♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 8, 2008

ZIARAH SI MATI




BismiLlahirRohmanirRohim…..


Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Kematian adalah suatu yang pasti hadir dalam diri setiap makhluk ALlah azzawajalla, termasuklah manusia..ya, amat pasti! Hidup inshaALlah (Dengan izin ALlah)..

Ayah: adik, tau dok mu ni doh bertunang??
Aku: Bertunang?? Dengan sape ayah?
Ayah: Dengan MATI….

Perbualan antara aku dan ayah satu ketika dulu masih ku ingat…fakir punya fikir, memang apa yang ayah aku cakap tu amat2 benar…kita semua sebenarnya dah engaged dengan MATI…mati dah cop kita awal2 lagi, semenjak lahir…

Let me straight to da point…aku skarang berada di kg..sementara konvo, aku rasa aku patut habiskan masa di kg. bersama-sama ayah…yela, lepas konvo (14/07), akak aku (ammawek-her nick name….:) mintak aku jadi bibik kat umah dia…jaga anok2wek;)…itu panggilan untuk omet,anis& ayra…anak buahku yang comel…em, demimu kakakku, kugagahkan jua diri ini….inshaALlah..

Tadi, aku ke rumah cik aya, jiranku…ayahnya baru meninggal dunia malam tadi…al-Fatihah untuk rohnya…semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh para solihin& para tabiin…amin….

Dah lama aku ingin meluahkan apa yang bakal aku luahkan sebentar lagi… tapi entahlah, setiap kali berlaku aku hanya mampu menggelengkan kepala dan berdoa moga2 ALlah perbaiki keadaan itu…

Sesampainya aku di rumah cik aya, aku amat sedih dengan suasana di rumah cik aya yang riuh dengan suara para tamu yang asyik berborak sesama mereka… dalam keriuhan itu, nenek( jiran sebelah rumahku) sempat menarik lenganku & mengajak aku membacakan surah Yaasin buat arwah…kami berdua masuk ke kawasan jenazah ditempatkan…(kebiasaannya di kampung2, apabila seseorang itu meninggal dunia, jenazahnya akan ditempatkan berasingan dari tempat para tamu, dan dilingkumkan dengan tabir kain sebelum dimandikan dan dikafankan…) aku pun tak pasti kenapa…

So, sesiapa yang datang untuk ziarah jenazah akan berkumpul di tempat berasaingan dari kawasan jenazah ditempatkan… sesiapa yang rasa nak hadiahkan al-Fatihah, Yaasin ataupun bacaan ayat-ayat al-Quran yang lain kebiasaannya akan masuk ke kawasan dimana jenazah ditempatkan… buku-buku kecil Yaasin, al-Quran dan sebagainya juga hanya terdapat di kawasan jenazah ditempatkan sahaja...

Kawasan yang penuh sesak dengan tetamu hanya menempatkan beberapa jug kosong untuk diisikan duit sedekah oleh para tamu…ah! Keadaan yang amat aku benci…astarghfiruLlah.., moga2 benciku ini bertempat…ya, benci pada kemungkaran… bagiku, kemungkaran yang seringkali dianggap remeh oleh masyarakat melayu Islam yang tinggal di kampung-kampung adalah berbual serta bergurau senda, sesekali disulam dengan ‘anyaman ketupat’ sewaktu menziarahi orang yang meniggal dunia…inshaALlah, kata-kataku ini bukan hanya omongan kosong sahaja…buktinya, aku telah beberapa kali berhadapan dengan situasi ini semasa menziarahi jenazah….dan yang paling aku sedih, tak terkecuali semasa pengurusan jenazah ibuku dahulu…hanya beberapa kerat daripada berbondong-bondong jiran tetangga yang datang berziarah, menghadiahkan bacaan yaasin dan sebagainya buat arwah ibu…

Ironinya, setiap yang dating punya satu pegangan….! Mereka tidak mahu nanti bila mereka meninggal dunia, tiada yang dating berziarah….namun, persoalannya, cukupkah sekadar datang bertandang beserta sedekah wang sahaja??? layakkah roh yang baru tercabut dari jasad itu melihat gelagat hilai-tawa para tamu?? Terlalu besarkah sedekah wang itu sehingga sedekah al-Fatihah yang pendek namun penuh dengan hikmah itu pun tak mampu diberikan?? Sungguh, tertipulah manusia-manusia itu…

Rasulullah s.a.w. bersabda:: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun'alaih)
Moga kita semua tergolong di kalangan hamba ALlah yang tidak rugi………..

amin….


atulasca,
26/06/08
Teratak ayahanda
Jerantut
Pahang.

2 comments:

  1. Salam,
    Coretan yang menginsafkan. Mudahan2 mendapat pengajaran semuanya.

    ReplyDelete
  2. dowell

    inshaALlah, moga2..amin..

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang