♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 8, 2008

DOKTRINISASI PEMIKIRAN DALAM PERSAUDARAAN ISLAM KINI...DI MANA SILAPNYA KITA???

BismiLlahirrahmanirrahim….

Bersyukur ke hadrat ALlah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya mencoretkan sepatah kalam buat teman-teman pengunjung teratak buruk saya ini….moga2 dengan sedikit perkongsian ini dapat membuahkan rahmah dan mawaddah dari ALlah..insyaALlah…

insyaALlah topik yang ingin dikupas pada kali ini adalah berkenaan umat Islam yang semakin lali dengan bius doktrinisasi pemikiran oleh anasir-anasir thoghut1 sewaktu aku masih lagi di alam pengajian, terdapat satu kisah yang aku kira amat relevan untuk dikongsikan bersama… kisahnya adalah berkenaan warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan sebagainya yang rata-rata amat tertarik untuk mencari rezeki di bumi Malaysia…berdekatan kampus pengajianku, terdapat suatu bangunan biru yang bakal merajai bangunan-bangunan lain di sekelilingnya kerana ketinggian yang aku kira lebih 10 tingkat…bangunan tersebut masih dalam fasa pembinaan…apa yang menariknya tentang bangunan itu adalah rata-rata buruh binaan disitu adalah orang islam!

Ya, komuniti islam yang telah berjaya membuat aku terpana dengan sifat mereka….teguhnya mereka berpegang kepada “dimana bumi dipijak, disitu iman dijunjung”…merekalah yang sering menghiasi jalan-jalan raya sekitar ‘Tok Jembal’2 dengan panorama muslimin berkopiah, bekain pelikat, usai3 solat setiap hari…pertama kali aku melihat mereka bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah ALlah, hatiku tertaut pada mereka…terdetik di hati rasa malu pada mereka kerana aku sendiri, amat jarang menziarahi rumah-rumah ALlah di sepanjang pengajianku…bagiku, menurut satu hadith Nabi S.A.W., aku sebagai muslimah lebih sesuai untuk bersolat di rumah sahaja…. Namun, di benak otakku sering tertanya-tanya di sebalik batang tubuh mereka, dimanakah muslimin2 negaraku Malaysia??

Mengapa setiap kali aku pulang dari kampus sambil melewati rumah-rumah ALlah itu, wajah-wajah itu sahaja yang aku jumpa??? Berkopiah dan berbaju lusuh….berselipar jepun… ya, mereka sahaja…di sebalik batang tubuh kurus-kering mereka, dari jauh dapat kulihat juga tubuh kecil itu…kukira, dia masih remaja…masyaALlah, sewaktu aku masih kecil sepertinya,aku masih dibawah ketiak ibu…manja…namun bagi dia, dia sudah amat mengenali selat tebrau4….amat jauh dari ibunya…mungkin telah ke sekian kali dia menyeberanginya…aku amat bangga dengan mereka, bangga kerana mereka sama sepertiku, seorang muslim…mereka telah berjaya mengetuk pintu hati aku untuk mengatakan ‘Tiada Jurang Kaum, Negara mahupun Bangsa Dalam Persaudaraan Islam’….bagi ALlah, hambaNya yang terbaik bukan dilihat pada rupa paras atau warna kulit, tetapi pada nilai Iman dan Taqwanya…

Pernah suatu ketika aku bermuzakarah5 bersama adik-adikku…mereka mengatakan mereka amat takut dengan suasana kampus yang berdekatan dengan tapak binaan bangunan biru itu…ya, mereka takut dengan ramainya pekerja ‘asing’ di tapak pembinaan tersebut…mereka takut diapa-apakan…lebih kurang begini dialog perbualan kami:
Adikku: kak, saya takut la dengan suasana kampus kita sekarang…ramai sangat pekerja asing yang melewati kawasan kampus…

Aku : Em, adik, pekerja ‘asing’ yang adik katakan itu apa agamanya ya??

Adikku: Rasa-rasanya Islam kak sebab saya pernah nampak mereka berkopiah dan berkain pelikat…

Aku : O, kalau macam tu, adik patutnya lebih takut pada rakyat Malaysia yang adik tak pernah lihat dia bersolat…bukan pada pekerja muslim yang adik katakana ‘asing’ itu…disisi ALlah dan Rasul, tiada yang lebih asing melainkan orang-orang yang tidak mempunyai Iman…

Adikku: macam tu ye kak…owh, selama ni, saya tersalah faham la berkenaan persaudaraan dalam Islam….InsyaALlah, saya akan cuba betulkan semula pemikiran sahabat-sahabat yang lain juga berkenaan ini…syukran kathiran kak!

Aku : Afuan adikku…ya, ayuh kita sama-sama katakana ‘TIDAK’ pada pecahan negara mengikut bangsa yang dilaksanakan barat bagi memecah belahkan masyarakat muslim….ingat, walau kita berlainan negara dengan mereka, mereka tetap saudara kita dan, tiada ikatan persaudaraan dan ukuwwah yang paling tinggi dan kekal dari ikatan yang berteraskan TauhiduLlah6 , iaitu persaudaraan Islam….teringat akak akan suatu hadith Nabi S.A.W.:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - Hadis riwayat Abu Daud

Penyakit wahan inilah yang membuatkan kita semakin jauh dari saudara-saudara kita di Iraq, Afghanistan, Sudan dll yang mengalami penderitaan…disebabkan empayar islam telah dipecah-pecahkan kita turut diselit dengan semangat kebangsaan @ nasionalisme melebihi semangat persaudaraan Islam…
waLlahua`lam…
Buang yang keruh, ambil yang jernih….
_____________________________________________________________
appendix:-

1- manusia@perkara-perkara yang menyesatkan manusia dari ALlah
2- nama kampung di kuala terengganu
3- sesudah
4- laut diantara johor dan singapura
5- perbincangan
6- mengesakan & meninggikan ALlah

atulasca,
Jerantut, pahang.
12:23am
11/06/08

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang