang ada di bangunan cafe sebelum kelas pukul dua....sempat juga dia menunjukkan kereta kancil birunya yang berplat negeri sembilan itu padaku....not bad...ok la bagi seorang student macam dia...mudah sikit perjalanannya nak ke kampus sehari-harian memandangkan dia sekarang terpaksa menginap di luar kampus berikutan telah di tahun tiga pengajian...rumah sewanya pun dekat je dengan rumah kakak ku...berkali-kali dia menyatakan hasratnya untuk mengajakku makan di cafe...namun, aku terpaksa menolak perlawaannya itu kerana aku telah makan di marhallah tadi, bersama-sama najwa dan wardah.....


semasa melewatinya dengan motorku miya, sempat aku menoleh padanya yang sejak dari tadi menungguku di pinggir surau....inshaALlah, kudoakan moga ALlah permudahkan urusanmu dalam pengajianmu yang masih berbaki 2 tahun itu sahabatku! ilalliqa` wa maassalama......


aku tiba dirumah kakak pada jam 1.45ptg....penatnya.....malamnya aku tidur dengan nyenyaknya...

sekian......


p/s: moga-moga profesyen sebagai pendidik menjadi milikku....amin...

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang