♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 17, 2008

~Conservation in Islam???~

Ungkapan 'Biological Conservation' amat sinonim degan diriku...dari tahun pertama pengajian hinggalah sekarang, aku & kawan-kawan se'program' yang lain banyak didedahkan dengan pentingnya memulihara alam, terutamanya biotik...namun, persoalannya, apakah matlamat memulihara@ conservation ni pada pandangan islam???? apakah dengan hanya memulihara biotik sahaja kita telah dianggap sebagai golongan penyelamat yang patut dihormati??? Em, ianya amat menarik untuk dikupas...InsyaAllah, moga2...

Pandangan islam jelas bertepatan dengan kerja-kerja murni conservationist...Islam telah menggariskan dalam banyak ayat-ayat al-Quran bahawa kita, sebagai manusia & umat islam bertanggungjawab mentadbir alam ini, sebagai khalifah. bahkan dalam peperangan sekalipun ALlah melarang kita dari memusnahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan... oleh yang demikian, sebagai umat islam, kita tidak seharusnya hanya menekankan 'biological conservation' seterusnya mengabaikan 'imaan conservation' dalam diri kita...ya, tanpa nikmat Iman dan Islam, siapalah kita di sisinya...



Seluruh makhluk di alam yang menjadi kepunyaanNya ini, setiap ketika bertasbih dan bertahmid padaNya... cuba kita bayangkan, adakah relevan bagi kita yang mengaku sebagai conservationist Islam meninggalkan segala suruhan dan melakukan pula segaa laranganNya seperti meninggalkan solat dan sebagainya tatkala diri rancak melakukan kerja-kerja pemuliharaan??? 'Mangrove Replanting', 'Turtle Tagging' ataupun 'Beach Cleaning' sepatutnya lebih mendekatkan diri kita kepada Khalik pencipta makhluk tersebut...

Aku rasakan diriku dan kawan kawan yang lain adalah golongan yang amat bertuah kerana dipilihNya untuk merasakan nikmat kenal akan pelbagai hidupan ciptaanNya baik di darat mahupun di laut...Terkenang pada Junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang suka melihat keindahan alam yang terbentang luas dan memikirkan tentang kebesaran dan keEsaan Tuhan penciptanya....Moga-moga aku, kamu & kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang telah dianugerahkanNya ini...& Moga dengan kerja-kerja pemuliharaan yang kita jalankan ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah....inshaALlah...

Let us ''Conserve our Iman'' together with Biological Conservation in our daily Life!

*artikel ini didedikasikan khas buat Sahabat2 BioMarin (05-08) yang menjalankan FYP berkenaan Biological Conservation.... moga kalian sukses sokmo! InshaALlah...

* teringat subjek 'marine biodiversity & Conservation' & 'Law and Policy of Aquatic Resources' yang sangat2 menguji kesabaran....=)

7 comments:

  1. such a nice topic. "Iman conservation" Good luck juga utk kamu. Moga2 senantiasa dalam keredhaanNya.

    ReplyDelete
  2. ehem2.salam..yok conserve iman yok!=)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah..
    Tajuk ni jugak ada kena mengena dengan kos ana nih.. tak sedap kalu x bagi sikit komen..

    Allah berfirman, 'Telah zahirlah kerosakan- demi kerosakan di darat dan laut hasil kerakusan tangan2 manusia'

    Ubat yang paling berkesan untuk kita ubati kerosakan alam ini adalah menyeru manusia kembali kepada fitrah [Nakkan kebaikan] Semua orang yang dilahirkan oleh ibu2 mereka pada fitrahnya tidak sukakan kerosakan, namun apabila mereka mula mengingkari fitrah ini, maka terjadilah segala kemusnahan dan kebobrokan di alam ini.

    Ramai conservasionist dikalangan bukan Islam...pelik x??

    Ingatlah janji Allah dalam Al-Quran:
    Andainya
    engkau menarik diri dari jalan Tuhanmu (taat pada perintah Allah) maka Aku akan menggantikan kamu dengan golongan yang lain"

    Kesimpulannya, sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini kita diamanahkan untuk melestarikan alam yang dipinjamkan Allah ini sebaiknya.

    Selamat maju Jaya.

    ReplyDelete
  4. Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV Digital, I hope you enjoy. The address is http://tv-digital-brasil.blogspot.com. A hug.

    ReplyDelete
  5. POLYCHAETES

    TQ.biase2 je...cuma satu lontaran kecil...sama2 la kita berjuang untuk conserve makhluk Allah & juga nikmat "iman" ini...


    JALINAN

    yok!


    QARD JR.

    waa`laikumslm...
    betul2 en qard. ayuh, didik hati untuk kembali ke fitrah...


    TV DIGITAL

    tq.may this "simple thought" can give a "simple information" for the readers, inshaAllah...

    ReplyDelete
  6. kita adalah khalifah
    dan tugas khalifah adalah memelihara
    jika kita semua sedar kita adalah khalifah
    masalah pemeliharaan n pemuliharaan tak timbul...dan Allah juga sudah menegaskan bahawa kita perlu memelihara alam..apath lagi iman...
    maka,berdosalah jika ,memusnakkannya
    jadi fikirkan dosa hasil seketul sampah...bila dosa dah ada,iman jadi nipis...

    ReplyDelete
  7. TAUTAN HATI

    Betul tu..khalifah yang sebenar2 khalifah akan cakne iman, akan cakne alam...

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang