♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 19, 2008

~ Warkah Buatmu Bondaku Sayang~

Assalamua`laikum....

Cik,
harini dah genap 3 bulan cik tinggalkan anak cik yang sorang ni...
sedih masih x hilang cik...tapi...cik ajar anak cik kena tabah...
macam mana cik kat sana??
moga-moga cik damai selalu...
anak cik ni dah abih belajar cik...
balik cuti raya cina aritu last jumpa cik kan...tapi,
anak cik ni x sempat pun nak mandikan cik...
mase anak cik ni tanya cik nak datang ganu x...
ingat lagi cik anguk2 & kate "nak datang"
especially masa konvo nanti...
tapi sekarang.......
cik dah tak boleh nak tengok anak cik ni lagi kan
sampai la anak cik ni dijemput Allah...

cik,
sejak cik tinggalkan anak cik yang sorang ni,
perpisahan demi perpisahan muncul dalam hidup anak cik ni...
berpisah dengan kawan2 Bio`M, sahabat2 di jalan dakwah, putih,citam,dll.....

cik....
walaupun perpisahan sering kali muncul dalam hidup anak cik ni,
insyaAllah, anak cik akan tetap berusaha untuk sabar dan tabah....
anak cik akan cuba jadi macam cik...
kuat, tabah, sabar......& Redho dengan segala ketentuanNya...

cik,
Dr.Nizaita ade pesan, bila mimpi cik,
itu tandanya roh anak cik ni bertemu roh cik...
anak cik ni sangat2 suka dan tertunggu-tunggu
untuk jumpa cik dalam mimpi-mimpinya...
walaupun dalam mimpi....
memang rasa macam betul-betul jumpa cik...
sampai sekarang, masih tak percaya yang cik dah takde...
sebab cik sentiasa dihati anak cik ni....
InsyaAllah, setap kali usai solat,
anak cik sering hadiahkan al-fatihah, yaasin dan doa...
cik dapat tak???
maafla kalau hadiah yang anak cik bagi tu tak seberapa...
anak cik ni akan cuba lagi bagi hadiah yang terbaik buat cik....

cik,
sekian dulu warkah dari anak cik yang nakal ni....
anak cik xkan pernah lupakan cik....
& akan selalu doakan kesejahteraan cik....
moga cik damai disana...
bersama roh-roh para solihin, para tabi`in....

"Ya ALlah, Kau ampunilah dosa-dosa ibuku...Kau kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihaniku sewaktu aku kecil...Kau jadikanlah makam ibuku salah satu dari taman-taman syurgamu...amin2 ya Robb"



atulasca,
19 mei 2008
kuala terengganu

4 comments:

  1. "Senyum seindah suria,
    Yang membawa cahya,
    Senyumlah dari hati,
    Duniamu berseri.

    Senyum umpama titian,
    Dalam kehidupan,
    Kau tersenyum ku tersenyum,
    Kemesraan menguntum.

    Senyum... kepada semua,
    Senyumanmu amatlah bermakna,
    Senyum... membahagiakan,
    Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

    ReplyDelete
  2. cik awan

    InsyaALlah...senyum i2 sedekah paling mudah.moga diri ini terus tabah untuk memberikan senyuman..

    ReplyDelete
  3. ingatan yg tak penah luput di hati diiringi doa tulus tak putus...adalah hadiah yg sangat berguna dan diharap2kan oleh bonda kesayanganmu.

    moga kau kekal begitu, kekal menjadi anak yg solehah, tanda cinta dan tanda yg dia xsia2 melahirkanmu, lantas kau menjadi anak yg baik, manusia yg berguna dan hamba yg diredhoi-NYA...

    ReplyDelete
  4. qarienupi

    alangkah indah tutur bahasa ini...syukran ya sahabat...doa2kan moga sy dapat jadi anak yang solehah buat cik tercinta...

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang