♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥

.::.Syukran!.::.

.::.JeMpuT SinGGaH.::.

.::.Peringatan Bersama.::.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 27, 2007

~Bicara_Agama-01~


Akidah mantap benteng kepada maksiat
Oleh: KHAIRUL EFFENDI HASHIM


BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan pembongkaran aktiviti kumpulan black metal yang memang menyimpang jauh daripada landasan Islam. Syabas kepada pihak berwajib yang berjaya menumpaskan kegiatan mereka di Seremban pada akhir tahun lalu. Mungkin banyak lagi kegiatan yang dilakukan dan tidak dapat dikesan kerana kelicikan mereka.
Isu ini memang sudah lama bertapak di negara kita dan telah menjadi ikutan muda-mudi yang lemah akidah dan pegangan agama mereka. Akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini membongkar pengaruh ini yang digerakkan oleh mereka yang terpelajar.
Memang tidak dinafikan perkara ini berlaku kerana kekosongan diri dan akidah yang goyah. Majalah Mastika baru-baru ini mendedahkan betapa kejinya perbuatan mereka dan ada yang melanggar hukum Allah s.w.t.
Bermula daripada muzik yang melalaikan dan seterusnya kepada perbuatan yang melanggar batas agama, kumpulan ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa. Walaupun golongan muda itu adalah cerdik pandai dalam pelbagai bidang tetapi mereka tidak dapat membezakan antara kemurnian agama dan asas akidah itu sendiri.
Adakah jiwa mereka kosong dan sunyi daripada asas-asas agama? Salah siapa? Dan adakah faktor dunia kini yang mengubah tanggapan kita bahawa perlunya kebebasan dalam semua perkara seperti yang dilaung-laungkan oleh Barat?
Hanya ada satu perkara yang akan memacu kita ke arah yang sihat dan selamat. Kesucian akidah sebenar perlu diterapkan kepada anak-anak muda itu selain kefahaman tentang agama Islam itu sendiri. Dalam isu black metal ini, apa yang mendukacitakan ialah mereka yang ada ‘bin’ menjadi pengikut tunggaknya. Sekarang ini banyak ajaran sesat yang menyimpang jauh daripada landasan akidah sebenar. Hakikatnya, akidah yang suci tidak akan hanya mengikut akal semata-mata tetapi tauhid mengesakan Allah s.w.t..
Mari kita lihat bagaimana Baginda s.a.w. memurnikan akidah penduduk Islam Madinah untuk membuktikan keutuhan Islam itu sendiri adalah asas ketaqwaan dan kesucian iman yang sebenar. Al-Quran diturunkan selama 23 tahun secara berperingkat-peringkat dan banyak ayat al-Quran yang menjurus kepada pemurnian akidah yang jitu untuk menjamin kejayaan manusia. Alasan inilah yang perlu kita semai untuk berjaya sebagai umat yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan.
Kekosongan jiwa daripada akidah Islam dan pegangan sebenar agama akan membuatkan seseorang individu itu lari menyimpang daripada landasan dan tujuan manusia diciptakan di bumi ini. Manusia telah sanggup untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah memakmurkan alam ini. Tanggungjawab yang berat ini wajib dipikul oleh kita tanpa ada kompromi lagi.
Dunia menuju penghujungnya. Banyak isu akan timbul terutama yang membabitkan soal kepercayaan dan ketuhanan. Jadi, untuk selamat, kita perlu kuatkan asas agama, akidah dan tauhid kepada Allah s.w.t.. Seruan ini sama-sama kita pikul untuk membuktikan bahawa kita benar-benar beriman kepada Allah, Tuhan yang memiliki segala-galanya yang berhak disembah.
Tiada gunanya jika kita memiliki kemajuan diri dalam segala bidang tetapi kita leka dari segi akidah dan asas agama itu sendiri. Bagi pihak berwajib, berilah ilmu dan maklumat kepada mereka yang memerlukan dan sampaikanlah ajaran agama suci ini kepada semua. Akidah yang jitu dan mantap sudah pasti akan menempa kejayaan buat kita.
Adakah kita sanggup melihat dan mendengar sahaja anak muda kita melakukan perkara larangan dalam agama? Mereka hanya tahu seronok mengikut arus dunia dan membuat sesuatu tanpa ilmu dan asas agama Islam yang suci ini. Adakah mereka menjadi alat kepada anasir perosak Islam? Sama-sama kita fikirkan tetapi tindakan segera perlu diambil untuk mengekang dan membanteras gejala ini daripada terus menular. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Marilah sama-sama kita pikul tugas dan tanggungjawab ini. Kita tidak boleh hanya membiarkan kepada mereka yang berjawatan rasmi. Isu akidah adalah perkara asas dan tunjang kepada agama Islam yang suci ini. Murnikanlah akidah.

No comments:

Post a Comment

.::.Jom Kuliah.::.

Merah: Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Koko : Masjid Jamek, Kajang Hijau: Surau Saujana Impian, Kajang