♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 27, 2007

~Bicara_Agama-03~




Kewajipan berdakwah dan mempertahankan kebenaran
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)।


WAHAI Rasul, sampaikanlah segala apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna engkau tidak menyampaikan perutusanNya dan Allah sentiasa melindungi engkau daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada kaum yang kafir. (al-Maidah: 67)
Huraian
Allah s.w.t. telah menyeru Rasulullah s.a.w. dan memerintah baginda menyampaikan segala apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada baginda tanpa menyembunyikannya. Dengan lain perkataan, Allah s.w.t. menyuruh baginda menyampaikan wahyu dan ajaran dengan bersikap tegas dan bersungguh-sungguh kepada manusia.
Ajaran Islam sama ada berbentuk akidah mesti dinyatakan kepada manusia sungguhpun orang tidak mahu menerimanya atau bersikap benci kepadanya. Kebenaran mesti disampaikan dengan apa jua cara yang paling baik. Sama ada orang terima atau tidak itu bukanlah urusan penyampai.
Ia merupakan satu mesej kepada Nabi ketika berdepan dengan Ahli Kitab dan puak Yahudi supaya bersikap berani dan tegas, istiqamah dan bersungguh-sungguh menyempurnakan tanggungjawab menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka. Nabi diperintah menyatakan kekufuran orang-orang Yahudi, kepalsuan pegangan dan ideologi mereka.
Berdepan dengan golongan yang tidak suka kepada kebenaran mestilah dihadapkan dengan tegas dan berani, konsisten dan istiqamah. Janganlah kerana ingin meraikan suasana dan realiti semasa, kita berdolak dalik untuk menyatakan kebenaran.
Kesimpulan
Tugas mulia yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. mestilah dipikul oleh generasi berikutnya dalam menyampaikan dakwah dan seruan kebenaran. Untuk berjaya dalam urusan dakwah, janganlah kita berdolak-dalik atau berpura-pura dan bersikap sambil lewa kerana sikap sedemikian tidak memberi apa-apa manfaat.

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang