♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 29, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…



AlhamduliLlah...tahun baru, azam baruku....diri ini tak mungkin menoleh ke belakang lagi...kesalahan siapa jua telah ku maaafkan, aku hanya mendambakan Tuhanku...aku tak gentar pandangan manusia padaku. ALlah tahu apa yang ada dihati setiap hamba-hambanya... muhasabahlah diri sedaya mungkin. moga tiada celahan thoghut dalam setiap lamunan mencari CINTA SEJATI RABBUL i`ZZATI...ok, kali ni insyaALlah kita akan kupas sikit tentang pembahagian harta pusaka dalam Islam... insyaALlah dengan sedikit perkongsian ini dapat membawa manfaat pada pembaca sekalian, insyaALlah...

“Relevan pembahagian harta pusaka bagi kaum wanita yang kurang dari kaum lelaki”

Kenyataan diatas seringkali ditidakkan oleh manusia (terutamanya wanita) yang kurang mengkaji tentang hikmah hukum- hukum Tuhan Rabbul I`zzati. Tidak kurang juga dimanipulasikan oleh golongan ‘Woman Liberation’1 di barat tentang ketidak adilan yang berlaku pada wanita di dalam agama Islam. Wanita rasa ditindas dan seterusnya berusaha untuk menegakkan keadilan bagi diri mereka. Namun, disebalik kejahilan mereka, ada rahsia agung Tuhan yang tersimpan beserta hukum-hukumNya. Telah ALlah gariskan dalam KalamNya, melalui FirmanNya:

"Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian pula dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan” 2

Wanita yang menerima harta pusaka tidak mempunyai tanggungan yang perlu mereka pikul, melainkan ianya adalah untuk kegunaan diri mereka sendiri. Relevan Islam menggariskan panduan pembahagian harta pusaka yang lebih bagi kaum lelaki adalah kerana tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Mereka mempunyai tanggungan yang ramai seperti para ibu mereka, isteri-isteri mereka juga anak-anak mereka 3 . Masakan dengan tanggungan ini mereka diberi harta pusaka yang sama nilainya dengan wanita? Tentu sekali amat zalim jika ini berlaku. Sesungguhnya Allah Maha penyayang dan sesekali tidak zalim pada hamba-hambaNya. Dialah pencipta sekalian makhluk dan Dia juga yang lebih arif tentang percaturan hidup hamba-hambaNya.

Dan firman Allah lagi dalam surah yang sama:

”Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; maka pohonlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” 4

Wallahua`lam…

atulasca

29 jan 2007

__________________________________________________________________________________________________

Rujukan:

Mohd. Asri Mat Daud.2005. pertembungan Islam dan Barat. d’PPG Niaga. Halaman 6.

Al-Quran. Surah anNisa`, ayat 7

Majlis Ugama Islam Singapura.Cyber mimbar, melalui laman web: http://www.muis.gov.sg/websites/khutbah/ser-m-300799.html

Al-Quran. Surah anNisa`, ayat 32


1 comment:

  1. salam...
    betul 2!...dan jika kita lihat, semua manusia dan makhluk dtg dr Allah, maka apabila setiap manusia kembali kepda Pencipta yang Maha Agung maka segala miliknya juga iaitu harta akan kembali kepada Allah. maka pembahagian harta juga hendaklah mengikut kehendakkNya bukan di agihkan secara membabi buta...walalhu'alam

    ReplyDelete

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang